Wednesday, 4 August 2010

Hadith

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan.


Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasannya Rasulullah SAW bersabda,


"Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'"



(Shahih Muslim no. 2733)


sini

Saman

Beberapa jam yang lepas saya disaman yang tiada pengampunan tetapi ada pengurangan untuk kali pertama sepanjang berada di UIA Gombak ini.Huhu.Agak sedih.Kira-kira setengah jam sebelum operasi terjah itu dilakukan,adik-adik 'junior' telah memaklumkan akan ada terjahan ke bilik kami sebentar lagi.Oleh kerana sebelum ini saya tidak pernah disaman untuk keluputan tarikh barang-barang elektronik berdaftar, saya merasakan tiada apa-apa yang akan berlaku walaupun ada rasa kaget sedikit sebab tidak 'renew' barang-barang tersebut. Tetapi saya meyakinkan diri tiada apa-apa yang akan berlaku (walaupun pada waktu itu saya telah simpan komputer riba dgn baik sekali :P )





Dan apabila kumpulan penerjah yang diketuai oleh 'principal' mahallah datang, saya tetap meneruskan kerja Industrial Economics. Saya dapat dengar cubaan saman ke atas rakan-rakan saya yang lain, tetapi saya tetap juga buat dek dgn keadaan sedikit huru-hara itu...(konon!huhu).






Giliran saya tiba.Apabila ketua penerjah menanyakan tarikh luput barang-barang elektrik saya, saya pun serba salah juga nak jawab :P tetapi jawablah juga dengan buat muka tidak bersalah "It's expired"
penerjah : "well, we have to fine you but you can appeal in 14 days"
saya : "but last time, there were also people came checking on these, but they didn't fine me" (cuba nasib!)
penerjah : “that's b'coz, they didn't do their work, we have to fine you, u can claim on appeal!"
saya : “Can I claim on not to be fine??”

telefon bimbit penerjah berbunyi

penerjah kembali lalu meletakkan saman di atas meja tempat saya menyiapkan latihan sambil berkata (~lbh kurang)

penerjah : " No, you can’t. You only can appeal” (pap,letak kertas)
saya : "If you say so, i don't have problem with that !"

(errrrr....nak marah sebenarnya ,tapi terkeluar perkataan macam ni,,,aduiiiiiiiiii...waktu ini..suara saya agak mendatar.....lagi satu... sebab malas nak bertekak dengan org undang-undang...sampai sudah mereka x nak dengar hujah kita,,sbbnya mereka dapat buktikan kita salah di bawah Offence no 18..dah la 2 barang............pedih......sabar je laaa....)


Lalu,penerjah berkata tanpa memandang saya dan terus berjalan keluar



"that's a very good of you" (semacam sindiran pula...huhuhu...entahlah.....)



pedih sungguh!




selepas itu, sewaktu saya tgh belek-belek satu buku, terjumpalah satu perkataan ni,,,

"Admit your failures quickly and humbly.The people already know when you've erred, but they'll appreciate your right spirit"


aduiiii...xkan mereka x appreciate lagi bila dpt saman org, 2 barang dengan satu kesalahan kot... :[



sekian.


(ada la tu hikmahnya..... :[ )

Sunday, 1 August 2010

Defensive...

1) " The great teacher Rumi, quddisa sirruh, said : 'Since poverty is a mirror for generousity, be aware and know it is harmful to blow on the mirror'
This means that words that insult a poor, miserable person break his heart. His heart become unclear like a mirror that has been blown on.It loses its clarity and depth.Consequently, it cannot reflect the beauty of generousity."
2) The Messengger of Allah s.a.w. described fallen and divinely realized states of knowledge as follows : ' Knowledge is as three spans of hand.The one who reaches the first span feels proud.The one who grows to the second span is amazed. The one who attains to the third span realizes that he does not have enough knowledge.' "
~ from the Garden of Mathnawi, Tears of the Heart, Rumi Selections, Osman Nuri Topbas.




Kadang-kadang mahu saja terus-menerus mempertahankan diri jika yakin perkara yang dipegang itu benar.Tetapi disebabkan teringatkan diri ini seorang Islam, maka haruslah berpada-pada takut nanti keburukan yang akan terjadi melebihi kebaikan yang difikirkan. Memang susah apabila seseorang itu meletakkan kayu ukur daya saing individu pada bilangan aktiviti yang diceburi ( dulu,pernah saya post mengenai kejayaan berdasarkan m***s). Haish,mengapa perlu menghadkan ma'na kejayaan???.




Dalam Human Development Index (HDI) oleh UN telah menekankan 3 elemen iaitu Income, Health and Education.Oleh kerana universiti merupakan tempat pembentukan manusia, sudah tentu HDI-nya berkaitan rapat dengan Education.Education di sini saya mentakrifkannya sebagai Ta'dib o.k... (sebab saya belajar di universiti yang mahukan Islamization of knowledge...so, education in islamic @ al-Attas context is Ta'dib).
Oleh hal yang demikian, jika pendidikan yang benar-benar dipentingkan,,soalan saya kpd mereka yang berfikiran aliran silibus berbunyi " Mengapakah kayu ukur pendidikan di nilai pada markah yang diperoleh dan aktiviti-aktiviti rasmi yang disertai sahaja"...saya bukan cuba memukul sama rata pada semua orang.Saya tidak nafikan, ada kebenaran dalam pegangan mereka yang berpegang kepada fahaman silibus ini,cuba kadang-kadang saya rasa agak 'pedih' apabila ada mereka yang mahu menilai saya menggunakan pandangan ini.Saya tidaklah mempunyai masalah jika mereka mahu memegang dengan apa yang mereka percaya kerana ianya tentulah bersebab.Tetapi, saya tidak suka jika mereka secara tidak langsung (silently) memaksa orang lain memandang orang dgn cara mereka.



Saya sedar akan keterjadian pandangan sebegini.Sebab itu Prof al-Attas mampu menghasilkan Islam and Secularism.Kata beliau,mana-mana dia pergi orang akan tanya soalan yang sama,dan yang sebenarnya soalan itu mengandungi kesalahan (error).Mengikut beliau lagi, ini telah memberi kemampuan kpdnya untuk memahami permasalahan akar ummah.







Lega semula. :) mmg betul sgtlah ayat (surah Thaha) kat kesebelah ni. :)
P/s : perlu belajar dan terus belajar (ta'dib) untuk memahami peranan diri ....moga Allah menunjukkan jalan-Nya kpd kita semua...moga allah menambahkan ilmu pengetahuan dan merezekikan kita kpd kefahaman yang haq dan melindungi kita daripada ilmu yang tidak bermanfaat....amin
Allahummasolli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad.