Tuesday, 13 April 2010

Seputar Selepas Peperiksaan

Perkara yang bermain-main di benak fikiran sy sewaktu menulis entri ini adalah Islamic state, Secular state, Negara Berkebajikan, 1Malaysia, Tun Lepat dan Ketupat cinta.


Konsep bernegara ini muncul apabila sy membaca tentangnya pada satu laman blog (Blog Dr. Dzul to be precise).Saya juga berkesempatan menonton Holy Warriors, Life and Death in Rome, Clash of Gods etc. Juga baru menonton Legion, The art of War: Betrayal etc dan beberapa siri perbincangan mengenai Malaysia di Awani dan stesen T.V yang lain.




Saya tidak pasti bagaimana mahu menggabungkan kesemua idea di atas.Walaubagaimanapun, perkara yang akan ditulis itulah hasilnya.




Persepsi Masyarakat : Tidak mahu Iran (too Islamic) ,Turki (too Secularize). Di Malaysia, Perlembagaan membenarkan agama Islam menjalankan dakwah dan tidak membenarkan agama lain berdakwah.




Ada yg merasakan ianya satu pelaksanaan yg dipantakkan ke atas masyarakat Malaysia.




Bagi saya ada Pros dan Cons di situ. Termaktubnya Perkara tersebut di dalam perlembagaan amatlah penting .Sebab bukan semua org Islam Malaysia faham dan laksana asas2 ajaran dlm Islam.



Justeru, Perkara itu menjadi built-in mechanism untuk mengelak hal2 yg x sepatutnya berlaku, berlaku.Walaupun kita sedar realitinya perkara yg x sepatutnya itu, ada berlaku walaupun sudah termaktub dlm Perlembagaan untuk ianya tidak berlaku.





Mungkin disebabkan itu jugalah org Islam di Malaysia berada dalam Zon selesa.Mereka tidak berusaha untuk berpegang teguh dan mencari makna jawapan kpd persoalan asas kehidupan i.e knp hidup di dunia, apa tujuan hidup,siapa yg mencipta kehidupan.Apabila persoalan asas tidak terjawab,maka cara untuk melegakan hati mereka adalah dgn menghiraukan persoalan ini ataupun mereka-reka jawapan yg salah iaitu jawapan yg dapat memuaskan hati mereka secara sementara.





Agama-agama lain muncul atas sbb inilah sy kira. Mereka mengubah apa yg benar mengikut selera mereka.Maka, lahirlah penguasaan gereja pada kehidupan manusia sewaktu Zaman Kegelapan sebagai contoh.Mereka yg mengikut tidak dapat menyoal kerana tidak mahu berdosa sbb agama mereka dah cakap begitu. Oleh yang demikian, No point to argue.





Walaupun dalam Islam ada juga perkara yang tidak boleh dibahas atas sebab2 tertentu.Iyalah,kita manusia biasa. Ilmu kita terhad sebab itulah perkara tersebut tidak dibuka kpd perbahasan. Kalau x silap perkara yg diluar kemampuan kita untuk mentafsir itu namanya Mutashabihat.





Walaupun begitu, ianya tidaklah sampai men’deprive’ Muslims untuk berfikir.Org-org Islam x berada dalam kegelapan, tidak juga membuatkan urusan sehari-harian terbantut.Tidak menbuatkan hati menjadi gundah-gulana,runsing dan x bahagia, tidak membuatkan org-org Islam terkebelakang dan x dpt mensyukuri nikmat Allah.





Saya ini bukanlah juga org yg mahir pasal ilmu2 Islam ini,untuk rujuk berkenaan fiqh2 @ seangkatan dgnnya saya bukanlah ahlinya.Jauh sekali. Tetapi dgn menggunakan kapasiti pemahaman seorang Melayu-Islam rasanya tidak salah untuk saya melontarkan pandangan sebegini.Sebarang keterlanjuran kata-kata, mohon diberi bimbingan.




