Friday, 24 July 2009

Aku diuji untuk ke sekian kalinya!!!

Kehidupan yang ditempuhi ini, penuh dgn episod suka-duka dan kadang2 ianya membuatkan saya lupa.Lupa untuk betul2 menghayati dan menghargai nikmat yang dikurniakan.

Ya,walaupun lidah senang untuk memanjat kesyukuran kepadaNya,tetapi kdg2 terlepas juga untuk memerhatikan kurniaan tersebut dgn mata hati.


Penghayatan melalui mata hati dirasakan dapat memberi aura yang lebih mendalam.Ungkapan syukur itu bukan hanya dapat difahami secara literal semata ,bahkan jika pandangan mata hati digunakan , suatu ketenangan dapat diperoleh.


Perbualan dgn seorang sahabat sebentar tadi (bc: ketika entri ini ditulis) benar2 membuatkan saya seolah2 menekan butang `pause’ kehidupan yang dijalani.Kata-katanya ringkas tapi cukup bermakna.Saya rasa dia seperti mengingatkan balik apa yang pernah saya katakan sebelum ini.


Kataku “ish,aku tak mampu nak ada2 ni,ni orang kasi”
“Ye la,rezeki orang ni lain2.Ada yang dapat dgn cara macam ni,ada orang dapat dgn kerja,beli guna duit sendiri,ada orang macam aku ni,`parents’ yang kasi” ujarnya pula.


Kadang2 disebabkan satu perselisihan fhm yang berlaku, segala kebaikan dilupakan.Biarpun kebaikan dia lebih banyak dari kesilapan,tapi kesilapan itu jugalah diambil kira.


Analoginya,seorang bapa yang telah bersusah payah membesarkan seorang anak,apabila anaknya besar dan berjaya,anak tersebut menghiraukan jasa dan pengorbanan tersebut hanya kerana bapa tersebut apabila tua menyusahkan kehidupan si anak itu.~nauzubillah

(ak baru setahun jagung sudah mahu membuat analogi seperti ini...jangan nanti pandai cakap saja...Astagfirullah...)

Mungkin suatu ketika dahulu ketika mendapat hadiah dari si ayah,si anak itu bkn je ckp terima kasih,Alhamdulillah,tp siap sujud syukur lagi.Tapi bila si ayh buat suatu perkara yang menyusahkan si anak (bc:selagi perkara tersebut tak bertentangan ngan Islam),si anak mula merungut dan seterusnya...(fill in the blanks)

Kalau bukan kerana Allah memurahkan rezeki @ menggerakkan hati dia untuk sama2 berkongsi kejayaan @ menghadiahkan sesuatu kepada kita,x de nye kita dapat merasa nikmat yang diberi.

Memang betullah,kalau seramai mana pun manusia berhimpun untuk memberikan kebaikan kepada kita,sedangkan Allah tak benarkan,kebaikan tu tak jugak sampai kat kita atau seramai mana pun manusia berkumpul untuk buat jahat kat kita tapi kalau Allah tak benarkan,tak jugak jadi benda tu.

Waktu ditimpa kesusahan,segala nikmat yang diberi semuanya nampak pahit.Islam,Iman,kesihatan,akal fikiran,tubuh badan,pancaindera dll...tak terhitung!!!


Maka nikmat TuhanMu yang manakah kamu dustakan?
(ar-Rahman:13)

Ya Allah jauhilah aku dari tidak mensyukuri nikmat yang engkau berikan...

Renungan seketika!


~Nway,sori ye Isma...sy terlalu ikut perasaan...maklumlah..bdn n palo pns time tu,kaki sejuk..uish..ore deme keh baso dio doh!!!oh indeed ak rasa bersalah...
~kpd farah farhana,tq 4 bringing me to the clinic...,disbbkan fever ni ak jd sensitif and cpt marah..hu2 jgn ambil hati ye!!
~Thanks a lot aisulu 4 the tablet (read:coming frm her country, Kurzgistan) and kpd maryam,terima kasih 4 the petua...ahaks!!even the doctor also told the same thing..minum air bnyk2
~kpd fiqah tajuddin, terima kasih ats sokongan yg diberikan
~Lastly,kpd sir Abdul Halim (FM2)..siti zulaikha will be back to the class as usual

Semoga blog ini dapat dijadikan medan untuk aku bermuhasabah...walaupun hnya 30% (mungkin) aku kongsikan dari pengalaman hdp..tapi bila baca balik apa yang aku dah tulis,sedikit sbnyk dapat beri kesedaran kpdku..

Saturday, 18 July 2009

Jangan Bersedih

Terbaca saya satu emel...


Jangan Bersedih...Cinta Rasulullah Menjamin Kebahagiaan

Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah Membuat Anda Terkaya di Dunia


Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat serta Rahmatnya Maha Luas


Jangan Bersedih...Semata-mata Kerana Anda Berbeza dengan Orang lain


Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela, Direndahkan atau Dizalimi


Jangan Bersedih...Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan

Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan Anda akan Membuat Musuh Anda Gembira


Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku MerekaTerhadap Allah


Jangan Bersedih...Allah Tidak Akan Mensia-siakan Pengorbananmu


Jangan Bersedih, Dunia ini Terlalu Hina Untuk Ditangisi


isinya lebih kurang dgn apa yang terdapat dlm buku La Tahzan...


Saya merasakan apabila wujud kesedihan, kdg2 ianya diikuti dgn tangisan,walaupun hati berkata sabar,air mata turut juga laju mengalir...hemm...


Walau bagaimanapun,saya yakin
Setiap Peristiwa Ada Hikmahnya dan Setiap Kesukaran Pasti Ada Kemudahan
Allah nak didik kita jadi lebih tabah mungkin...Jangan mengharapkan manusia tapi harapkanlah saja padaNya