Sunday, 9 January 2011

Pesan Ummi

Situasi 1 :

(waktu munir koloh rendah)

Kata saya : "adik tu teruk la hoh,, bbaco komik jah,, Conan, Naruto, Conan , Naruto pah Doraemon!!!" (kadey2 tu sin chan *_*,,, pah lo ni,,, WISEL)

ummi : "biar la kakak,asal dio bbaco buku. Bbaco ni x leh pakso,,mulo2 bia start nga komik lamo2 dia bbaco lah tu buku"

Situasi 2 :

dalam library ummi sewaktu dia mndpt idea untuk hias tmpt tu

kata Ummi

"Bangsa membaca, Bangsa berjaya" sambil 'sengeh' :)


hari ni saya terjumpa artikel ini di Utusan :

Mula-mula komik akhirnya baca buku

Komik sering kali dilabel sebagai bahan bacaan murahan ataupun picisan yang kurang bernilai. Malah, ia juga acap kali dikaitkan sebagai pembunuh bahasa serta antara medium berkesan yang dikenalpasti mampu merangsang minda kanak-kanak mahupun dewasa menjurus ke arah pembentukan sifat kejam dalam sahsiah keperibadian.

Justeru, tidak menghairankan apabila terbitnya satu perasaan sinikal di sanubari ibu bapa tatkala anak mereka meminta untuk mendapatkan koleksi komik seperti Doraemon, Naruto, Pokemon dan Dragon Ball.

Menganggapnya sebagai satu pembaziran dan tidak berfaedah, ibu bapa lebih gemar bertindak atas kata hati dengan memilih buku-buku yang mereka rasakan berupaya merangsang minda anak-anak, asalkan ia bukan dari jenis komik. Namun demikian, apabila Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menyuarakan pandangan untuk menjadikan komik sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah, sekali gus memberi pelbagai spekulasi terhadap cadangan terbaru itu.

Menurut Pengurus Jabatan Komunikasi, Pemasaran dan Jualan ITNM, Zinitulniza Abdul Kadir, pembacaan komik adalah satu kaedah baru yang boleh digunakan untuk memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak.

Bagaimanapun, dengan berpaksikan kepada stigma masyarakat terhadap komik sebagai satu bahan bacaan merosakkan, justeru timbul persoalan apakah relevannya ITNM berbuat demikian? Sekiranya "ya" dan mampu memupuk budaya membaca, apakah faedah mahupun kelebihan yang boleh diperoleh daripada komik?

"Ibu bapa perlu ubah pandangan mereka terhadap komik, kerana kalau kita lihat sistem pendidikan di Jepun mahupun Korea, semuanya dikomikkan, termasuklah cara-cara baiki kereta dan pelbagai resipi makanan," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Sambil tidak menafikan bahawa komik sebelum ini pernah dimanipulasikan sebagai medium merosakkan minda kanak-kanak, Zinitulniza berkata ia sudah berlalu malah paradigma ketika ini telah memperlihatkan satu pengiktirafan kepada genre itu dalam memupuk minat membaca.

Malah, katanya komik hasil kartunis terkenal negara, Datuk Mohd. Nor Khalid (Lat), Kampung Boy, telah dijadikan sebagai bahan bacaan buku teks di Australia, serta di barat pula pengiktirafan telah diberikan kepada buku bergenre sedemikian di mana ia kini dikenali sebagai "literature komik" berbanding komik picisan sebelum ini.

Katanya, revolusi itu akhirnya membuka lembaran baru terhadap pandangan sinikal "dunia komik", apabila ia dijadikan sebagai bahan pendidikan di Korea dan Jepun, sekaligus menarik minat ITNM untuk membawa kaedah baru itu ke sistem persekolahan negara ini.

"Komik bukanlah untuk dijadikan bahan bacaan utama, cuma sebagai jambatan bahan bacaan untuk menarik minat mereka membaca, jadi apabila mereka seronok, lama-kelamaan mereka akan baca pelbagai jenis buku, yang penting adalah macam mana cara untuk pupuk minat mereka," katanya.

Zinitulniza berkata ibu bapa sering melenting dan merungut apabila anak-anak tidak gemar menjadikan buku sebagai kawan akrab, namun pernahkah mereka cuba mendalami perasaan serta minat anak-anak?

Membaca


"Ibu bapa suka membaca, tetapi anak-anak tidak minat kerana apabila bawa mereka ke kedai buku, ibu bapa selalunya buat pilihan tidak tepat iaitu memilih buku-buku yang kita rasakan anak-anak suka baca walhal mereka tidak suka sebenarnya.

"Kanak-kanak lebih suka membaca buku-buku yang mereka rasakan ada faedah kepadanya serta mempunyai banyak gambar daripada teks, dan bila mereka pilih komik ibu bapa halang seratus peratus, itu tidak sepatutnya kerana budak-budak apabila dipaksa baca akan jadi "mental block"," katanya.