Berbalik isu org kita berada di Zon Selesa (Istilah sendiri,,tidak dibenar untuk membuat rujukan).Kebanyakannya tidak faham atau tidak nampak hikmah disebalik mengamalkan ajaran Islam.Sebagai contoh, apabila meninggalkan solat dengan sengaja mereka tidak rasa bersalah, apalagi jika mahu mengamalkan atau menegakkan ibadah lain i.e tutup aurat etc..





Mereka tidak nampak solat itu satu bentuk pembaharuan shahadah untuk menjadi Muslim yg lagi baik. Mereka tidak nampak tutup aurat itu sendiri adalah satu keperluan kalau Islam x suruh pun,mmg wanita itu mempunyai sifat malu dan atas sbb itu mereka mahu juga tutup.





Cumanya masalah manusia ni,kita tidak tahu apa yg terbaik untuk kita sbb itu sebagai Muslim kita rujuk Quran dan Sunnah. Barulah kita tahu rupanya rambut,leher tu aurat juga. Rationalnya ?sbb ia cantik. Hijab pula harus menutupi dada which d reason explain by itself. Lepas tu,pakaian juga harus longgar sebab mahu menyelamatkan diri dari benda yg x senonoh.





Walaupun kita tahu mereka yg elok pakaiannya pun keselamatan mereka tidak terjamin tapi InsyaAllah, Allah Maha Sempurna PerancanganNya,kita ikut apa yg Allah suruh yg lain2 tu kita harus bertawakkal.Sbb itu jika kita lihat org Barat sendiri mereka tahu pakaian yg paling ideal bg perempuan adalah yg menutup bahagian perempuan yg harus ditutup.Mereka memakai pants dan shirt, Cuma mereka tidak tahu to what extent it should be covered.(Mungkin huraian ini agak ‘taboo’ dan saya sekadar mahu meluahkan apa yg terbuku di fikiran).




Saya bagi contoh berkenaan pakaian adalah kerana ianya paling mudah nak dihadam dan paling mudah untuk saya tulis dan mencari rasional disebalik prekara yg berlaku.





Dalam erti kata lain,nilai etika yg universally being practiced adalah tidak bertentangan dengan Islam cumanya kita tidak tahu to what extent it should be upheld.





Penerangan di atas adalah analogi saya kpd konsep bernegara. Bila bercakap pasal Negara Islam, kebanyakan akan mengaitkan tentang pelaksanaan undang-undang Shariah which I do not deny tetapi bagi sy ini dapat dilaksanakan jika perkara2 yg tidak kurang pentingnya dicapai dahulu iaitu keterbukaan rakyat dalam memahami Islam dan kekuatan* pegangan masyarakat Islam kpd Islam.(*kekuatan-sgt relatif..maksud di sini x de lah sampai jd btul2 sempurna..tp at least..mereka mahu terima Islam)






Tidak saya nafikan,orang Islam mahu atau tidak, harus terima Undang-undang Shariah secara keseluruhan . Tetapi kita jgn bercakap seperti tidak berpijak di bumi yang nyata, kita semua maklum keadaan org Islam hari ini ( hasil daripada kebejatan sistem pendidikan) dan menjadi tugas juga untuk kita memahamkan mereka agama yg dianuti itu sendiri. x kan lah kita nak suruh org Islam yg baru nak kenal dan belajar hidup beragama dimomokkan dgn undang2 Islam yg selama ini di dalam fikiran mereka adalah satu benda yg menggerunkan. At the end of the day, org Islam sendiri lawan Islam, bukankah menyedihkan???





