Thursday, 20 August 2009

Ramadhan datang lagi...

Ramadhan datang lagi.Syaaban mula melabuh tirai.Aku???Ku harapkan dapatlah kiranya diri ini menggunakan masa,fikiran,dan segala jua barang pinjaman seperti mana yang dituntut.Kekuatan jua yang dicari dalam proses mendidik hati sekali gus memulih akal dan moga-moga beroleh keredhaanNya.I-Allah.

Dalam minggu ini sesekali menyelak halaian akhbar,isu masuk syurga adalah yang paling hangat diperkatakan.Sungguh tak sangka,ianya sekali lagi dibangkitkan.Saya rasa sejak dari sekolah rendah lagi saya dengar isu ini diperdebatkan.Tak habis-habis.Kalau nak raih undi sekalipun,janganlah sampai mempolitikkan isu agama.Pada masa yang sama,ramai jugalah yang buat pelbagai spekulasi~entri ini pun dikira spekulasi ke??ehm..oh ya jangan takut berbeza pendapat,berbeza pendapat secara intelektual x pe,sbb nak cari kefahaman kan~

Sangkut baju politik dekat pagar masjidlah.Tak boleh campur politik dengan agama.Sekejap haram,sekejap halal.Sekejap kafir,sekejap tak kafir.Hairan juga.

Walaupun saya ni tidaklah tahu sangat tentang ilmu falsafah Islam,pengetahuan tentang sirah nabawiyyah pun suam-suam panas,tajwid dan makhraj huruf pun kena berhati-hati lagi tapi saya rasa tak salah untuk turut memberi pandangan dan sebarang kritikan membina amatlah dialu-alukan.Saya menulis ini atas keupayaan orang-orang biasa sahaja.

Bagi saya,kalau berpolitik untuk Islam,wajar sangat di dokong. Namun,apa yang saya lihat,ada sesetengah tu mempunyai agenda tersendiri.Arak tu haram,kenapa nak benarkan juga penjualannya.Nak jaga hati pihak yang satu lagi ke???Isu ni dapat mengugah pengundi atas pagar (secara keseluruhan bukan kat Permatang Pasir saja!!!) untuk menilai dan terus menilai.

Agama dan kehidupan mana boleh dipisah.Kalau tak sekularisme pula jadinya.Dah Islam tu shumul,walau perkara apa pun yang dilakukan, kita tidak boleh membelakangkannya.Nanti bagaimana nak capai tujuan shariah?
(Tujuan shariah adalah mahu melindungi religion,life,lineage,property dan intellect).Apa pula shariah?
Shariah tu sistem-sistem dan semua ajaran Islam yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang direkodkan dalam al-Quran dan juga yang diambil dari sunnah atau dalam erti bahasa lain “The total sum of Islamic teaching and system, which was revealed to Prophet Muhammad s.a.w. recorded in the Qur’an as well as deducible from the Prophet’s divinely- guided lifestyle called the Sunnah” (Imran Nyazee 2004)


Tapi bagaimana dengan politik+Islam,didahulukan pula politik baru Islam.Boleh ke?

Ibarat Ekonomi+Islam,didahulukan ekonomi dulu baru Islam.Kalau begitu tak ubah seperti sistem konventional ?

Katanya,`kalau undi Pas itu masuk syurga’.Melalui pemahaman saya,lagaknya semacam satu analogi.Umum mengetahui Pas itu parti yang memperjuangkan Islam.Apa yang saya faham,

