Saturday, 26 February 2011

"Implikasi kehadiran kapal perang Iran"

Oleh Azmi Hassan

MASYARAKAT dunia masih was-was sama ada program pembangunan nuklear Iran adalah untuk menjana kuasa elektrik atau senjata nuklear kerana Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya cuba menggambarkan persepsi wujudnya niat tidak baik Teheran.



Begitu berkesannya strategi yang diamalkan oleh negara yang memusuhi Iran, sekatan ekonomi dan ketenteraan telah dikenakan untuk melumpuhkan kerajaan Presiden Mahmoud Ahmadinejad dan seterusnya program pembangunan nuklear Iran.




Berbagai usaha digerakkan untuk memberi gambaran bahawa Iran adalah penyebab kemelut yang melanda Asia Barat. Hapuskan kepimpinan tertinggi Teheran maka semua masalah dapat diselesaikan. Itulah harapan yang diberikan kepada masyarakat antarabangsa.





Malah pemberontakan rakyat yang melanda Tunisia, Mesir, Algeria, Yemen dan Bahrain seboleh-bolehnya cuba digunakan untuk menggambarkan pertukaran kepimpinan negara tersebut sebenarnya menguntungkan Teheran.




Media barat terutama sekali cuba menggambarkan revolusi yang sedang berlaku adalah pertembungan di antara rakyat fahaman Syiah dan Sunnah walaupun sebab sebenar tiada kena mengena dengan perbezaan fahaman agama. Agendanya hanyalah satu, iaitu jika Syiah menang, maka Iran akan meraih habuannya.



Tetapi strategi untuk mengaitkan Iran dengan revolusi rakyat negara Arab menggunakan pertembungan Syiah-Sunnah tidak begitu berkesan kerana masyarakat antarabangsa begitu akur mengapa rakyat negara Arab bangun memberontak pemimpin diktator mereka. Bukan kerana perbezaan agama, fahaman atau politik tetapi kerana sudah bosan apabila sekian lama ditindas oleh pemimpin mereka.





Jika kaedah mengaitkan pemberontakan rakyat Arab dengan pertembungan Syiah-Sunnah gagal meraih perhatian masyarakat antarabangsa, maka sekutu terkuat AS iaitu Israel telah mempertaruhkan isu kapal perang Iran menyusuri Terusan Suez sebagai umpan terbaru.





Beberapa hari lepas, dua kapal perang tentera laut Iran iaitu Alvand dan Kharg telah menggunakan Terusan Suez sebagai jalan pintas ke Laut Mediterranean untuk menuju destinasi ke Syria. Alvand adalah kapal penangkis yang diperoleh dari Britain pada 1968 sementara Kharg pula adalah kapal logistik.






Tiada apa yang pelik mengenai perkara tersebut kecuali penggunaan terusan tersebut oleh kapal perang Iran adalah pertama kali sejak Revolusi Iran pada tahun 1979. Cuma yang menariknya ialah isu tersebut berlaku beberapa hari selepas Hosni Mubarak meletak jawatan presiden akibat desakan rakyat Mesir.





Malah Kaherah telahpun memberi kebenaran kedua-dua kapal tersebut menggunakan Terusan Suez dan Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir tidak mempunyai sebab untuk menolak permintaan tersebut mengikut Konvensyen Constantinople 1888 yang digunakan sebagai asas pentadbiran terusan tersebut.




Tetapi Israel telah memperbesarkan isu tersebut dengan menuduh Iran sengaja mengambil kesempatan daripada kemelut yang melanda Asia Barat dan penggunaan Terusan Suez oleh Alvand dan Kharg dianggap sebagai tindakan provokasi.






Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu melahirkan kekecewaan beliau apabila pihak berkuasa Mesir membenarkan laluan kapal perang Iran dan Tel Aviv menilai keadaan semasa dengan penuh rasa cemas.






Menteri Luar Avigdor Lieberman pula meluahkan kekesalan Tel Aviv terhadap masyarakat antarabangsa yang memandang sepi terhadap provokasi Iran. “Masyarakat antarabangsa perlu memahami bahawa Israel tidak boleh berdiam diri apabila berhadapan dengan provokasi seperti ini,” ugut Lieberman.








Iran sebenarnya telah menyatakan hasrat untuk menggunakan Terusan Suez pada awal bulan Januari lagi, iaitu ketika bibit-bibit pemberontakan rakyat Mesir masih belum nyata. Malah pemberontakan rakyat Tunisia juga belum lagi tercetus ketika itu. Sebab itu tuduhan Tel Aviv bahawa Teheran mengambil kesempatan dari kemelut Asia Barat itu sengaja diperbesarkan.







Israel tidak perlu gentar terhadap kapal perang Alvand milik Iran kerana teknologi dan kelengkapan kapal tersebut sudah jauh ketinggalan mengikut kehendak semasa. Jika hendak dibandingkan kapal perang milik Israel yang sama kelas iaitu Sa’ar 4.5, kehebatan Sa’ar adalah tiada bandingan dengan Alvand.






Tuduhan yang menyatakan Iran cuba memperluaskan pengaruh di Laut Mediterranean menggunakan tentera laut juga tidak masuk akal kerana di antara ketiga-tiga cabang tentera Iran, peruntukan kepada tentera laut adalah paling kecil. Kehadiran tentera laut AS terutama sekali di negara Teluk sudah lebih daripada mencukupi untuk mengawal tindak tanduk tentera laut Iran.






Tidak cukup dengan gambaran ancaman yang dibawa oleh Alvand, Israel juga menggunakan kehadiran kapal logistik Kharg di Syria sebagai andaian ia mungkin digunakan untuk membawa bekalan senjata kumpulan Hizbullah di Lebanon. Ini adalah kerana terdapat kepercayaan bahawa Iran adalah pembekal senjata Hizbullah melalui saluran Syria.






Tetapi andaian Israel tersebut agak sukar diterima kerana hasrat kapal perang Iran ke Syria telah lama diketahui umum. Dengan keupayaan satelit pengintip milik AS dan Israel yang begitu canggih adalah mustahil tidak diketahui apakah bentuk bekalan yang diangkut oleh Kharg.






Tetapi satu perkara yang menarik dengan kehadiran dua kapal perang Iran walaupun dianggap usang di Laut Mediterranean adalah kesan terhadap sekatan yang dikenakan oleh Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza.






Pada ketika ini, masyarakat antarabangsa sedang berusaha keras untuk memecahkan sekatan jalan laut dan kemuncaknya adalah peristiwa pembunuhan komando rejim Zionis terhadap aktivis dalam kapal Mavi Marmara yang menyertai flotila bantuan kemanusiaan pada Mei tahun lalu.






Pada ketika itu, Iran menyatakan kesanggupan untuk menggunakan aset tentera laut mereka membantu aktivis antarabangsa memecah kebuntuan sekatan Gaza. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Iran tidak mempunyai kapal perang di Laut Mediterranean.






Tetapi pada hari ini dengan kehadiran kedua-dua kapal Alvand dan Kharg yang dijangka akan berada di perairan tersebut selama satu tahun, mungkinkah Iran akan mengotakan janji mereka?

Penulis ialah GeoStrategis Institut Teknologi

dan Sains GeoSpatial (INSTEG),

Universiti Teknologi Malaysia.

Tuesday, 15 February 2011

Salam Mawlid

"Greetings to Muhammad Mustafa,mercy to the worlds of humans and jinn!

Greetings to Muhammad Mustafa, messenger to the worlds of humans and jinn!

Greetings to Muhammad Mustafa, Imam of the two holy sanctuaries in Mecca and Medina!

Greetings to Muhammad Mustafa ,grandfather of Hassan and Husayn!"
~ Osman Nuri Topbas

Allahumma solli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad






Makin banyak bergaul, makin risau saya pada diri sendiri. Takut terjerumus kepada perkara yang tidak sepatutnya atau takut mereka yg baik terikut2 prkr yg x elok pada saya-oh tidakkkkk-.- Oh nabi,,,diri ini ingin sekali bersamamu di akhirat kelak.Semoga Allah menanam kecintaan yang tinggi dalam diriku kepada dirimu ya nabi. Semoga diri ini melaksanakan sunnah2mu dgn konsisten ya nabi.

Nabi adalah guru kepada guru,,menghormati guru amatlah penting untuk memperoleh keberkatan dalam ilmu. Meskipun berbeza pendapat, keharusan tetap jatuh kpd kita untuk menghormati guru. Aristotle pun pernah berkata "Plato is dear to me, but dearer still is truth" . Oleh itu, jika saya ada membuka aib guru yang tidak menyalahi hukum agama, tegurlah saya. Takut nanti Nabi Muhammad s.a.w. x nak bagi syafaat (na'uzubillah).


Lagu Sami Yusuf 'Worry Ends' bermain di kepala saya.



WORRY ENDS

Don't be saddened by what you see
By all the lies and treachery
Life is cruel but don't worry
In your heart lies the key
To unwind all the secrets
Of this life we see

When you feel you've lost it all
When you don't know who's your friend or foe
You wonder why you're so alone
Worry ends when faith begins

Don't be sad by what you see
It's true life has its miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins

Don't be saddened by what you see
I know life can be crazy
A showcase of hypocrisy
In the form of piety
It's just one big mystery
For you and me

I found my peace deep within
Calling inside
Follow what you feel is right
So trust your heart go ahead
Don't lose sight
Follow that voice deep inside

When you feel you've lost it all
When you don't know who's your friend or foe
You wonder why you're so alone
Worry ends when faith begins

Don't be sad by what you see
It's true life has it's miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins

If you're weak it's not a crime
Don't you know it's blessing in disguise
To know who's honest and who spread lies
Worry ends when faith begins

Don't be sad by what you see
It's true life has it's miseries
But one thing's always worked for me
Worry ends when faith begins











Sunday, 13 February 2011

Not good !





FT is questioning the way forward after Mobarak,here
I would say this is a Torture for Ummah by proxy! if they put Omar Suleiman as a new president...the pain and suffering will continue to live
The problem won't solve under this guy for sure... dasar tali baruttttttttt
n n n n n Israel is smiling ear to ear again..

Bantu kami Ya Allah...

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Monday, 7 February 2011

Setujuuuu!

Jawapan anak muda kepada Tun Dr M

Tun Dr M yang dihormati,




Kami adalah golongan muda yang membesar di bawah kepimpinan Tun. Dahulunya kami mengenali Tun sekadar sebagai Dr M. Bahkan pernah pada suatu ketika, Perdana Menteri pada kami, hanyalah Tun sahaja. Sewaktu kami membesar, mungkin Tun lah orang pertama yang memperkenalkan kepada kepada perkataan-perkataan seperti 'mega', 'wawasan', 'visi', 'yang pertama' dan sebagainya. Walaupun kita tidak pernah sampai ke Everest, namun semangat kita pernah bersama-sama menawan puncak dunia. Walaupun kita tidak pernah berlayar mengelilingi dunia, namun semangat kita pernah bersama-sama mengiringi Jalur Gemilang merentas lautan dan benua.




Dari segi umur, Tun boleh dianggap sebagai abang kepada Tok Guru Nik Aziz. Kami pula ialah cucu kepada Tun dan Tok Guru. Usia kita jauh berbeza, pengalaman kita juga tidak setara. Kami mungkin tidak sempat melalui zaman-zaman sejarah lalu yang ditempuh oleh Tun dan Tok Guru, dan seolah-olah tidak layak berhujah dengan Tun. Namun kami merasakan kami perlu bangkit menyatakan pendapat kami selaku golongan yang akan mewarisi kepimpinan negara daripada Tun dan Tok Guru pada suatu ketika nanti.

Tun seorang yang bijak, lalu Tun suruh rakyat membaca, dan kami pun membaca. Pepatah pun ada mengatakan, banyak membaca , luas pengetahuan. Dan syukur kepada Allah, kami tidak rugi daripada membaca dan mencari kefahaman.





Tulisan ini bukan untuk menyokong mana-mana pihak. Sebagai pihak ketiga, kami keliru pada mulanya apabila Tun mendakwa bahawa Tun menegakkan Islam, dan Tok Guru juga berdakwah memperjuangkan Islam. Namun mengapakah tidak ada titik pertemuan? Ada angin, ada pokoknya. Pastinya ada perbezaan yang nyata yang membezakan Tun dan Tok Guru, dan pasti salah seorang berkata benar kerana mesej Islam yang dibawa oleh Rasulullah hanyalah satu, dan kesemua Nabi dan Rasul termasuk Adam, Ibrahim, Musa dan Isa sebelum baginda membawa mesej Islam yang sama.




Seruan-seruan kepimpinan Tun nampak hebat, tapi kami mendapati ianya tidak lengkap. Kita sudah ada segala macam 'mega', namun sehingga ke hari ini, isu-isu utama seperti perpaduan nasional, rasuah, pemerintahan yang tidak adil dan tidak bersih, kemiskinan rakyat dan jenayah masih belum ada penyelesaiannya. Rumah siap, pahat berbunyi. Kami berpendapat pastinya ada 'missing piece of jigsaw puzzle'.






