Friday, 26 June 2009

Khinzir,Riba dan ...

Akhirnya selesai jugalah semester 3 saya yang pertama selepas tamatnya kertas ujian terakhir semalam subjek FM 1.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun ada kslhn2 yang saya baru perasan selepas tamatnya ujian.(doa banyak2 dan tawakkal ye ika!).Selepas ini, saya juga akan berpenat lelah mengemaskan barang untuk dibawa balik.Tapi sebelum mula mengemas, saya terus berada atas talian (on9) setelah 'berpuasa' selama beberapa hari (bermula hari isnin je pun...hu2) untuk memberi ruang kepada perkara yang harus didahulukan.Ditambah pula dengan sergahan dari 2 rakan di Facebook melarang saya untuk bertalian.Terima kasih di atas sergahan tersebut sesungguhnya itu juga membuatkan saya bertekad untuk 'berpuasa' seketika.


Antara berita yang menarik perhatian saya semalam adalah berkenaan Influenza A(H1N1).Sungguh saya tak sangka wabak ini merebak dengan cepat sekali.Mengikut statistik yang dipaparkan oleh akhbar thesun semalam,12 kes baru telah dikenal pasti.Nampaknya,serangan virus ini tidak mengenal usia sang pemilik.Ramai jugalah yang dikenakan home quarantine kerana berurusan secara tidak langsung dengan those who were infected.Yang lebih mengejutkan apabila 8631 orang di Mexico telah dijangkiti virus ini dan 116 kematian dicatatkan.Di S’pore pula,dah ada lbh dari 200 kes dan kalau tak silap di Malaysia sendiri jumlah kes keseluruhan adalah 80.Ujian Allah yang ini kalau tak silap merupakan bawaan binatang yang jelas diharamkan dalam al-Quran,iaitu khinzir a.k.a swine dalam bahasa sopannya.Walaupun wujud penyakit yang berpunca dari haiwan seperti spesis burung dan lembu tetapi fakta (point2 dari artikel Norimanah Seman,Majalah Al-Islam) yang harus diketahui tentang khinzir ni unik sedikit.Antaranya

1.Mengikut kajian (Dewey dan Jennifer dari Muzium Zoologi University Michigan,Amerika Syarikat),haiwan ini digunakan sebagai 'mesin' pelupus sampah di beberapa negara barat dan sebahagian Asia

2.Tabiat makanannya yang the real bantai apa saja ~ boleh dari tumbuh-tumbuhan,ruput,cacing,siput,telur,binatang kecil,bangkai,sampah,najis manusia serta najisnya sendiri

3.Di U.S pada awal tahun 1990an, membenarkan khinzir dilepaskan di lorong2 dan jalan2 yang kotor dengan tujuan membantu kerja membersihkan sampah

4.Banyak khinzir mati apabila diberi makan sampah mentah lantas menganggu gugat industri penternakan

5.U.S mengeluarkan Undang2 supaya sampah harus dimasak sebelum bagi Khinzir makan~ai masak,half cook tau,kasi kicap lebih skit..ho2

6.Sampai sekarang ladang kat sana mempraktikkan amalan tersebut.Sampah jadikan menu utama.Selepas itu khinzir disembelih, dijual kat pasar sbgai bekalan untuk dijadikan hdgn istimewa baik di restoran mewah,hotel mahupun rumah
7.Di Kaherah,Mesir pula sampah diasingkan secara manual,barang yang boleh di guna semula dijual balik manakala sisa buangan dijadikan makanan binatang ini

8.Dekat Amerika latin,sbhgian Afrika(yang bukan negara Islam) dan juga India membiarkan khinzir rileks2 kat dpn rumah,masalah besar jika pengetahuan penduduknya mengenai kebersihan kurang~ seorang rakan pernah memberitahu tentang khinzir hutan yang sering masuk dlm kawasan kampung dkt2 rmh dia (Kemunting,Perak),makan pokok bunga dll suatu ketika dahulu,tp waktu itu tiada pula kes H1N1 ni dan saya dapat rumuskan di sini bhw org kaw tersebut menjaga kebersihan dgn baik

9.Umum mmg mengetahui tentang kenajisan khinzir ni dan mereka di U.S pun memang menghadapi masalah wabak trichinosis pada awal abad ke-20 ~tapi tak jugak haramkan malah bnyk kaedah moden diperkenalkan untuk mencegah,konon..

Hrmmm...'unik' bukan?