Zues dalam sejarah tuhan2 Greek pula lain ceritanya .Zues mahu berkuasa dan tidak suka pada sifat ayahnya yg suka menelan anak sendiri. Zues anak ke-5 dan satu2nya yg selamat daripada menjadi mangsa telan. Ini kerana, ibu Zues menukarnya dgn batu untuk diberikan kpd ayahnya. Zues disembunyikan di dalam gua.Apabila besar, Zues meracuni ayahnya supaya dpt memuntahkan adik-beradik beliau.Zues juga membebaskan musuh @ tawanan yg berada di dlm penjara @ neraka ayhnya. Mereka semua berpakat menentang ayah Zues dan konco2nya. Zues yg mempunyai kuasa kilat berjaya dalam tentangan tersebut.Apabila Zues memerintah,beliau suka kpd seorg wanita.Wanita itu cantik malah berkuasa pula.Oleh kerana tidak mahu melepaskan wanita tersebut,Zues menelannya. Zues lalu berkahwin dgn adik perempuannya sendiri.Zues juga kaki perempuan.Oleh itru,banyaklah anak haram.Tetapi ,beliau tidak menelan anaknya sbb benci dgn perbuatan tersebut kerana mengingatkan beliau ttg perbuatan jahat ayahnya.Pada masa yg sama,isteri Zues menyimpan dendam kpd Zues.Isterinya berpakat dgn adik beradik yg lain untuk menentang.Tetapi malang sekali,ianya tidak berjaya dgn sempurna.Zues,kemudian terus membunuh mereka. Apa yg saya dapat lihat di sini. Zues mahu menghapuskan perbuatan kejam ayahnya iaitu makan anak.Tetapi Zues sendiri makan perempuan lain.



Kita boleh tafsirkan keadaan pertama berlaku mungkin disebabkan ayahnya (juga berkahwin dgn adik sendiri) mahu menyayangi anak2 tersebut eternally dan tidak mahu anak-anaknya merampas kuasa. Perbuatan Zues pula,mungkin disebabkan tergugat dgn kedudukan perempuan tersebut atau terlalu sayang menyebabkan beliau menelannya.Zues curang dgn Isteri dan berlaku sekali lagi perebutan kuasa.Pengajaran dari cerita,,kalau pemerintah tidak melakukan perkara yg betul,akn ada perebutan kuasa.Heh..begitukah???hmmm..Clash of Gods...




Oleh itu,begitu rasional dan terbuka sekali apabila Dr. Dzul mendapatkan respond "Do you think Malaysia should be a secular religion or Islamic State? ". Saya sokong usaha kecil Dr. Dzul ,ianya melambangkan progress di dalam Pas dalam menyediakan blueprint untuk membentuk negara berpentadbiran Khalifah,mungkin.


Takrifan Secular state yg dikemukan oleh respondan agak menarik.Antaranya, Ariff Din, on April 6, 2010 at 12:26 am Said:

Dear Dr. Dzul,

While I find your stand on this matter very refreshing and laudable, I found Parti Sosialis Malaysia (PSM) MP Dr. Jeyakumar’s answer to the same question the most appealing.


I share it with everyone below so they can compare:


Do you think Malaysia should be a secular or an Islamic state? Why?


Dr. Jeyakumar:


This is a very emotionally charged issue, and part of the reason is that different parties understand the terms “secular” and “Islamic” differently.


Many within the Islamic movement equate the term “secular” with the aggressive anti-religion stance taken by [Turkey's Mustafa] Kemal Ataturk and his supporters.


I am for a secular state, and by that I mean:



- a state whose laws and statutes are not derived from religious texts.



But this does not mean these laws cannot be inspired by the values and principles that are found in these religious texts;



- a state where there is no legal requirement that political posts or senior administrative posts (with the exception of the Religious Department) can only be held by individuals from a particular religion,





or that such leaders have to be endorsed or “cleared” by a council of religious leaders.




My reason for saying so is that in a state where the laws are based on the religious texts of any religion, only individuals who are from that religion can make or interpret these laws.





This effectively disenfranchises those who are not from that religion. It is an anti-democratic concept.






Even those from that religion can be deprived of their rights to participate in governance because they are judged to be not “religious” enough to partake in the making or debating of laws.




However, a “secular” state should not put up barriers to the practice of religion by the population. Every individual should have the freedom to practice his or her religion.





At the same time, there appears to be different understandings of the term “Islamic”, even among those who call themselves “Islamic”.