Jika kita beri undi pada mereka yang nak tegakkan Islam,bermaksud kita mahu Islam,kita mahu melihat pemerintahan cara Islam di mana tiada paksaan dalam beragama,sudah jelas jalan yang benar dan jalan yang salah.Dan kepada bukan Islam,jika mereka memberi undi kepada yang nak tegakkan Islam,Insya Allah,mereka akan nampak keindahan Islam yang sebenar. Kalau tak silap,jika ada satu doa yang dimakbulkan,doa itu adalah untuk pemimpin yang adil.Mana tidaknya,jika kita mempunyai pemimpin yang adil berlandaskan syariat sebenar,bertuahlah rakyat.Masalah kemiskinan,jenayah dan lain-lain pasti dapat ditangani.Jika rakyat hidup dalam keadaan aman damai,pasti tercapai tujuan shariah.Kalau sesuatu perkara itu baik pada pandangan mukminin pasti perkara tersebut baik pada pandangan Allah.InsyaAllah syurga itu pasti. Sekarang rasanya saya menulis mengikut teori semata.
Iya,teori sendiri tapi tak mustahil bukan.
Dan pada hemat saya,ianya turut boleh diguna pakai oleh UMNO.Kalau UMNO nak tegakkan Islam dengan betul (sbgai contoh,hapuskan pusat-pusat judi,yang wanitanya tutup aurat),saya rasa wajar juga undi diberi pada parti ini.Dan orang undi UMNO pun dapat masuk syurga. Begitulah pemahaman yang serba kekurangan ini.Apa yang Tuan Guru perkatakan itu besar sungguh skopnya.

[Tapi kalau nak mengundi,perlu pilih orang ke parti?
Hmm..Mungkin saya akan biarkan persoalan ini sehingga saya layak mengundi. ]

Berdasarkan teori di atas,rasanya taklah kontroversi sangat maksud tersebut.Tapi masalahnya saya tengok ada segelintir orang-orang terus menjadikannya bahan politik.Iya lah,dah orang politik bercakap memanglah akan jadi isu.Huraian demi huraian dikeluarkan,isu-isu yang lapuk habis diambil pusing.Biasalah hal ini akan terjadi kepada dua-dua pihak,baik pembangkang mahupun kerajaan.Keliru juga. Kesian orang-orang.

Pernyataan tersebut jika tidak berlapang dada ke atasnya,macam-macam boleh ditafsir. (saya tu berlapang dada ke???jangan cakap saja!!!)Macam-macam boleh dicanang,seolah-olah Tok Guru,boleh menghukum orang lebih dari `penghukum sebenar’.Semoga Allah melindungi Tok Guru dan kita semua dari perkara yang tak elok.

Tak guna semangat-semangat pada satu-satu parti, tapi diri sendiri jauh sekali dari Islam

Tak guna semangat-semangat pada satu-satu parti,tanggungjawab kepada keluarga diabaikan

Tak guna semangat-semangat pada satu-satu parti, kalau tidak merasa erti hidup pada memberi

Yang sebenarnya kita harus bergantung pada diri sendiri.Bagi saya syurga itu milik semua orang Islam.Kalau kita buat yang disuruh tinggal yang dilarang,I-Allah lah,Allah bersama kita.Buat yang disuruh tu bukan setakat rukun Islam dan iman sahaja tapi lebih dari itu,kenalah titik beratkan akhlak dan lain-lain(perkara ini jugalah kita harus sama-sama usaha,sebenarnya yang lebih tepat saya harus usaha,tak perlu cakap orang,jaga diri sendiri tu yang paling penting...). Bulan ramadhan pun bakal menyusul,I-Allah peluang yang baik untuk kita lebih mengenali diri dan mempertingkatkan ibadah.Mohon diberi kekuatan Ya Allah. Semua orang tahu sebaik-baik orang adalah yang paling bertakwa.Oleh itu,kenapa nak takut-takut dengan kenyataan Tok Guru?x faham saya.Kalau niat apa-apa kerana Allah mesti tak jadi masalah tak kisah lah parti mana pun.Walau bagaimanapun kadang-kadang tu,ada juga kenyataan Tok Guru yang saya tak berapa faham atau saya dibuat tak faham(melalui akhbar).Oleh yang demikian,amatlah perlu untuk pihak yang terlibat,apabila timbul isu-isu kontroversi menjelaskannya dengan jelas.Kalau tidak,penilaian orang akan jadi berat sebelah.Di sana cakap, Utusan,Berita harian etc berat sebelah,di sini cakap harakah daily etc tu berat sebelah.Hmm..buatlah penilaian sendiri tuan-tuan.Takkan nak taksub tak bertempat!!!