Saya juga teringat isu penternakan khinzir secara besar-besaran yang dikemukan oleh kerajaan negeri Selangor hari tu.Saya pun dah tak berapa ingat secara terperinci sngt tp kalau tak silap kerj negeri memperuntukkan dana yang besar untuk itu,mendapat tentangn pnduduk sekitar kalau tak silap kat Sepang lokasinya,dan bnyklah pula isu yang bangkit.Ada kalngn ahli Pakatan setuju dan tidak setuju sama ada dlm Pas sendiri atau pun ahli dari parti pakatan yang lain.Same goes to UMNO,tapi kalau tak silap ramai yang tak stuju,siap buat demonsrtasi kecil2an lagi. Saya juga teringat sewaktu menonton rancangan Edisi Siasat (favourite ni :)) dulu ada dipaparkan masalah pengurusan Khinzir yang tak terurus di Melaka kot (sekali lagi kalau tak silap) memang menganaiya penduduk sekitar.

Oleh yang demikian,bg saya adalah wajar untuk mewujudkan satu pengurusan yang sistematik dgn memusatkan pada satu tempat .Pada masa yang sama bg saya kerj harus serta merta tidak memberikan lesen kpd penternak baru.Biar urusan ini kerj ambil dan bg mereka yang bukan Islam untuk handle.Kira segala pelaksanaan diorang buat tapi pada masa yang sama harus dapat kelulusan kerj terlebih dahulu.Lama kelamaan rancanglah untuk hadkan pengeluaran ke apa ke.

Deep in my heart sebenarnya baik pilih haramkan je terus,tak payah bagi produce langsung,ye la dah bnyak buruk dari baik tapi kita kena tengok isu ni macam riba lah,[Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba (Al-Baqarah:275)] nak tackle tak boleh abolish terus.Nak kena berstrategi..~hu2..saya ada strategi ke?

Bukan tak boleh sukarlah dalam konteks masyarakat hari ini.At the end of the day yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Memang semua sudah tahu krisis ekonomi yang wujud hari ini adalah berpunca dari riba.

Sudah terang lagi bersuluh.Subprime crisis tu apa puncanya,dari house mortgage,apa yang menyebabkan org mortgage house,sbb tak leh meet loan payment,apa yang menyebabkan mereka ambil loan ..ish mcm2 sbbnya.. antara yang major adalah,credit cards..sblum crisis mereka memiliki berbelas credit card,lepas tu they keep on spending and yet cannot pay it back.
Apa yang menyebabkan mereka ada banyak kad kredit?sebab bank dah longgarkan syarat untuk credit-worthiness,cut interest rate dll. Apa yang menyebabkan bank buat begini kerana profit margin nya dari interest,nak banyak profit kena bnyk helah sebab sememangnya ekonomi kapitalis itu menghalalkan apa jua cara untuk mencapai matlamat tanpa menghiraukan kesan kepada sekeliling.The rich become richer and the poor become poorer.

Disbbkan world financial crisis inilah,ramai yang buka mata melihat kpd alternative iaitu Islamic Banking and Finance system(IBF)*.Disini saya ingin memberitahu ianya bukan an alternative but it is a solution,though.Dalam IBF yang diamalkan sekarang,ianya lbh kpd mazhab-free sbb nak sesuaikan dgn keadaan hari ini.Walaupun mazhab-free tapi yang asasnya tetap kekal iaitu no maisir,no riba and no gharar.No pork and alcoholic industries.Maksud mazhab-free disini adalah tak terikat dgn satu mazhab dalam create product.Kalau nak dibincangkan pasal isu ni.. ish panjang lagi.Pasal H1N1 kat atas pun tak habis luah lagi..

*Next sem ambil IBF...

Iklan jab : Al-Fatihah untuk saudara baru kita Michael Jackson @ Mikaeel b. Abdullah yang telah pulang ke rahmatullah pada usia 50 thn,semoga ruhnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para hambaNya yang soleh.( baru cek berita dalam phone)

Sambungan..

Oleh yang demikian,apa yang dapat saya simpulkan adalah,jika sesuatu perkara itu apabila disebut dalam Islam di dlm dalil2 yang qat’ie* tentang keterlarangannya,maka ianya mempunyai bukti2 keterangan yang tersendiri**. Ekonomi kapitalis memang bersikap tamak,akibatnya ramai yang merana.

Tugas orang2 yang mempunyai kebolehanlah menyampaikan kebenaran ini.(dush2...bertubi2 pukulan kpd diri sendiri~wahai diri jgn ckp sahaja,kamu tulis,org bc,org perhati,oleh itu apa tndakanmu..dush2,jgn later on kamu pun sokong yang batil dah le~nauzhubillahiminzalik) ..


Aku masih lagi belajar,kdg2 terlupa dgn apa yang dah belajar,dan aku mahu terus belajar dari kesilapan dan terus belajar untuk tidak melakukan kesilapan yang sama,dan aku mahu belajar untuk tetap dlm kebenaran,mahu belajar dan terus belajar,tegurlah aku dgn berhikmah jika dapati aku tidak belajar....

**Premis 1: Semua benda haram bnyk kesan buruknya
Premis 2: Riba dan Khinzir adalah haram
Premis 3: Riba dan khinzir bnyk kesan buruknya

(Dah lama tak buat benda2 ni..time kat skolah je jmpa,..Thankx Cikgu2 math ku..sape ek..yg sy ingt Ckgu Ramli (f3) ngan Masniza (f5) je..sbb dulu benci sgt math tapi disebabkan jasa mereka dan beberapa org guru lagi,kira o...keylah)

*hu2 mencuba untk apply apa yang dipelajari dalam Usul Fiqh 1 last sem..he2
Qat’ie-sahih x le ditakwil


Nak kena kemas barang lar...Bye2 Saf

Saturday, 20 June 2009

"Aku mahu tinggalkan dunia dalam sujudku"

Aku tertanya sendiri,Layakkah aku...mampukah aku...!!sesungguhnya aku mengakui tugas tersebut merupakan tugas setiap insan muslim...bukan saja terletak pada mereka yang secara rasminya bergelar "d_'_ _"...Adakah ini yang menyebabkan perlunya berada dalam jemaah?siapalah aku jika dibandingkan dgn mereka?siapakah mereka yang aku perlukan?diri ini bnyak syaratnya?ehm..apa kata yang lain?ah mcm2...satu per satu persoalan meng'hentam' benak fikiran...

Walaubagaimanapun, dengan menghiraukan persoalan di atas, teruskan pembacaan artikel copy and paste dibawah...

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan.
Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"Malaikat-malaikat itu menjawab:"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali.
Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lamalagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...


***********Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Ini baru tulisan saya~Wallahu'a lam

Tuesday, 16 June 2009

"Bila paderi terpaksa buka rahsia"