Rupa-rupanya kami mendapati kehebatan Tok Guru ialah pada politik beliau yang juga merupakan ibadah kepada Allah swt. Tiada pengasingan antara keduanya. Ucapan-ucapan pembangunan dan kesatuan kepada kami sebagai rakyat tidak pernah lari daripada peringatan persiapan akhirat. Tun mencanangkan 'Wawasan 2020', namun Tok Guru mendidik kami lebih daripada itu, iaitu 'Wawasan Akhirat'. Inilah wawasan yang jelas dan lengkap, yang memberikan kami kejayaan dunia dan akhirat. Hari esok belum pasti bagaimana bentuknya bagi kita, namun mati menjadi satu-satunya perkara yang pasti buat kita semua. Sebab itulah setelah memerintah, Tok Guru tidak semakin kaya, bahkan rakyat menjadi lebih kaya daripada beliau.






Tun ada membangkitkan persoalan pengharaman arak di dalam majlis rasmi kerajaan. Kami merasakan tidak perlu Tun selak satu persatu 'kejayaan' nasionalis zaman lalu, cukup sekadar jika Tun menjawab mengapa ada di kalangan pemimpin negara yang masih bergelumang dengan arak pada hari ini? Kami musykil mengapakah masih ada para teknokrat Melayu Muslim yang masih 'setia' dengan arak pada hari ini? Kami keliru mengapakah masih ada teknokrat Melayu Muslim yang tanpa segan silu mengetuai syarikat-syarikat dan perusahaan judi yang masyhur seantero Asia Tenggara? Kita tidak perlu pergi jauh, lihat sahaja anak-anak Tun dan San Miguel, apa cerita? Katanya 'nilai-nilai Islam', 'negara Islam', 'Islam Hadhari', tapi kami musykil dan keliru kerana bunyinya serba tidak kena.





Jika Tun benar-benar ikhlas kepada seruan persaudaraan sesama Muslim, mengapakah setelah kami, rakyat, mengundi pemimpin secara sah di dalam pilihanraya, secara tiba-tiba dilantik dan 'ditauliahkan' JKKK Persekutuan di negeri-negeri yang tidak diperintah Barisan Nasional? Sewaktu berlakunya Tragedi Sauk pada 2001, mengapakah Tun gagal memimpin semua pihak untuk duduk semeja, berdiskusi bagi memperoleh cara terbaik menangani isu keselamatan nasional pada ketika itu? Sebaliknya beduk perbezaan terus dipalu dan pemimpin parti Islam dituduh bersubahat. Pada ketika Islam dituduh sebagai pengganas di Amerika dan seluruh dunia, Tun menambah api kemarahan masyarakat dunia kepada agama Islam kita. Adakah ini seruan yang wajar daripada pemimpin utama negara? Bahkan Barrack Obama yang usianya separuh daripada usia Tun komited mengajak Democrat dan Republican untuk sama-sama menghadapi cabaran nasional yang lebih besar, namun semangat jiwa besar ini gagal Tun jadikan contoh tauladan kepada pengganti Tun.





Antara 'tragedi' terbesar Tun sewaktu menjadi Perdana Menteri ialah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris pada 2002, yang akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun hadapan. Kami di luar negara meggunakan medium bahasa Inggeris, namun kami dukacita melihat nasib bahasa kita ini. Analoginya, bahasa Melayu kini ibarat peminta sedekah yang hidup melarat di kampung sendiri. Dato' Najib dan kerajaan hari ini kini acuh tidak acuh dengan mepertahankan keutuhan bahasa kita, kerana sibuk dengan politik dalaman dan mempertahankan kedudukan UMNO yang semakin rapuh. Buktinya jelas nyata daripada iklan-iklan di jalan raya, kaca televisyen, drama-drama tempatan dan sebagainya. Rakyat pula ditanam dengan pemikiran 'dengan bahasa kebangsaan, anda tidak mampu maju'. Bahasalah yang menjadi jiwa bangsa Malaysia. Barangkali Allahyarham Tan Sri Dol Ramli ingin menyuarakan pendapat yang sama, namun lidahnya kelu di hujung usia. Persoalan bahasa Melayu bukan tanda kami ini pro-Melayu atau anti mana-mana kaum, bahkan inilah tanda kami cintakan perpaduan dan mahukan keharmonian negara. Kami mahukan bahasa sepunya yang mampu menjadi menyatukan kami di dalam komunikasi dan percakapan seharian diperkukuh, namun jelas sekali bahasa Melayu semakin rapuh.