There are “Islamic” groups that insist that girls should not go to school, and that men who shave should be punished.





At the other end of the spectrum, there are also “Islamic” individuals who argue passionately that universal values such as fair play, justice, and welfare for the disadvantaged are the core values of the Islam that they believe in. I personally would like to see a society with more of the Islamic values as espoused by the latter group of Muslims.





Further, I believe that all the major religions have an anti-capitalist core — they are unanimous in their teachings that:




- the weak, the sick and the disadvantaged must be protected and helped;





- leaders should live simply and not lavishly, and be humble; and





- greed should be curtailed so that the majority’s needs are not compromised.





[In our] globalised world, misguided neo-liberal measures such as [the] privatisation of services like healthcare, education, housing, and public transport are still being implemented in our societies.




I would consider the great religions as potential allies in the task of re-humanising and reclaiming our societies, which have been ravaged by the immorality of an economic system based on maximising profits for big corporations.




Ada yang memberi dan membalas pandangan :



msan, on April 6, 2010 at 6:03 am Said:




Zane,




It is alright for you to want an Islamic State but what about those who are not Muslims? How do you reconcile their religious beliefs and practises which may be different from Islam’s?




What Dr. Jeyakumar said is very platable to the non-muslims but then what about the Muslims who believe that Islam should encompass everything that they do?




I agree with Dr Dzul that as a democratic country it is the majority that will decide what sort of Country we should be, but by majority I do not mean just the majority in terms of population but what the people themselves want.



We cannot presume that all Muslims will want this Country to be an Islamic Country.




Reply

§ 8c82897acaf1e1aac3d680122cfa770a?s=32&d=identicon&r=G



J. Vohrah, on April 6, 2010 at 10:26 am Said:


You ask “what about the Muslims who believe that Islam should encompass everything that they do?”



That’s easy to answer. A true Muslim who wants Islam to encompass what they do is a Muslim who adheres to the values and principles of his religion, regardless of whether his country is secular or not, whether he is in a desert or in the South Pole and regardless of what others around him do.



A Muslim living in a secular country like France is no less a Muslim than a Muslim living in Saudi Arabia.



In fact, an Iranian friend told me that in his country, those against the true principles of Islam — those doing a disservice to Islam — are those who want to enforce Islam at all cost — those staunch believers and upholders of the Revolution.



So your thesis that “Muslims who believe that Islam should encompass everything that they do” has no bearing on whether a country is secular or not. A Muslim is a Muslim based on his thoughts, heart and actions.



Dr Dzul dan para respondan bantu membantu menjawab persoalan2 yg timbul. Kudos to Dr Dzul kerana menyediakan platform tersebut.





Oleh itu saya rasa, usaha menuju ke arah Negara Berkebajikan adalah yg molek dlm suasana kemajmukan/kepelbagaian masyarakat Malaysia hari ini.(bc: majmuk/pelbagai dari segi pengetahuan dan pengamalan org Islam itu sendiri dan keterbukaan masyarakat dalam meraikan perbezaan)


Pas dan Negara berkebajikan (bc:kerajaan yg mengutamakan kebajikan rakyat).





Bguslah sbb x secara terus mahu mengubah system perundangan.Ada tolak ansur di situ.




Mungkin perkataan Negara Berkebajikan lebih sesuai rasanya dalam konteks sekarang. Lagi ideal,agak tuntas,selari dgn Islam (sbb berpegang pada buat makruf, cegah mungkar dan beriman kpd Allah) dan juga dgn Pas dalam mengangkat martabat Islam di pentas politik.




Konsep Negara berkebajikan ini berpegang dgn maqasid Shariah,,semua hak ‘stakeholders’ I-Allah akn terjaga.Kata org,BN mementingkan kebajikan duniawi,lebih bersifat kapitalis dlm erti kata lain.Bagi sy, BN ni nampaknya menuju ke arah moderate capitalist sekarang.Tidak dinafikan,kata org Pas pula memelihara kebajikan dunia dan akhirat.




Contohnya ,pengenalan sistem bekerja 5 hari seminggu, skim rumah kos rendah dengan 3 bilik minimum dan lain-lain di Kelantan yg mana sekarang ini sudah diimplement pada peringkat pusat. Ada juga terbaca antara misi utama Pas adalah untuk menghapuskan rasuah berprofil tinggi dan akta2 zalim seperti ISA. Bagi saya Pas juga dalam usaha menjadi moderate Islamist ,berubah mengikut zamanlah katakan.





Bahagian professionalism nampak agk kurang sedikit di pihak Pas kata org.Mungkin mereka harus belajar dari kerajaan kita atau mungkin saja kerajaan Singapura untuk menjadi lebih efisien sepertimana kerajaan kita belajar dari Pas dalam usaha memelihara kebajikan rakyat.




Saya harap akan ada pelan strategik ekonomi dari pihak Pas kalu betul mahu merintah.Hendak juga tahu,adakah liberalize seperti sekarang? atau Islamic liberalization?atau Pas ada pelan2 @ jargon2 yg lain??





Berada dalam pakatan membuatkan Pas terpaksa berkompromi dan sering kali mengambil jalan selamat dgn memberi pandangan yg menggugah kadang kala.




Saya berbelahbagi sebenarnya dgn pakatan.Tapi saya percaya,perkara positif dan negatif akan datang bersama. Harapnya Pas belajar dari cerdik pandai ekonomi dan bidang-bidang professional lain daripada mereka di dalam pakatan.




Berkenaan dgn APCO worldwide, ASERO dan RUU.


Tergugat memang tergugat. (Respon awal apabila terbaca berkenan isu ini)



Tiba-tiba sahaja,kita digemparkan dgn isu Rang Undang-undang (RUU) Perdagangan Strategik 2010.Saya ada terbaca, RUU ini sebenarnya membuatkan urusan negara berada di bawah telunjuk Amerika.Bila bwh telunjuk Amerika maknanya bwh telunjuk Israel.Ramai beranggapan pembentangan RUU ini ada kena mengena dengan APCO dan ASERO.



APCO berperanan sebagai perunding komunikasi nasional yang dilihat dapat mendedahkan keselamatan dalam Negara kita kepada pihak luar kerana mempunyai hubungan terus dgn rejim Zionis-Israel.


Mana tidaknya, penasihat-penasihat kanan yg terlibat dalam APCO ini merupakan org-org besar Israel antaranya


· Shimon Shein, bekas Duta Israel ke Germany

· Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat

· Gad Ben-Ari,CEO APCO di Tel Aviv , juga merupakan penasihat peribadi kepada mantan Perdana Menteri Israel Yishak Rabin

· Doron Bergerbest-Eilon, ahli Badan Penasihat Antarabangsa APCO, bekas Ketua Keselamatan Kerajaan Zionis-Israel.


Persoalan muncul ,Apakah APCO ada peranan atau ASERO yang memberikan input strategik atas isu-isu besar seperti seluruh urusan kawalan dan pengurusan barang strategik termasuk senjata dan bahan yang berkaitan juga ‘Weapon of Mass Destruction’ atau Senjata Pemusnah Berskala Besar.


Mak… ai..menggerunkan!!!


Saya bersetuju apabila ada pihak mengatakan dgn penglibatan APCO dan ASERO bukan sahaja menjejaskan aspek keselamatan negara sahaja bahkan mampu menjejaskan nama baik dan kedaulatan negara pada pandangan dunia amnya dan negara umat Islam khususnya.



Sebabnya kita bukan main lagi (x kira Kerajaan @ pembangkang ) sebulat suara mengecam perbuatan kejam,kebinatangan,x berperikemanusian Zionis-Israel ke ats umat Palestin di Gaza, tidak menjalinkan hubungan diplomatik dan tidak mengiktiraf Negara Israel tetapi pada masa yang sama kita membenarkan kuasa ini menjadi perunding komunikasi nasional kita…begitu Ironi sekali!!!!