Menurut Zinitulniza, sudah menjadi lumrah kanak-kanak sukakan sesuatu yang menghiburkan, ringkas, menarik serta mempunyai kaitan dengan apa yang mereka baca.

"Di Jepun, Doraemon dijadikan untuk belajar sains dan matematik, seperti formula sains bagaimana pokok tumbuh dan ia diaplikasikan menerusi karakter yang kanak-kanak suka.

"Lagipun, kalau kita tengok karakter komik Doraemon adalah watak hidup seperti ada watak rajin, pemalas, kaki buli dan semua karakter ini hidup di sekeliling kehidupan kita, jadi bila kanak-kanak baca komik mereka rasa dekat dan mereka suka kerana menghiburkan," katanya.

Selain itu, katanya, komik berupaya merangsang imaginasi kanak-kanak, sekali gus mendidik mereka untuk menjadi kreatif.

Tambahnya, ini secara tidak langsung dapat membantu merealisasikan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjadikan rakyat negara ini lebih kreatif dan inovatif.

Tidak terhad kepada itu, beliau berkata pembacaan komik juga mendidik kanak-kanak untuk mengenal pelbagai jenis emosi serta pemahaman simbol tanda baca hasil daripada lakaran riak muka karakter berkenaan.

"Pernah dulu ketika saya selesai memberi penerangan mengenai kebaikan komik, ada seorang guru menyatakan dia kesal kerana buang segala komik yang anak-anaknya baca kerana merasakannya tidak berfaedah, walhal ia sebaliknya,'' katanya.

Bagi memastikan hasrat ITNM untuk menjadikan komik sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah, Zinitulniza berkata, pihaknya komited untuk memilih satu koleksi komik dari Korea yang berkonsepkan "sains ikhtiar hidup" untuk diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.

Katanya, koleksi komik tersebut dipilih selepas meneliti wawasan Perdana Menteri, nilai dan faedah serta penjualannya yang telah melebihi sebanyak lapan juta di Korea serta lebih empat juta di Thailand.

"Idea ini pernah kita bincangkan secara asas ketika ITNM lancarkan buku "Nyawa di Hujung Pedang" di Korea yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kita telah tunjukkan contoh komik tersebut serta membawa penulis komik berkenaan bertemu dengan beliau.

"Secara asasnya, Kementerian Pelajaran tertarik dan bersedia untuk menimbangkannya dan sekarang ini ITNM sedang menyediakan rangka kertas kerja kepada kementerian," katanya.

Beliau berkata, buku komik itu mempunyai 15 judul dan tertumpu kepada teknik penceritaan sekumpulan remaja yang mengembara di hutan, menguji kepintaran mereka menghadapi situasi tertentu apabila berhadapan dengan pelbagai peristiwa yang tidak dijangka.

Katanya, projek perintis itu dijangka dilaksanakan sebelum akhir tahun depan dan buat permulaan ia hanya diedarkan ke sekolah rendah dan menengah rendah di seluruh negara.

Tidak menghalang malah sentiasa menggalakkan anak-anaknya membaca komik, aktor Esma Daniel berpendapat pembacaan buku jenis genre sedemikian sedikit sebanyak telah merangsang pembentukan minda kreatif di kalangan anak-anaknya.

Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh menyerahkan seratus peratus kepada anak dalam proses pemilihan buku komik kerana ia perlu dilakukan bersama bagi mengelakkan mereka daripada membeli koleksi yang tidak berfaedah.

'' Adalah tugas ibu bapa, membantu anak memilih koleksi yang dapat membantu proses pendidikan anak mereka," tegas bapa kepada lima orang anak ini.

Komentar :

Kita x boleh paksa seseorang untuk membaca tetapi perlu menggunakan cara yg bijak untuk menariknya.

Mulakan dengan bahan bacaan yang dekat pada jiwa mereka. Kawan saya bermula dengan novel-novel dan sekarang dia membaca buku lagi 'serius' dari saya!. Saya dulu pun bermula dengan komik juga sewaktu sekolah rendah antaranya buku 'Kawan' , 'Anak-anak Sidek'-( suka sangat,,,x beli tapi pinjam jiran..hahah :P). Masuk sekolah menengah memang jiwaku memberontak (lower form). Mula membaca Hype, Galaxie (jiwa muzik habis!!!) ,UJANG (kah kah kah) ,cerpen-cerpen ala2 'underground' yg ditulis oleh FT dan Azman Hussein (sbb benci gila kerjaan korup ) dan juga cerpen2 terkumpul yg bertemakan kemasyarakatan (pinjam Ain-kwn baik form 1- sbb ayah dia kerja jabtn perpaduan ,,hohoho). Sekarang, Alhamdulillah,,pembacaan ku agak terarah (pun start dgn pembacan berkisar politik dan novel2 FT) but the point here is it needs to start somewhere. We can't force others to read but we can help them though. This is a reminder for me definitely sebab saya selalu marah adik baca benda2 mengarut. Hoho.