Disebabkan bahana final exam sudah terasa,saya rasa cara paling senang untuk tidak terus membiarkan blog ini terus bersawang adalah dengan cara 'copy and paste' artikel2 terpilih..hu2..Saya juga nak ucapkan tahniah kpd Presidan Mahmoud Ahmadinejad yang mampu pertahankan jawatan sbgai presiden Iran dgn memperoleh 62.6 peratus undi,sekali gus mengalahkan pencabar terdekat Mir-Hossien Moussavi.Berdasarkan pembacaan saya,Ahmadinejad dpt bnyk vote dari gol luar bandar manakala Moussavi pulak penyokongnya dari kalangan org bndar...katanya(entah sape yang kata..hu2) di bwh pemerintahan Ahmadinejad bnyk biz yang hidup segan mati tak mahu..hu2..sbb tu kurang sokongan dari gol bandar diberikan kpd beliau..dan bagi saya (memerhati dari jauh)beliau sewajarnya menang krn cukup lantang dalam isu2 global,mmg bertaring dalam mempertahankan pendirian...ramai lah yang sokong dia,62.6 tu tak cmpur dgn saya lagi..hu2,dan semenjak kptsn tersebut diumumkan,ramai pulak yang tunjuk perasaan..mintak kira balik..bgus lah diorang pun da stuju nak kira balik..saya harap Ahmandinejad akn dpt kekalkan jwtn beliau..jika benar wujud 'fraud' dlm pengiraan undi,saya harap pihak yang menang akan turut mengekalkan kelantangan dalam hal yang membabitkan maruah Islam...di sini saya cukup sedar dan yakin bhw beliau x kan buka blog ni,dan kalau buka pun x de nyer beliau fhm..hu2..tapi tu lah, saya ni nak jugak ucapkan tahniah..
Enough 4 that..Berbalik pula kpd tajuk entri kali ini..Sblm 2,ingin diselitkan di sini satu pengakuan dari hamba Allah yang hina ini....saya ni sememangnya amat kurang dalam berpengetahuan,tetapi ini tidak menghalang saya untuk post sesuatu yang boleh membuatkan saya sedikit berpengetahuan...hu2 kalau pun berpengetahuan, tapi tak amalkan, susah jugak!!!Oleh itu sama2 kita baiki diri dan harapnya dapat juga kita buat yang ma'ruf dan cegah yang mungkar walaupun kita (terutama bdk2 UIA) x msk Ma'ruf Club..ha2..
(Jgn marah ye org Ma'ruf)
Ok,artikel yang saya 'copy and paste' ni adalah seperti berikut:
Bila Paderi Terpaksa Buka Rahsia.
Ada seorang pemuda Arab yang baru selesai pengajiannya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam.Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk IslamPada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula-mula dia keberatan, namun kerana desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka.Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan penghormatan lantas kembali duduk. Di saat itu, si paderi agak terkejut ketika melihat kepada para hadirin dan berkata, "Di tengah kita ada seorang Muslim. Aku harap dia keluar dari sini.
"Pemuda Arab itu tidak bergerak dari tempatnya. Paderi tersebut mengucapkan perkataan itu berkali-kali, namun dia tetap tidak bergerak dari tempatnya. Hingga akhirnya paderi itu berkata, "Aku minta dia keluar dari sini dan aku menjamin keselamatannya. " Barulah pemuda ini beranjak keluar.Di ambang pintu, pemuda bertanya kepada sang paderi, "Bagaimana anda tahu bahawa saya seorang Muslim?" Paderi itu menjawab, "Dari tanda yang terdapat diwajahmu." Kemudian dia beranjak hendak keluar. Namun, paderi ingin memanfaatkan kehadiran pemuda ini dengan mengajukan beberapa pertanyaan, tujuannya untuk memalukan pemuda tersebut dan sekaligus mengukuhkan agamanya. Pemuda Muslim itupun menerima pelawaan debat tersebut. Paderi berkata, "Aku akan mengajukan kepada anda 22 pertanyaan dan anda harus menjawabnya dengan tepat."Si pemuda tersenyum dan berkata, "Silakan!"
Si Paderi pun mulai bertanya, "Sebutkan satu yang tiada duanya, dua yang tiada tiganya, tiga yang tiada empatnya, empat yang tiada limanya, lima yang tiada enamnya, enam yang tiada tujuhnya, tujuh yang tiada lapannya, lapan yang tiada sembilannya, sembilan yang tiada sepuluhnya, sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh, sebelas yang tiada dua belasnya, dua belas yang tiada tiga belasnya, tiga belas yang tiada empat belasnya.."
"Sebutkan sesuatu yang dapat bernafas namun tidak mempunyai ruh! Apa yang dimaksud dengan kubur berjalan membawa isinya? Siapakah yang berdusta namun masuk ke dalam syurga? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah namun Dia tidak menyukainya? Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dengan tanpa ayah dan ibu!"
"Siapakah yang tercipta dari api, siapakah yang diazab dengan api dan siapakah yang terpelihara dari api? Siapakah yang tercipta dari batu, siapakah yang diazab dengan batu dan siapakah yang terpelihara dari batu?"
"Sebutkan sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap besar! Pohon apakah yang mempunyai 12 ranting, setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah naungan dan dua di bawah sinaran matahari?"
Mendengar pertanyaan tersebut, pemuda itu tersenyum dengan keyakinan kepada Allah. Setelah membaca "Bismillah.. ." dia berkata,
#Satu yang tiada duanya ialah Allah s.w.t...
#Dua yang tiada tiganya ialah Malam dan Siang. Allah s.w.t. berfirman,
"Dan Kami jadikan malam dan siang sebagai dua tanda (kebesaran kami)." (Al-Isra': 12).
#Tiga yang tiada empatnya adalah kesilapan yang dilakukan Nabi Musa ketika Nabi Khidir menenggelamkan sampan, membunuh seorang anak kecil dan ketika menegakkan kembali dinding yang hampir roboh.
#Empat yang tiada limanya adalah Taurat, Injil, Zabur dan al-Qur'an.
#Lima yang tiada enamnya ialah Solat lima waktu.
#Enam yang tiada tujuhnya ialah jumlah Hari ketika Allah s.w.t. menciptakan makhluk.
#Tujuh yang tiada lapannya ialah Langit yang tujuh lapis. Allah s.w.t. berfirman, "Yang telah menciptakan tujuh langit berlapis-lapis. Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Rabb Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang." (Al-Mulk: 3). #Lapan yang tiada sembilannya ialah Malaikat pemikul Arsy ar-Rahman. Allah s.w..t. berfirman, "Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan orang malaikat menjunjung 'Arsy Rabbmu di atas (kepala) mereka." (Al-Haqah: 17).
#Sembilan yang tiada sepuluhnya adalah mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa iaitu: tongkat, tangan yang bercahaya, angin taufan, katak, darah, kutu dan belalang. -Sesuatu yang tidak lebih dari sepuluh ialah Kebaikan. Allah s.w.t. berfirman, "Barang siapa yang berbuat kebaikan maka untuknya sepuluh kali ganda." (Al-An'am: 160).
#Sebelas yang tiada dua belasnya ialah jumlah Saudara-Saudara Nabi Yusuf.
#Dua belas yang tiada tiga belasnya ialah Mukjizat Nabi Musa yang terdapat dalam firman Allah, "Dan (ingatlah) ketika Musa memohon air untuk kaumnya, lalu Kami berfirman, "Pukullah batu itu dengan tongkatmu." Lalu memancarlah daripadanya dua belas mata air." (Al-Baqarah: 60).
#Tiga belas yang tiada empat belasnya ialah jumlah Saudara Nabi Yusuf ditambah dengan ayah dan ibunya.
-Adapun sesuatu yang bernafas namun tidak mempunyai ruh adalah waktu Subuh. Allah s.w.t. berfirman, "Dan waktu subuh apabila fajarnya mulai menyingsing. " (At-Takwir: 18).
-Kubur yang membawa isinya adalah Ikan yang menelan Nabi Yunus AS.
-Mereka yang berdusta namun masuk ke dalam syurga adalah saudara-saudara Nabi Yusuf, yakni ketika mereka berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah kami, sesungguhnya kami pergi berlumba-lumba dan kami tinggalkan Yusuf di dekat barang-barang kami, lalu dia dimakan serigala.." Setelah kedustaan terungkap, Yusuf berkata kepada mereka, "Tak ada cercaan terhadap kamu semua." Dan ayah mereka Ya'qub berkata, "Aku akan memohonkan ampun bagimu kepada Rabbku. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Yusuf:98)
-Sesuatu yang diciptakan Allah namun tidak Dia sukai adalah suara Keldai. Allah s.w.t. berfirman, "Sesungguhnya sejelek-jelek suara adalah suara keldai." (Luqman: 19).
-Makhluk yang diciptakan Allah tanpa bapa dan ibu adalah Nabi Adam, Malaikat, Unta Nabi Soleh dan Kambing Nabi Ibrahim. -Makhluk yang diciptakan dari api adalah Iblis, yang diazab dengan api ialah Abu Jahal dan yang terpelihara dari api adalah Nabi Ibrahim.. Allah s.w.t. berfirman, "Wahai api dinginlah dan selamatkan Ibrahim." (Al-Anbiya': 69).
-Makhluk yang terbuat dari batu adalah Unta Nabi Soleh, yang diazab dengan batu adalah tentara bergajah dan yang terpelihara dari batu adalah Ashabul Kahfi (penghuni gua).
-Sesuatu yang diciptakan Allah dan dianggap perkara besar adalah Tipu Daya Wanita, sebagaimana firman Allah s.w.t. "Sesungguhnya tipu daya kaum wanita itu sangatlah besar." (Yusuf: 28).
-Adapun pohon yang memiliki 12 ranting setiap ranting mempunyai 30 daun, setiap daun mempunyai 5 buah, 3 di bawah teduhan dan dua di bawah sinaran matahari maknanya: Pohon adalah Tahun, Ranting adalah Bulan, Daun adalah Hari dan Buahnya adalah Solat yang lima waktu, Tiga dikerjakan di malam hari dan Dua di siang hari.
Paderi dan para hadirin merasa takjub mendengar jawapan pemuda Muslim tersebut. Kemudian dia pun mula hendak pergi. Namun dia menghentikan niatnya dan meminta kepada paderi agar menjawab satu pertanyaan saja. Permintaan ini disetujui oleh paderi.
Pemuda ini berkata, "Apakah kunci syurga itu?" Mendengar pertanyaan itu lidah paderi menjadi kelu, hatinya diselimuti keraguan dan rupa wajahnya pun berubah. Dia berusaha menyembunyikan kekuatirannya, namun tidak berhasil. Orang-orang yang hadir di gereja itu terus mendesaknya agar menjawab pertanyaan tersebut, namun dia cuba mengelak.
Mereka berkata, "Anda telah memberikan 22 pertanyaan kepadanya dan semuanya dia jawab, sementara dia hanya memberi cuma satu pertanyaan namun anda tidak mampu menjawabnya! "
Paderi tersebut berkata, "Sesungguh aku tahu jawapannya, namun aku takut kamu marah."
Mereka menjawab, "Kami akan jamin keselamatan anda. "
Paderi pun berkata, "Jawapannya ialah: Asyhadu An La Ilaha Illallah, Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah."
Lantas paderi dan orang-orang yang hadir di gereja itu terus memeluk agama Islam.. Sungguh Allah telah menganugerahkan kebaikan dan menjaga mereka dengan Islam melalui tangan seorang pemuda Muslim yang bertakwa. NOTA:
Ini adalah artikel sulung dari qasha dan merupakan sebuah artikel yang cukup bagus. Ia dapat menyedarkan kita agar membaca dan memahami isi kandungan Al-Qur'an bagi membolehkan kita menangkis tohmahan dan menjawab pertanyaan orang-orang kafir.. Saya pernah membaca dari satu buku bahawa sebenarnya paderi Kristian tahu bahawa Kunci Syurga itu adalah Dua Kalimah Syahadah. Kerana itu (kononnya) apabila nazak seorang Kristian, maka paderi akan datang membisikkan kalimah itu ke telinganya dengan harapan dia akan mati dalam Islam. Saya tidak pasti sama ada dakwaan ini (membisikkan ke telinga orang nazak) benar atau tidak. Namun saya pasti ahli kitab Kristian tahu bahawa Kunci Syurga adalah Dua Kalimah Syahadah. Cuma, mereka tidak mahu mengaku (kebenaran Islam) kerana bimbang akan kehilangan pangkat dan kedudukan duniawi.
Ok ini pulak tulisan saya-Wallahu'alam-

