Setelah menghabiskan Ketupat Cinta,saya telah membaca novel Rawa (Isa Kamari), Bedar Sukma Bisu (Faisal Tehrani), Hikayat Amir Hamzah (versi pendek dan ringkas~lupa siapa penyusun), The Sky is falling (Sidney Sheldon) dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Hamka) dll.
Tulisan-tulisan Prof Dato’ Sidek Baba juga amat bermakna buat hidup sy, insyaAllah pada waktu kini dan akan datang,,terima kasih kpd ‘Ayahanda’ ,akan ‘anakanda’ berdua turuti nasihat-nasihat yg ‘ayahanda’ berikan!!! :P
Akan tetapi, di sini saya hanya akn mengulas tentang Rawa dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Buat pertama kali saya tidak dapat mengulas novel FT. Saya mempunyai masalah sedikit dengan Bedar Sukma Bisu.Pelik bukan??.Sepatutnya seorang penuntut jurusan Ekonomi akan senang dgn novel ini kerana ianya mmg berkenaan ekonomi tetapi saya tidak berpuas hati dgn apa yg dibaca.
Rawa.Ini adalah novel pertama Isa Kamari yg sy beli (pada Pesta Buku yg lalu..disamping Pintu) dan baca walaupun sudah lama berkira-kira untuk mendapatkannya.Isa Kamari merupakan penulis dari Kota Singa yg telah mendapat anugerah S.E.A Write award (2006) daripada kerajaan Singapura. Rawa mengisahkan satu tragedi di Pulau Batu Putih. Pulau Batu Putih bukan sahaja penting dan bermakna dari sudut politik (Malaysia dan Singapura) malah bernilai sekali kpd Rawa. Cinta Rawa begitu tulus sekali (kaum seletar,keluarganya: Temah,Kuntum,Labit dan Hassan,persahabatan: Ayong ). Hidupnya begitu bahagia di dalam Pau Kajang.Terlepas daripada dunia luar.Bersahabat baik dgn org Asli sekitar dan membesarkan anaknya, Kuntum dengan alam. Apabila Rawa dan isteri berpindah dari kehidupan Pau Kajangnya, Kuntum menjalani kehidupan berkeluarga di Singapura. Ayong oh Ayong!!.Disebabkan terkenang akan cincin pusaka itulah, Rawa menyahut cabaran Ayong untuk ke Pulau Batu Putih walaupun gagal dalam percubaan pertama yg hampir meragut nyawanya.Tidak disangka-sangka percubaan kedua bersama cucunya itu adalah percubaannya yg terakhir dan dia pergi buat selama-lamanya.
Nampaknya jika saya mahu ke Singapura atau Johor Bharu (kawasan yg dkt dgn Singapura),saya harus sekali lagi membaca novel ini.Hahaaahaa. Nak tengok tempat-tempat yg telah digambarkan di dalam novel.Heh!!
Persoalan berkenaan firasat dan akal amatlah menarik untuk difikirkan.Menambah ma’na kpd worldview saya .
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.Sudah lama beli (12.12.2009) tetapi baru berkesempatan untuk membaca dan menghabiskannya.Mula baca pada 3.5.2010 dan tamat baca pada 5.5.2010. Bahasa yg digunakan agak susah.Mujur saya pernah baca buku yg menggunakan Bahasa Melayu Lama, dapat jugalah membantu untuk memahami maksud yg cuba disampaikan oleh Pak Hamka.Tidak dapat dinafikan ada kebosanan sedikit apabila membacanya.Maafkan saya para sasterawan!!!.Mungkin disebabkan latarnya di Indonesia,saya tidak mampu untuk menggambarinya.Tambahan pula, ianya berlaku pada zaman wanita-wanita melambai saputangan untuk mengucapkan selamat tinggal.Banyak jugalah perkataan-perkataan yg janggal pada saya.Walaupun begitu novel ini amat bagus!!!.Tapi saya x suka watak Zainuddin yg merokok!!!Adui…org yg berilmu seperti Zainuddin merokok!!!Tidak mengapa,masih boleh dimaafkan sebab waktu itu tidak ada ‘Kempen X nak merokok’.
Novel ini menceritakan kisah kehidupan Zainuddin dan percintaannya kepada Hayati.Saya sememangnya tidak suka kpd novel cinta malah mudah bosan dgnnya melainkan penulis novel tersebut saya kagumi. Untuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dengan meletakkan beberapa ‘ceteris peribus’ pada sesetengah ‘constraints’ ,saya dapat katakan novel ini terbaikk!!!.Sedih amat.Bahasa yg digunakan dlm surat-surat Hayati-Zainuddin,Zainuddin-Hayati mmg mempesonakan.Ada satu madah org Mengkasar kata Zainuddin
“Anak laki-laki tak boleh dihiraukan panjang,hidupnya ialah buat berjuang,kalau perahunya telah dikayuhnya ke tengah,dia x boleh surut palang,meskipun bagaimana besar gelombang.Biarkan kemudi patah,biarkan layar robek,itu lebih mulia daripada membalik haluan pulang”.
Bagi org yg celik hati,,boleh meremang bulu romanya dan bagi saya bukan anak lelaki saja anak perempuan pun sama.Cabaran pada zaman sekarang bukan terhad kepada lelaki sahaja perempuan juga sama banyak gelora hidupnya.Semua berjuang ikut kemampuan masing-masing.Tetapi untuk lelaki, lagi sesuai maksudnya itu apabila dilihat dari sudut fitrah.(sini)
Dalam buku ini juga,diterangkan perbezaan falsafah antara lelaki dan perempuan mengenai cinta.Hmmm..ya ke???maaf saya tidak berpengalaman…..!!!!
Kata buku ini (lbh kurang),lelaki bilamana mencintai seseorg perempuan itu ,maka perempuan itu mesti menjadi haknya seorng,tak boleh org lain berkongsi dengan dia.Jika perempuan itu cantik,maka kecantikannya biarlah diketahui olehnya seorang.Sebab itu,kalau ada org lain yg hendak memuji kecantikannya,semua itu tidaklah diterima oleh laki-laki yg mencintainya tadi.Bertambah bnyk org memuji kecantikannya,bertambah timbullah cemburu dalam hatinya,sbb perempuan itu untuk dia,buat dia,x boleh buat org lain.Tetapi jika ada org mengatakan org perempuan yg dicintainya tadi buruk tidak serupa perempuan lain,maka semuanya itu bagi laki-laki yg bercinta tadi,akan menambah patri cintanya dan menambah harga perempuan itu dimatanya.
Tetapi cinta lelaki kpd perempuan adalah sebaliknya dari itu.Laki-laki pada pandangan perempuan adalah perhiasan yg akan dibanggakannya kpd kwn2nya. Seburuk-buruk kecintannya akn lupa dia keburukan itu,kalau org lain memujinya dekat dia,mengatakan dia seorg lelaki yg tangkas berbudi,ternama,termasyhur dan lain-lain sebagainya.
Tiada komen dari saya mengenai ini.Banyak lagi yg menarik tetapi rasanya saya mahu berhenti di sini.
Hanya sekilas pandang!!!
No comments:
Post a Comment