~Saya suka menonton cerita sekarang-sbb tu x begitu kritikal-,,,arghhhhh mmg musuh kepada buku, harap2 tidak mengabaikan pembacaan. Insya-Allah. *baru selesai menonton 'Despicable Me'- besttttt sangat,,,sweeet and cute*



Sama-sama kita suka apa yg kita baca dan semoga ianya bermanfaat untuk kita membantu perkembangan diri dan ummah....

p/s : org Malaysia sangat beruntung, bahan bacaan sangat mudah untuk didapati baik penduduk bandar mahupun luar bandar. Cuba bayangkan penduduk-penduduk dikawasan pedalaman negara seperti Indonesia,Myanmar(Junta JAHAT) ,Kemboja,Laos, Afrika,,,kadar buta huruf pun x mampu ditangani.Ramai rakyat mereka hidup dibawah USD1-2 per day. Di Malaysia, Alhamdulillah kerajaan telah wujudkan Perpustakaan Desa(Ummi) dan Perpustakaan Bergerak(Ayah) di kampung-kampung. Tidak dapat dinafikan 2 projek ini amat berguna untuk penduduk setempat walaupun saya fikir perlaksanaannya masih tahap rendah di Sabah dan Sarawak . Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin agar dapat memperoleh ilmu yg bermanfaat. Bantu kami Ya Allah agar kami tidak lupa dan tersasar.





Monday, 3 January 2011

Tahun baru...


hijrah sudah menjangkau 1432 manakala masihi mencecah angka 2011!

banyak perkara yang telah berlaku dan membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Pada penghujung 2010, saya sempat menghadiri 2 public lectures yg disampaikan oleh Dr Sheikh Muhammad Afifi al-Akiti (anak melayu pertama yang mengajar di Oxford!-kata beliau ilmu adalah perkara yg dapat benefit si pununtut dan setiap ilmu ada 10 Mabadi yg menjadi tunjang untuk mendapat kebaikannya) dan Dr Thommas Greco!(he wanna build a 'no money' community-a sustainable economics??ya ke??? kn buat homework nmpknya) .Untuk ini, saya harus berterima kasih kepada HAKIM.



Saya juga terkesan dengan perkara yg berlaku disekeliling antaranya perlawanan antara Vietnam-Malaysia , Malaysia-Indonesia, cerita Prison Break, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader dan lain2. Membuatkan saya berfikir 'falsafah' disebalik kehidupan.



Sem ini insya-Allah yang terakhir dan pastinya memberi cabaran yang berbeza. Cabaran dan dugaan ada di mana-mana dan amatlah berbeza kepada setiap orang. X semua org bernasib baik. Saya selalu percaya NASIB UMAT ISLAM bergantung pd org Islam di MALAYSIA kerana kita mndpt peluang dan ruang yg cukup untuk betul-betul merasai 'kebebasan'. Sebagai seorang Melayu-Islam di tanah tumpah darahku, Malaysia,, kita sendiri sedia maklum dgn keadaan yang berlaku. Agak menyedihkan dan bnyk kes-kes buang bayi (tambah2 waktu new year mcm ni,,,nauzubillah). Apa agaknya penyebab kpd masalah sosial @ krisis identiti ini???Saya berpendapat ianya berpunca dari kurangnya keyakinan pada kehidupan selepas mati dan hari akhirat.


Saya percaya kita harus bergantung sepenuhnya kepada Allah untuk our sustenance dan lain-lain
. Tidak perlu takut dan bergantung harap sepenuhnya pada makhluk! Makhluk je punnnn(kdg2 sy sangkut jugak y'all) . Kalau ikutkan kehendak makhluk,diri yg binasa. Lepas itu mulalah nak menyalahkan takdir etc .Makhluk x tahu apa keperluan dan kehendak sebenar kita sbb kita sentiasa ada error dalam berfikir. Bila error dalam berfikir, terhasillah undesired outcome. Diri rosak,keluarga tunggang langang, masyarakat sakit (masing2 kena jaga diri masing2) .Kita di Malaysia sangatlah beruntung kerana mempunyai kebebasan untuk memilih. Moga Allah melindungi kita dari tersalah pilih.


Sebenarnya tanpa disedari, saya telah 'lebih' bergantung pada makhluk berbanding dengan Penciptanya. Maksud 'lebih' di sini tidaklah melalui perbuatan yang boleh membawa kepada syirik (Na'uzubillahiminzalik) cuma saya dapat rasakan sendiri dalam hati kurangnya pergantungan penuh itu. Apabila tersedar baru beristighfar . Kegoyahan iman ini disebabkan kurang Zikrullah maka mudahlah hati ini untuk jauh dari Allah. 'Jauh' di sini bukanlah sampai tak laksanakan perintah-Nya tapi jauh in terms of rasa 'keberhati-hatian' dalam hati.