Senang-senang ejen-ejen Zionis-Israel menyelinap masuk,korek rahsia dalaman negara atas nama perniagaan…hmmm..


Ya Allah,lindungilah Malaysia dari ancaman musuh-musuhMu..berilah petunjuk kpd pemimpin2 Negara untuk menangani masalah Negara dengan berhikmah…


Ketupat cinta-FT


Baru selesai membaca novel ini. Agak lama juga untuk saya menyudahkannya kerana novel ini sangat2 kontroversi baik dari segi jalan cerita mahupun novel itu sendiri.




Bermula perjalanan Ketupat Cinta pada tahun 2008 (kalau tidak silap) yg dimuatkan dalam harian metro itu terpaksa diberhentikan atas sbb ‘itu’.




FT ditekan dan ditekan (~Kopitiam Ghadir antaranya) . Saya hanya memerhatikan beliau dari jauh melalui penulisan blognya berkenaan isu ‘itu’.Saya menyokong beliau, sepenuhnya!!





Tempias hentaman ke atas beliau turut sy rasai pada waktu itu. Seolah2 FT membawa ajaran salah dalam berkarya.Seolah2 para pembacanya telah ditipu. Adalah suara2 yg cuba menakutkan sy ttg karya2 beliau. Sepanjang sy membaca tulisan beliau bermula dari Cerpen Underground bersama Azman Hussein,sy x pernah rasa diri ini makin sesat,makin membuatkan sy mahu faham dgn keadaan sekeliling adalah.Tambah2,novel 1511H [Kombat] dan 1515,,para pembaca akn menghargai dan cinta akn dunia Melayu dan dunia Islam.






Disebalik tohmahan yg dilontarkan,beliau tetap tidak berputus asa.Beliau tahu kebenaran yg dibawa .Novel bersiri Ketupat Cinta disambung penulisannya di akhbar harakah. Sekarang,Ketupat Cinta [Musim Pertama] sudah menjadi novel.




Dan saya, sudah lama mengidam mahu memiliki novel ini.Heh!





Alhamdulillah,Allah membenarkan saya membelinya pada Pesta Buku Antarabangsa yg lepas.Yang membuatkan buku ini bermakna apabila Tuan Haji Faizal Musa sendiri menandatanganinya pada perjumpaan pertama sy bertemu beliau ‘pusingan 2’.Haha.




Beliau sangat beliau.Itulah beliau.







Ketupat Cinta menceritakan pergolakkan mainan siasah dapur di Melaka. Mengangkat makanan melayu sebagai alat siasah untuk mencapai sesuatu tujuan.Tuan Faisal memang jenis yang suka mencari rasional disebalik apa yang berlaku disekeliling dan ianya sekali lagi tergambar menerusi novel ini.






Justeru, tidak hairanlah Ketupat Cinta digarap mengikut acuan semasa. Jangan dilupa, Tuan Faisal memiliki ‘minor’ siasah sewaktu di U.M dahulu maka itu memberikan satu kelebihan kpd beliau untuk membawa siasah-Melayu bersama konsep tauhid dalam Ketupat Cinta.





Permulaannya agak kelakar (sepanjang perjalanan cerita diselitkan dgn unsur humor).






Lama-kelamaan makin serius dan serius apabila membabitkan nyawa2 yang terkorban seperti Permaisuri Kamarul Ajaib, Cik Lo’ Ganish dan as-Syahid Dato’ Musa al-Kadzim. Agak menyedihkan dan eloklah pengakhiran Tun Rosjah begitu.Bnyk muka surat yg sy tanda untuk dibaca balik terutamanya penerangan yg melibatkan ayat2 Allah.






Mungkin ilmu2 itu akn sy kongsikan dalam penulisan blog ini pada masa2 akan datang.Banyak yang amat.Melibatkan bnyk aspek pada satu2 persembahan makanan.