Sunday, 7 June 2009

Lagi tentang artikel

(di ambil dari Utusan Malaysia)

Demokrasi juga maqasid syariah?
Oleh SITI AINIZA KAMSARI

Dr. Murat Cizakca (kiri) menyampaikan syarahan pada forum awam anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan Malaysia, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

APABILA salah seorang pendengar bertanya apa makna demokrasi, Dr. Murat Cizakca tanpa ragu menjawab: "Mudah sahaja, demokrasi bermakna peluang untuk rakyat menjatuhkan pemimpin mereka (tanpa pertumpahan darah)," katanya.
Jawapan Pengarah Penyelidikan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF) itu menyebabkan seluruh hadirin di forum awam anjuran Institut Antarabangsa Pengajian Islam Lanjutan Malaysia, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, tersenyum dan tidak kurang tergelak besar.
Beliau menghabiskan hampir dua jam untuk menyampaikan syarahan bertajuk 'Demokrasi, Pembangunan Ekonomi dan Maqasid al-Syariah'. Kupasannya cukup menarik dan begitu mengajak kita supaya berfikir dan mengambil pelbagai pengajaran daripadanya.

Dr. Murat mempunyai kewibawaan yang cukup tinggi sebagai bukan sahaja pakar atau ahli akademik terkemuka dunia tetapi beliau juga dianggap pemikir besar dan mujtahid Islam. Ini apabila beliau mampu menunjukkan jalan keluar dalam apa juga kemelut terutama dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.
Beliau bukan sahaja tokoh memperkenalkan wang tunai yang juga boleh digunakan untuk tujuan wakaf (wakaf tunai) tetapi tidak kurang juga kini dalam bidang politik itu sendiri.
Dalam forum kali ini, beliau mencadangkan elemen sistem politik dan pentadbiran, demokrasi dan pembangunan ekonomi menjadi satu komponen baru dalam maqasid syariah.
Maqasid syariah bermaksud matlamat-matlamat syariat dan rahsia-rahsia (asrar) yang ditentukan oleh Allah untuk setiap hukum.
Ilmu maqasid pula merupakan ilmu yang mengkaji tentang asas-asas yang menjadi sasaran syarak melalui penetapan hukum yang terdapat dalam al-Quran dan Sunnah.
Lalu seperti yang disepakati oleh Imam Syartibi dan Al Ghazali, matlamat-matlamat syariat untuk mestilah untuk lima komponen maqasid yang berikut iaitu Hifz al Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al Nafs (nyawa) dan Hifz al Nasb (keturunan).
Iaitu setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan.
Dr. Murat baru-baru ini dilantik sebagai Pengarah INCEIF iaitu institusi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata, sistem demokrasi wajar menjadi komponen baru dalam maqasid syariah apabila beliau mendapati sistem demokrasi itu begitu menyerlahkan rekod yang baik selama pernah diamalkan di dunia ini.
"Lalu wajar sekali agar sistem ini menjadi satu komponen baru sesuai dengan perkembangan semasa dan penyelesaian kepada banyak masalah hari ini," katanya.
Soalnya mengapa sistem demokrasi? Mengapa tidak lain-lain sistem termasuk ideologi komunis yang berjaya menjadikan China misalnya menjadi satu kuasa ekonomi dunia yang baru dan kekuatan pertahanan yang ditunjukkan oleh Rusia?