Muhasabah amat perlu. Apabila kita dipandang hina oleh manusia, kita cepat je sedih-sedih,emo x tentu fasal dan tension x boleh fokus,,,mmg waktu mood x menentu, tindakan kita pun kurang rasional,,,tapi jika bandingkan dgn dilihat hina pada pandangan Allah,,,tu lagi sakit... bagi kesan pada kita sampai bila2 dan kalau x bertaubat...lagi menyakitkan.Bekalan apa nak dibawa kat alam sana kalau Allah x suka kita????x malu ke nak mengaku ummat Nabi s.a.w kalau ajaran baginda kita tolak???? Na'uzubillah!!!!. Apa2 yg terjadi mmg sgt sesuai dgn kapasiti kita. Cuma kita kena sentiasa muhasabah atas perkara2 yg berlaku supaya dapat memupuk sifat keberhati-hatian dalam diri (ni mmg tuju untuk diri sendiri).



Hari ini saya sedar (apabila melakukan sedikit 'pemeriksaan' pada diri) saya amat takut untuk 'present' di hadapan _ anak kpd M dan _ anak kpd J. Ada rakan mengatakan saya pelik sebab dapat control nervous depan lecturer tapi tidak pada 2 hamba Allah ini! diri ini amat takut dan gementar tapi wajib untuk saya yakin dengan perancangan Allah. Mungkin ini caranya untuk saya baiki diri spy dapat hadapi 'presentation' hari mendatang. Selalunya saya tidak akan ceritakan diblog mengenai perkara2 begini sbb bnyk lagi bnda yg telah memberi kesan pada diri tetapi oleh kerana prkara ini memberi kesan psikologi kpd mentalku, haruslah juga dicoretkan di sini! Tulisan ini dihrp dpt memberi keyakinan pada saya untuk tidak rasa takut pada mereka berdua.Saya okey je dgn presentation tetapi tidak di hadapan mereka. Bukannya tidak pernah sekelas dgn kalian,,tetapi disebabkan dah lama x satu kelas ditambah pula dgn kelayakan dan pencapaian yang kalian ada, gue KAGET!




Saya kena percaya pada perancangan Allah dan berharap penuh kepada-Nya. Saya mengagumi Sultan Muhammad ke-V (Tengku Muhammad Faris Petra),*Allahuakbar*. Tok Kenali, Raja Ali Haji dan ilmuwan2 lain. Rumi quddisa sirruh pun saya kagum!Apabila ingat kat ilmuwan2 ni,,,perasaan malu tiba2 menyinggah,,,dapat rasakan diri ini sgt x bersyukur dan x menggunakan peluang yg ada sebaik mungkin,,,Ilmuwan2 dapat menyuntik smgt sy tapi kdg2 sy lupa terus akan kemantapan mereka,,,,tu lah konflik dalaman). Saya juga suka banget ama karakter M
ichael Scofield yg dipegang oleh Wentworth Miller. Dia sangat memahami permasalahan disekeliling dan cuba untuk menolong semampu yg mungkin.Sangat bijak dan berpegang pada janji. Sifat-sifat ini jugalah telah membuatkan dia nampak lebih handsome (no offense, dude!).




walau apa yang terjadi sekalipun,,,saya mahu kembali ke jalan-Nya...moga Allah mempermudahkan urusan kita semua. Majulah " Harimau Malaya" untuk ummah! may Allah give His Guidance to our life.



Selamat tahun baru masihi,,semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Fokus pada matlamat hidup dan jgn mudah mengalah. Hargai setiap detik dlm hidup kita,,,moga2 dirahmati-Nya selalu. Selamat tinggal segala kegusaran,kekasaran etc dan selamat datang ketenangan,kelembutan etc!Jika Kelantan mampu juarai Piala Malaysia, Malaysia mampu juarai Piala AFF Suzuki,,,Sultan Kelantan mampu tukar daulat tuanku kpd Allahuakbar,,,tak kan kita nak lembik2 dan tak nak buat perubahan pada hidup kottttt??? biarlah kalau org tak mahu tolong kita,,Allah ada dan mintalah pada-Nya.Org Melayu-Islam x lembik lah!!!kita mampu beri sesuatu untuk ummah. Allah pasti bersama kita selagi mana kita x berpaling dari-Nya. Saya perlu lebihkan membaca dan berfikir supaya akal x jadi tumpul. Tebus balik ketidakkritisan terhdp pandangan yg telah dikemukakan sebelum ini.(Read widely kata Dr. sheikh Afifi).Allahuakbar.