Monday, 12 October 2009

Mungkin ini jawapannya...

Sumber asal

"Setengah dari tanggungjawab lidah ialah senyap dari bertengkar dan bertelagah dari setiap perkara diucap oleh kawanmu, ertinya jangan cepat mencelah dan mengganggu orang sedang bercakap.


Abdullah bin Abbas radiallahu’anhuma berkata: “Kamu jangan berbincang dengan orang bodoh (safih), kerana dia hanya akan menyusahkan kamu, apa yang kita kata walaupun baik tidak akan didengarnya, kerana dia tiada kemahiran menilai perkara baik lantaran kesafihannya.”


Jangan berbalah dengan orang yang perangai dan tutur kata lemah lembut (halim), kerana dia pun akan marah juga. Akibatnya akan merugikan kerana kehilangan seorang halim yang sepatutnya menjadi sahabatnya.


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “ Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna (mubtilun), di akhirat kelak ALLAH SWT peruntukkan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga.


Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya di pihak yang benar (muhiqqun), di akhirat kelak ALLAH SWT cadangkan baginya sebuah mahligai dibahagian atas syurga.


Pengajaran mustahak daripada hadis tersebut ialah supaya menghindari perbalahan dan pertengkaran. Sebaliknya dianjurkan supaya bersoal jawab sebagai bertukar fikiran dan nasihat, seseorang kemuka pendapatnya untuk kebaikan bersama.


Tetapi berbalah iaitu bertegang urat kerana menegakkan benang basah, jelas ia tidak disetujui oleh agama. Kerana asas perbalahan ialah memperlekeh pendapat orang lain disamping hendak menaikkan dirinya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Meninggalkan perbalahan dalam situasi sedar dirinya salah (mubtilun) adalah wajib (fardu). ALLAH SWT menjanjikan syurga baginya.”


Apabila seseorang sedar dirinya dipihak yang salah, langkah bijak yang perlu diambil ialah senyap untuk elak perbalahan. Sikap tersebut amat terpuji hingga ALLAH SWT menjanjikan syurga untuknya.


Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesiapa yang mengelak daripada perbalahan sedang dirinya dipihak yang benar, semestinya derita jiwanya lebih parah daripada berdiam diri di atas perkara yang salah. Untuknya dibinakan mahligai di puncak syurga.”


Sesungguhnya terlalu menderita jiwa orang yang menahan lidah kerana mengelak daripada perbalahan dan pertengkaran, sedangkan dia di pihak yang benar dan mampu berdebat dengan mengemukakan hujjah dan dalil.


Justeru beban derita jiwa yang ditanggung itu tidak sia-sia, mampu mengelak daripada berbalah dianggap berjaya menahan sesuatu, meskipun jiwanya parah demi mentaati larangan ALLAH SWT.


Sebagai imbalan atas kejayaan itu, anugerah Tuhan iaitu pahala yang banyak dan mahligai mewah dipuncak syurga sedia menantinya di akhirat kelak. Oleh itu elak daripada perbalahan, digalak pula memberi nasihat dengan hujah dan dalil."


Komentar:

~Indahnya Islam,cara meraikan perbezaan pun diajar
~saya mmg mempunyai masalah komunikasi,mungkin ini jawapannya dan diharap perubahan bakal berlaku di dalam diri
~maafkan saya jika kata-kata saya sering kali mengguriskan hati mana-mana pihak
~saya ini masih mencari kebenaran untuk menjiwai peranan...moga-moga dapat belajar melalui pemerhatian yang diredhaiNya
~Semoga hidup kita diRahmati oleh Allah Taala

No comments:

Post a Comment