Ini berbeza dengan pendekatan Tok Guru yang benar-benar membawa Islam. Walaupun Kelantan bukanlah negeri yang paling kaya, namun negeri Kelantan telah diiktiraf oleh SPRM yang tahap rasuahnya amat kecil. Lain ceritanya dengan barisan kabinet Tun yang sehingga ke hari ini masih dibicarakan dengan tuduhan rasuah. Walaupun dilemparkan dengan pelbagai tohmahan dan fitnah melalui media-media pro-Tun dan rakan-rakan, namun Tok Guru terus menjadi titik penyatuan masyarakat berbilang kaum di Kelantan dan seluruh negara. Serban Tok Guru beliau tidak menambah ketakutan kaum India, Melayu dan Cina, bahkan bertambah kasih dan yakin dengan pemerintahan yang bersih dan cekap yang ditunjukkan Tok Guru. Tun mengilhamkan slogan 'Bersih, Cekap, Amanah', namun Tok Guru lah yang berjaya merealisasikan slogan ini dalam bentuk praktikal di dalam kepimpinan beliau. Dulunya Tun pernah berkata Rasulullah menyimpan janggut kerana tiada pisau cukur pada zaman tersebut, namun hakikatnya janggut sejemput Tok Guru tidak menjadi penghalang kepada kepimpinan yang adil untuk semua kaum dan agama, dan kami dapat hidup harmoni. Lantas selayaknya Tok Guru digelar Bapa Perpaduan sebenar pada abad ini, kerana kekuatan beliau bukan pada slogan, tapi beliau berjaya untuk 'walked the talk'.




Akhir kata, sebagai anak muda, kami berharapkan agar Tun menyahut seruan Tok Guru Nik Aziz agar menggunakan kebijaksanaan Tun untuk Islam. Apabila Islam ditegakkan, semua kaum dan agama boleh hidup harmoni dan bahagia tanpa sengketa, kerana Islam itu adil untuk semua. Anggaplah ini sebagai nasihat daripada si adik yang ikhlas mahukan kebaikan buat si abang, lantas kami cucu-cucu yang sedang membesar ini dapat menjadikannya sebagai suri tauladan dalam mewarisi pemerintahan negara yang kita cintai.




Kami sayang Tun dan Tok Guru.
Semoga Allah memanjangkan usia Tun dan Tok Guru, untuk menyumbang kepada Islam.


Yang benar,

Anak Muda




sumber sini

Komentar :

Saya tidak menolak sumbangan Tun bulat-bulat. Berpaksikan tulisan ini, saya bersetuju dengan luahan anak muda yang berkemungkinan besar linkungan umurnya sama seperti saya iaitu awal 20-an. Bagi pihak PAS pula, tulisan ini tidak boleh dijadikan satu sebab untuk bersorak keriangan dengan beranggapan pihak anda memperoleh sokongan penuh daripada anak muda. Pas seharusnya membuat renungan untuk menghasilkan bakal pemimpin yang mempunyai rentak yang sama dengan pemerintahan Tok Guru. Saya sebagai anak muda yang berasal daripada Kota Bharu, Kelantan amat risau jika PAS tidak mempunyai pelapis sezuhud Tok Guru dan pada masa yang sama amat kritikal dengan isu-isu kontemporari tanpa menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat.Saya percaya ramai bakal peneraju Pas di masa hadapan mempunyai ciri-ciri keislaman tetapi adakah mereka sedar dan kritis terhadap cabaran globalisasi yang melanda Malaysia dengan berkedudukan negara kecil yang sedang membangun?. Saya berharap pelapis-pelapis itu ada di luar sana dan istiqamah dalam perjuangan sebenar dengan berladaskan ilmu dalam memerintah. Majulah Malaysia untuk ummah.


~saya masih 'struggle' untuk istiqamah,,,huhuhu,,,,terjejas lah sekarang,,,, :(

Nasib negara yang gagal!








p/s : terima kasih Wan R

Tuesday, 1 February 2011

Braso nok 'demey' weh!


Sekitar 2.30 petang tadi, orang ramai kelihatan membanjiri
perkarangan Stadium Muhammad ke-4 untuk mendapatkan tiket perlawanan Kelantan v Terengganu bagi musim baru Liga Super.

Kredit gambar pada facebook.





rama weh!






x gammok kawe tunggu!



Bakpo?

1) x dok geng nok g Stadium hok letaknya 15 minutes away dari rumoh untuk gi kelih Kelate lawe Ganu!!!!

2) pelik berdo'oh denga Hosni Mubarak hok x reti2 ko nok step down!!!!

3)2011 ,,adakah tahun rusuhan untuk dunia Islam atau Timur Tengah?Sbb tahun ni berkemungkinan besar ngundi pat kito di Malaysia nih

(tiada ulasan mengenai TENANG dari saya..huhu...bosan dgn isu yg dibangkitkan,,,ada ke cuti suami cikgu mala dijadikan isu,fasal bersalam pun orghe2 x pehe rama nok berkecek,,pah isu negara Islam,,aduiiiii,,,sedih betul,,,tapi...biar la mugo gula2 tu hok penduduk demo berehi tu gak..kptsn pun tubik doh,,besar jugok majoriti hok BN buleh....huhuhu...tahniah la).

Pah awal tahun gini bnyk negara Islam melakukan revolusi. Saya mengharapkan sinar baru bagi dunia Islam. Tapi kalu kelih ko keadaan di Mesir,,orghe2 mesir x se ko unity government hok Isley,,demo tuh nok gov hok free from sistem2 Mubarak jah(Gamal tu..plays a big role pada ekonomi Mesir lo nih!Cronisym!),,n n n they want to put mubarak on trial....
Agk2 lepas ni lagu mano hbngn Mesir dgn the West juga dgn Israel???,rapat,,hostile atau ... ???adakah Mesir akn meneruskan blockage terhadp Palestine???n who's next in the line yg akn buat revolusi,,,harapnya ada perubahan ke arah yg lg baik.

Ramai juga menantikan kerajaan membawa balik pelajar2 kita yg menuntut di sana secepat mungkin. Keadaan yg tidak menentu sememangnya memberi tamparan besar pada pelajar kita.Mana x nya,,keselamatan x terjamin,makanan x cukup...amatlah elok untuk kerajaan kita campur tangan dalam urusan keselamatan mereka. Kerajaan Mesir pun x dapat nak jaga keselamatan rakyat mereka inikan pula nak harapkan mereka jaga rakyat kita.Tidak munasabah langsung!
*Dari sudut pandangan seorang pelajar,,dapat saya katakan "mereka dapat cuti lebih"..heheh...*


4) minyak naik lagi. Okey,,sy sedia maklum zaman minyak murah telah berakhir...tp impak yg diterima sejak akhir2 ini makin menjadi2,,,Ron 97 naik lagi 10 sen jadi rm2.50 seliter,,,pandai betul kerajaan naikkan minyak sewaktu pandangan kita tertumpu pada keadaan di Mesir, Tunisia dll.Bak kata sahabat saya "kito natti pi'at 'rakan' kita ni pada PRU-13"! (mesti ada yg dapat mengagak ini statement siapa,,hehe,,,). Agak2 bagaimana pasaran minyak dunia mendapat tempias daripada revolusi yg menjadi-jadi ni ya??? sememangnya memberi kesan pada tawaran dan permintaan .(Negara2 OPEC : Algeria, Angola, Ecuador, Iran, Iraq, Kuwait, Libya, Nigeria, Qatar, Saudi Arabia, the United Arab Emirates, dan Venezuela)


lain-lain : Banjir di Johor,Melaka, Pahang dan Negeri Sembilan. Moga2 Allah mempercepat proses penyurutan air. Saya sgt masak dengan keadaan rumah ditenggelami air. Memang kena banyak bersabar.

dan


kata Munir: Torres derhaka!

hehe...

sedih juga peminat Liverpool dgn tindakan Torres ni ya.Saya mengalu-alukan sgt kdtgn Torres ke Chelsea walaupun x berkenan dgn tindakan Chelsea! Duit bnyk2 berhabis untuk beli pemain sedangkan mereka boleh buat CSR untuk negara2 miskin. Ni lah sistem CAPITALISM!survival of the fittest! membazir! Walaupun saya suka Chelsea (tak minat seperti mana saya minat Kelantan) tp bab2 ni tiada kompromi. Cuba bayangkan seolah-olah Badri Radzi berpindah ke Negeri Sembilan!!!!siapa boleh terima (Munir bagi contoh Indra)????Kes Indra putra hari itu, saya x terkesan sgt tp kalau Piya pergi,,,aiiiiiii nok marah kak loh kawe!!!


Okey,,saya nok 'demey' sebenar-benarnyo sebab bola jah huhu,,mugo x gi kelih tu gak,,pah ni kena google score :(
Assignment x siap lagi. Bukok ni bnyok mid-terms...perlu mencari smgt untuk kebaikan diri dan juga ummah.