Namun kata Dr. Murat, pengertian demokrasi perlu difahami sebagaimana yang dijelaskan oleh Ray (1998), Ahlmark (1998) bahawa sebuah negara itu dikira sebagai negara demokrasi jika:
1) Pemimpin untuk kuasa eksekutif dan legislatif kerajaan adalah dipilih melalui pilihan raya yang kompetitif dan bersih,
2) Sekurang-kurangnya dua parti yang bebas bertanding dalam pilihan raya,
3) Sekurang-kurangnya separuh dari populasi yang dewasa mengundi dalam pilihan raya,
4) Parti yang berkuasa akan bertukar sekurang-kurangnya sekali dalam pilihan raya bebas.

Lanjutan dari itu, demokrasi merupakan apa yang dinamakan peraturan undang-undang adalah yang tertinggi untuk memberi kesaksamaan kepada semua penduduk dan kepatuhan kepada negara (pemimpin) terhadap undang-undang tersebut.
"Antara lain pemimpin, mesti menghormati hak rakyat untuk bebas bersuara, berfikir, beribadat, perniagaan, memiliki harta dan sebagainya dengan kuasa tentera mesti berada di bawah kerajaan sivil yang dipilih secara demokrasi itu," katanya yang terkenal sebagai pakar sejarah ekonomi dunia.

Beliau yang merupakan pensyarah di beberapa buah universiti terkenal seperti di di Bogazici, Koc, Fatih dan Bahcesehir Istanbul, Turki dan pada tahun 2006 di Universiti Ludwig Maximillian Munich, Jerman seterusnya menyenaraikan pelbagai faktor bagi memungkinkan sistem demokrasi itu menjadi salah satu dari komponen tambahan dalam Maqasid al Syariah.
"Statistik menunjukkan dari 20 negara yang kaya pada tahun 2003, 19 dari mereka merupakan negara demokrasi kapitalis. Lazimnya dengan status negara yang kaya itu, ia dijadikan kayu pengukur oleh pihak antarabangsa sebagai negara yang berjaya.
"Jadi kita perlu menerima sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi itu sebagai negara-negara yang berjaya," katanya.

Alasannya? Beliau mendapati kebanyakan negara yang mengamalkan demokrasi merupakan negara yang begitu menghormati hak-hak asasi yang paling asas iaitu kemanusiaan.
Menurut Dr. Murat, jika dilihat demokrasi dan kaitannya dengan peperangan, 70 peperangan telah meletus sejak tahun 1816 sehingga tahun 1991, iaitu mengambil masa selama 175 tahun setelah berakhirnya peperangan era Napoleon. Iaitu siri-siri perang yang melibatkan 353 pihak-pihak yang berperang.
"Daripada jumlah ini peperangan yang melibatkan negara yang bukan demokrasi dengan negara lain yang juga bukan demokrasi sebanyak 198 kes manakala peperangan yang melibatkan negara demokrasi dengan negara bukan demokrasi sebanyak 155 kes.
"Dan yang menariknya tiada peperangan yang berlaku melibatkan permusuhan antara sebuah negara demokrasi dengan sebuah negara demokrasi yang lain," jelasnya.
Perkara ini membuktikan demokrasi memberikan kesejahteraan kerana pembangunan ekonomi dapat bergerak dengan cergas tanpa dihalang oleh api-api permusuhan dan peperangan.
"Jelas sekali, terdapat hubungan yang cukup rapat antara demokrasi dan pembangunan ekonomi, justeru kita perlu melahirkan lebih banyak negara yang mengamalkan demokrasi atau menjadikan demokrasi sebagai satu sistem pentadbiran paling utama dalam politik dunia," kata Dr. Murat.
Antara fakta lain yang menarik perhatian adalah apabila Dr. Murat menceritakan mengenai kekejaman peperangan yang telah membunuh berjuta-juta umat manusia, iaitu akibat sistem demokrasi tidak menjadi amalan.
Katanya, dari tahun 1900 sehingga 1987, hampir 170 juta umat manusia terbunuh hanya berpunca dari sebab-sebab politik bukan disebabkan sebagai anggota tentera di medan atau zon-zon peperangan.