Negeriku Kelantan,Alhamdullilah,saya sayangkan suasana di Kota Bharu.Saya kira pelaksanaan penghayatan Islam oleh MPKB dapat dirasai oleh warganya.
[Siapa ya orang MPKB,oh ya Y.B Takiyyudin...,dia adun ke parlimen,tak pasti pula..ho2.Adun rasanya,kawasan mana?hmm..]
MPKB wajibkan peniaga wanita bertudung.Tulisan jawi pula harus dipamerkan pada semua papan tanda dan papan iklan. Di 7Eleven x de arak dan macam-macam usaha lagi.Hari Jumaat pula begitu hidup suasananya di sana.Alunan ayat-ayat suci begitu jelas kedengaran di bandar K.B.Para peniaga seolah-olah berpesta pada pagi tersebut.Mereka menambah ilmu sambil berniaga.Ceramah Tok Guru memang memacetkan lalu lintas.Orang ramai pula di beri kekebalan untuk melanggar peraturan jalan raya.Ha2.Masih segar dalam ingatan suasana pada pagi Jumaat sewaktu ber`tuisyen’ di Karisma.Jika di Abim,kuliah ustaz Mat pula menjadi sasaran.Di rumah,disebabkan ketika itu tinggal di belakang Maahad,lagu-lagu nasyid menjadi sajian.Sehinggakan,saya yang tak tahu apa-apa pasal nasyid ni pun kadang-kadang boleh terhibur.

Walau pun begitu,saya tahu kes-kes jenayah pun banyak juga berlaku di sini.Ramai yang melepak dan ber`couple’ di K.B mall,Tesco dan dalam waktu terdekat ini pelbagai `mall’ lagi akan muncul.Bukan nak cakap tak boleh pergi mall,tapi kena tengok tujuan lah. Pakaian mereka,x usah cakaplah.Nak tengok suasana k.l di k.b?Nah,itulah tempatnya.Memang ditadbir oleh parti Islam,tapi perkara-perkara begini pun wujud juga.Dulu apabila masuk saja waktu maghrib pasar malam dan padang bas (sesuai ke??) akan berhenti beroperasi seketika tapi sekarang,pasar malam di berek 12 je lah kot berhenti kejap.Entahlah.Dekat tempat snooker tu pula,bila K.B mall berhenti beroperasi,diorang akan kunci pintu,tapi orang-orang kat dalam tak pula disuruh keluar,mereka hanya tidak memberi orang luar masuk.Entah pukul berapa diorang tutup pun tak tahu.Berlindung disebalik kewarakkan gambar Tok Guru agaknya!!!

Semuanya bergantung pada diri sendiri.Ke manakah kita nak layarkan haluan hidup?Tak boleh nak salahkan pemerintah semata.Malah saya juga tidak menafikan peranan pemerintah dalam mencorak budaya rakyat.Sama-sama kena main peranan lah.
Saya pun risau juga dengan diri ini dan adik-adik.Kehidupan dunia hari ini dan masa akan datang sudah tentu berbeza.Memang kita sedia maklum,setiap tahap kehidupan pasti ada cabarannya sendiri,bagaimana cara kita untuk berhadapan dengannya tu yang paling penting.~according to a friend of mine.Rasanya Ilmu,Iman dan Amal [slogan KRS..ha2] yang dapat tolong kita menghadapinya.
Bagaimana agaknya pengakhiranku?Memang lirik Pergi tak Kembali tu terkesan sungguh.Dulu kita tengok orang yang pergi tengok orang lain pergi,sekarang kita tengok orang itu sendiri pergi,dan nanti orang pula akan tengok kita pergi.

Ummi,Tok we Pa,Che Da,Nik Farah,Tok Ayh Pa (2 hari selepas),Tok Su Ya (2minggu selepas,malam jumaat lagi),Ustz Asri...sorang-sorang dipanggil mengadapNya...Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas ruh-ruh mereka,tempatkanlah mereka semua bersama para hambaMu yang soleh.Semoga kalian beristirehat dengan aman di sana.
Kepada rakan pembaca,mohon didoakan kebaikan
Selamat menjalani ibadah puasa

Ramadhan datang lagi...