Gaya penceritaan menggunakan Bahasa Melayu Klasik.Perumpamaan2 yg FT gunakan amatlah berat. Walaubagaimanapun,kita kena terbuka dan sila fokus untuk dapatkan mesej besar dalam satu2 cerita.Kita harus gigit pengajaran2 tersebut dan hadamkan ia dalam kehidupan seharian.Seperti mana yg terdapat pada muka surat 7




“Tiada kebaikan ibadah tanpa ilmu,dan tiada kebaikan ilmu tanpa faham,dan tiada kebaikan bacaan kalau tiada perhatian”~Sayidina Ali Bin Abu Talib









Sebab itu,sy merasakan perlunya untu membaca novel ini lagi dan lagi terutama bahagian Asam Tetel Dari Jauh.Nak kena betul2 gigit ilmu2 tersebut atas kapasiti yang saya ada.Ya Allah,mohon diberi kekuatan.







Kesan langsung yg sy dapat dari Ketupat Cinta ialah memasak itu menyeronokkan dan x susah………..:P .


Semoga Allah memberkati dan melimpahkan rezeki kpd FT dan keluarganya juga semoga semua pembacanya memperoleh manfaat dari tulisan beliau dan dapat berkongsi dgn org disekeliling mereka.




Konklusi akhir untuk Ketupat Cinta:




Selagi mana ada kuasa, selagi itu politik wujud. Ajaran Islam menjadi pegangan untuk menseimbang kehandak Allah dan manusia. Satira berat. Dulu menyindir melalui Perempuan Politikus Melayu sekarang melalui Ketupat Cinta .








P/s : Nampaknya sy belum menghuraikan lagi berkenaan Holy Warriors (Salahuddin al-Ayubi dan King Richard of England), 1Malaysia ( kaitannya dgn 1Israel,1China etc). Huuu..




Untuk Life and death in Rome - bangsa yg sgt maju pada suatu ketika dahulu,rakyatnya hidup aman ketika Augustus memerintah,,tetapi kucar kacir selepasnya.Disebabkan,anak perempuannya suka sangat ‘berparti’, maka terpaksalah pemerintahan diserahkan kpd anak tirinya kalau tidak silap dan banyaklah perebutan kuasa berlaku apabila kaum kerabat lain merasakan mereka patut memerintah.




Berkenaan kehidupan rakyat Rome, sy bersetuju dgn salah seorg Prof yg diwawancara mengatakan (lbh kurang) “hiburan x perlu diajar, rakyat itu sendiri akan create hiburan”..kalau di Rome dulu,,kegiatan pelacuran adalah pilihan muda mudi mereka.Boleh dikatakan tempat tu dulu ala-ala Bangkok la.




Dalam Legion pula, watak Michael yg mahu menyelamatkan umat manusia dari terus pupus…hmmm…likewise,bad thing akn dtg bersama dgn gud thing.Jujur sy katakan,berbekalkan framework worldview sy ada sekarang agk sedih dan insaf jugalah bila menontonnya.




'The art of war : Betrayal' pula mengetengahkan konsep yg dibw oleh Sun Tzu di dlm The Art of Warnya . Satu ayat yg agk catchy ialah 'layan musuh awak lg baik dari kawan baik awk'.Huuuuu…Ntahlah!!!



Dan macam2 lagilah sy tonton yg sy lupa..Benda2 kat atas ni je lah yg bermain2 difikiran.Huuuuuu..





Mungkin setakat ini sahaja coretan untuk kali ini..Insya-Allah selepas ini sy akan bercerita pula tentang novel2 FT yg lain iaitu Bedar Sukma Bisu dan Bahlut... (mungkin)






1 comment:

  1. betul apa yg ko dedahkan..tpi ak xdpt nk bca kesemuanya sbb pjg sgt hehe n memerlukn kefahaman yg mndalam.....apapon Israel dah masuk ke Malaysia walaupun akhbar mendakwa tiada orang Israel di PDRM...agaknya mereka mahu bukti yang secara fizikal di mana org Israel tersebut berada di dpn mata dan membunuh bangsa kita huhu nauzubillah....

    ReplyDelete