"Apabila dipecahkan angka itu, didapati negara yang mengamalkan pemerintahan secara totalitarian dan autokrasi telah membunuh seramai 166 juta umat manusia manakala pembunuhan yang berlaku di negara pengamal demokratik akibat serangan bom hanya mengakibatkan seramai dua juta penduduknya yang mati.
"Dari keseluruhan jumlah manusia yang mati terbunuh tersebut, 98 peratus darinya adalah terdiri dari rakyat sivil atau penduduk awam yang tidak berdosa yang dibunuh oleh pemimpin-pemimpin diktator mereka," kata beliau.

Dr. Murat turut menyenaraikan jumlah pembunuhan beramai-ramai di sepanjang abad ke 20 lalu, iaitu melibatkan negara bukan demokratik yang membunuh rakyatnya sendiri.
1) Empayar Uthmaniah membunuh hampir satu juta rakyatnya yang berbangsa Armenia,
2) Komunis Soviet Union membunuh seramai 62 juta rakyat,
3) Komunis China membunuh seramai 35 juta rakyat
4) Nazi Jerman membunuh seramai 21 juta rakyat
5) Rejim Polpot membunuh seramai dua juta rakyat
6) Rwanda dalam tempoh tiga bulan satu juta penduduk awam
7) Pembunuhan penduduk Bosnia oleh Serbia, seramai 200,000 mangsa, 40,000 penduduk diperkosa dan dua juta lagi terpaksa melarikan diri.

Tegas Dr. Murat, pembunuhan terhadap 170 umat manusia ini, malah dijangka angka tersebut jauh melebihi pada hari ini merupakan plak atau kekotoran yang begitu mencemari kehidupan, yang didakwa semakin bertamadun dan dalam peradaban yang tinggi.
"Bagi mencuci plak-plak kotor ini boleh dilakukan dengan pemisahan kuasa eksekutif, legislatif dan perundangan serta usaha perlu ditumpukan untuk memberi perubahan besar kepada kepada peraturan dan undang-undang di samping tumpuan yang sama perlu diberikan untuk menguatkan kebebasan hak-hak asasi manusia," ujarnya.
Beliau turut memberikan hujah bagaimana demokrasi mampu menjadi jalan penyelesaian kepada masalah kebuluran. Dr. Murat memberi contoh yang berlaku di India selepas negara itu mencapai kemerdekaan dari penjajahan British dan mengamalkan sistem demokrasi (terbesar di dunia) pada tahun 1943.
Menurutnya India mampu mengatasi masalah kebuluran itu walaupun soal kemiskinan masih menghantui pada sebahagian dari penduduknya yang padat itu.
"Masalah kebuluran didapati hanya berlaku di negara-negara yang dijajah oleh kuasa asing seperti Ireland dan India atau di negara yang ditadbir oleh rejim-rejim komunis dan para diktator. Ini termasuklah seperti Sudan dan Korea Utara," katanya.
Dr. Murat menguatkan hujah mengenai pro demokrasi kerana sistem itu sama sekali tidak berlawanan atau bercanggah dengan prinsip-prinsip Islam.
"Ini apabila Rasulullah SAW sendiri tidak pernah atau enggan menentukan sendiri pengganti baginda apabila baginda wafat.
"Baginda tidak pernah menamakan sesiapa sama ada dari kaum keluarga mahupun pengikut baginda sebagai pemimpin Islam yang baru.
"Situasi ini boleh diterjemahkan sebagai satu asas atau prinsip demokrasi dalam Islam apabila baginda menyerahkan kepada kebijaksanaan terutama kalangan para sahabat bagi menentukan pilihan yang paling sesuai untuk mengetuai umat Islam ketika itu," katanya.
Beliau terus menegaskan bahawa pemerintahan oleh diktator secara hierarki adalah berlawanan dengan prinsip dan roh Islam.
"Ini kerana pemerintahan negara yang baik atau hakimiyyah adalah milik Allah dan apa sahaja yang menjadi milik kepada Allah dan sebagai manusia kita sama sekali tidak boleh bertindak mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri," katanya.