Friday, 7 August 2009

Mahasiswa dan Demonstrasi

Mahasiswa.Sejak,2 menjak ni,saya agak mempunyai keyakinan menggunakan perkataan tersebut . Sememangnya,sewaktu berada ditahun satu pengajian,tidak terasa sangat bahananya.Makin saya melangkah,makin 'familiar' dibuatnya.Ianya membuatkan saya,makin mahu mengenali peranan dan tanggungjawab yang harus dipikul.Apatah lagi,saya merupakan seorang mahasiswa di universiti islam,antarabangsa pulak tu.Terasa begitu banyak persediaan yang harus dilakukan sebelum mendepani masyarakat.

Persepsi masyarakat umum :

Mahasiswa= berpengetahuan!
Mahasiswa + Islam= berpengetahuan dan islamik!!
Mahasiswa + Islam + Antarabangsa= berpengetahuan,islamik dan menguasai Bahasa Inggeris!!!

Hmmm..saya? masih tidak menepati piawaian…

Perkataan ‘student’ yang sering diguna pakai tidak begitu memberi konotasi yang besar.

Malah tidak terasa langsung ‘sense of responsibility’.
Mana tidaknya ,perkataan itu sudah sinonim sejak sekolah menengah lagi.
Maka tidak hairanlah tahap ke‘kisah’an kpd satu2 isu itu masih rendah (~termasuklah saya..).
Disebabkan sistem di sekolah lebih kepada ‘exam-oriented’,matlamat yang sama juga kadang2 turut diaplikasi di universiti.

Berkenaan tajuk entri lepas iaitu ‘Mahasiswa Islam berdakwah atau berpolitik’ serta-merta mengingatkan saya dengan demonstrasi ISA pada 1 Ogos lepas.Malam sebelumnya,saya sempat bertanyakan kepada seorang sahabat adakah dia akan turut serta dalam demonstrasi tersebut,jawabnya `mesti,wajib pergi'.Semua kwn2 dia dalam jemaah akan pergi.

Saya merasakan,demonstrasi tersebut adalah medan menguji kesetiaan orang yang berjemaah.Disebabkan kekukuhan ukhuwah yang dijalin,sudah hilang perasaan takut,gentar atau runsing.Apa yang mereka buat adalah demi Islam semata.

Dari semasa ke semasa,saya jengah internet untuk dapatkan berita terbaru.Manalah tahu, kalau-kalau ada mahasiswa yang tertangkap atau dgn lain perkataan,ada rakan2 atau muka2 ‘familiar’ yang tertangkap. Risau juga dibuatnya.

Kelas bermula seperti biasa.Alhamdullilah,mereka masih mampu datang ke kelas.Saya juga ada menonton video2 demonstrasi di YouTube.Hemm..macam biasa untuk setiap demonstrasi,(Baik demonstrasi BERSIH,PPSMI mahupun lain2) FRU akan guna cara yang sama untuk menyuraikan keadaan. Agak ganas.

Saya terfikir sejenak,apabila melihat ada yang masih bersemangat walaupun ditangkap.Bila difikirkan balik memang mereka yang pergi tu bersedia untuk disembur ...maksud.. bersedia menghadapi segala kemungkinan walau ditangkap sekalipun.Bak kata seorang sahabat,tahu doh gapo nok wak kalu de keno igat.

Kata Prof Ataul Haq (Malaysian Economy) pula,Negara yang mempunyai sistem demokrasi yang baik,mempunyai golongan kelas pertengahan yang kuat kerana golongan kelas pertengahan ni agak intelek,tahu berbuat keputusan dan mezahirkannya melalui undi seperti mana PRU-12 yang lalu.

Mahasiswa bagi saya sebahagian besar akan menjadi pelapis golongan ini.Halatuju jemaah kwn saya ni,saya lihat agak seimbang dakwahnya.Tidak fokuskan politik semata.Tidak begitu assabiah.Tidak seperti segelintir kumpulan yang lain.

Tapi,Islamikkah demonstrasi?

