Salam Kemaafan,
Entri pada 4 syawal 1430H ini ingin berkongsi dgn para pengujung yang budiman 1 hadith yang di ambil dari Blog Hidup Biar Bermakna
Dari Abu Hurairah radiallahu'anhu katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: " Siapa yang mahu ambil dariku kalimah-kalimah (nasihat) ini, maka dia boleh beramal dengannya atau dia ajarkan kepada sesiapa yang mahu beramal dengannya."
Kata Abu Hurairah: Saya wahai Rasulullah! Maka baginda memegang kedua tanganku dan membilang lima perkara:
Maksudnya:
" 1) Peliharalah diri dari perkara yang diharamkan, jadilah kamu orang yang paling kuat beribadat,
2) Redhalah dengan apa yang ALLAH bahagikan untukmu, jadilah kamu orang yang paling kaya,
3) Berbuat baiklah kepada jiranmu, jadilah kamu orang mukmin,
4) Buatlah apa yang manusia sukai seperti kamu juga suka dibuat perkara itu kepadamu, nescaya jadilah kamu orang Islam yang (sebenarnya) dan,
5) Janganlah kamu banyak ketawa, kerana banyak ketawa itu boleh mematikan hati."
Moga-moga hadith ini dapat memberi peringatan kpd saya khasnya untuk bertindak sewajarnya dan tidak terlalu leka dgn kehidupan dunia.Tegurlah saya dgn berhemah jika diri ini melawan fitrah...
No comments:
Post a Comment