Pada pandangan umum:

1.traffic teruk,menyusahkan rakyat juga,terpaksa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas,kerj dah bagi amaran pun buat jugak.
2.kenapa nak demonstrasi jika kerajaan memang nak `review’.Tunggu dan lihat je lah
3.Dari segi ekonomi pulak,kedai banyak tutup,20 juta rugi tau


Bagi saya,dengan adanya demonstrasi suara rakyat jelas teserlah.Mesej tersebut memang akan sampai, bukan sahaja kepada kerj tetapi kpd semua `stakeholders’.Ye lah dah nama tunjuk perasaan,memang tempat untuk menggambarkan perasaanlah.

Sebagai contoh,adik saya meminta ayah untuk belikan replika robot Transformer untuknya,ayah saya buat dek je n sampai sudah tak beli.Tapi katakanlah adik saya merengek,menjerit,mesti mesej tersebut sampai kpd saya yang berada di dalam bilik kan.Ha2,saya gelak.Tapi hari ini dia berjaya mendapatkannya dgn cara lain.Saya jeles,nak sabotaj je rasa.~ha2 x lah,gurau je!!!

Bagi pihak yang berkepentingan (terutama dari parti politik yang tak Islamik),Demonstrasi ini dijadikan tempat untuk `test market’.Mereka akan bandingkan jumlah penyertaan dengan demonstrasi sebelumnya.Di samping itu,saya rasa mereka akan buat strategi baru untuk raih sokongan rakyat.Politik biasalah.

Bagi kerajaan,eloklah lakukan sesuatu,bak kata Prof Ataul Haq,masalah bagi kebanyakan negara Islam adalah,pemimpin tidak mendengar kritikan rakyat.Bagi saya sejak Najib naik,so far he’s doing well.

Kerj juga cadangkan demonstrasi dkt stadium.Seharusnya cadangan ini disambut baik.Dapat elak kesesakan lalu lintas dan pada masa yang sama dapat kebebasan bersuara.Tapi,jangan nanti stadium runtuh dah la.

Dari sudut ekonomi pulak,20 juta tu apa lah sangat bagi kerj,banyak lagi duit yang mereka bazirkan.Untuk kedai-kedai yang tutup tu,alah sehari je pun.Bagilah cuti kat pekerja2 tu.


Memanglah bagi bizman time is money,tapi kalau nak kira penderitaan keluarga tahanan ISA tu...ehmm lagilah...Untuk pelabur asing,mereka boleh nilai dengan sendiri,demonstrasi di Malaysia tak seteruk di Thailand,baju merah,baju kuning,rempuh2.Tak sekejam Myanmar,dengan Juntanya,tidak juga seperti di China dan Indonesia.

Bagi saya Malaysia memang mencapai kestabilan politik,adakah mereka nak lepaskan peluang di sini disaat ekonomi memburuk?Diingatkan,pasaran di sini lagi besar dari Singapura.Surat khabar biasalah..kdg2 2 melebih.Hmmm...

Berbalik kpd perjuangan mahasiswa.Ketika sedang menonton video demonstrasi di YouTube,datang 2 orang rakan yang tertarik sama untuk menonton.Rupanya,video tersebut bukan sahaja menarik perhatian mereka,tapi ada lagi 2 orang sister yang berdiri tidak jauh dari saya.Apabila kwn saya beredar,saya teruskan tontonan yang berbaki.Pada waktu itu,saya terdengar perbualan sister2 tersebut,katanya (lebih kurang lar)

`saya tak pergi kat situ,tak naklah,bagi saya,saya berjihad dgn belajar,ni jalan saya`.

Saya terus mengangguk2kan kepala,sambil perlahan berkata `Yeah,dat’s rite`.

Oleh itu,

Kejahilan,Kemalasan,Ketidak pekaan dan Keculasan mesti ditangkis atas kapasiti yang diberi.(Jangan ckp saja wahai diri!!!)

Sama2 kita berjuang untuk Islam dgn cara masing2.


~Sebenarnya tak biasa guna perkataan `juang`ni..seram jugak..sbb ada satu kenyataan berbunyi `Kalau takut mati jgn ckp pasal perjuangan`...tapi,Sape tak nak mati shahid...saya pun berjinak2lah menggunakannya!!!Tapi tak tahu lah layak ke tak,sering kali tewas dgn nafsu dan syaitan selaku musuh utama.Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita.