Sudah seminggu 'sekolah' di buka.Debaran yang menunggu pada semester ini agak menakutkan saya.Subjek-subjek yang tidak disangka-sangka saya telah ambil untuk sesi pengajian 2010/2011, sememangnya memberi tanggungan yang tidak ringan.Saya tidak tahu kemampuan diri ini.Walaubagaimana pun saya akan berusaha.Di kala kegelisahan, hati ini benar-benar rindukan belaian.Tiada yang tersilap di dalam hidup ini.Allah sudah menentukan segala-galanya.Visi saya dgn izin Allah jelas.Misi juga dalam peringkat pelaksanaan.Saya rasakan banyak dualism dalam hidup ini.Double standard yang sering menghimpit mereka yang lemah.Mengapa secara diam sistem-sistem dangkal ini dipantakkan ke atas mereka yang lemah???Mengapa mereka yang mempunyai banyak ilmu,luas pula pemahaman tentang Ta'dib membuat kenyatan-kenyataan memualkan seperti mereka sahaja yang betul???Dalam Islam,pelajar-pelajar disuruh beradab dengan pelajaran tetapi bagaimana pula dengan guru???Bagaimana harus guru-guru beradap ketika mengajar???Di mana Islamic Worldview untuk guru???
Saya mahu jadi pendidik dan saya tidak mahu menjadi pendidik yang berat sebelah, mengamalkan dualism dan yang seangkatan dengannya.Arwah ibu saya seorang pendidik. Beliau pendidik+Ibu+rakan+etc yang penyabar.Saya banyak bersalah kepada beliau tetapi beliau tetap bersabar.Saya dapat rasakan waktu turning point saya dahulu adalah hasil doa-doa beliau sewaktu sujud dan tahajjud.Saya pernah menjadi remaja yang kasar. Sekarang saya menjadi seorang yang sensitif.Ada suatu desakan di dalam diri untuk saya mencari diri dan kebenaran secara total. Saya cukup geram dan sakit hati dengan ketidakadilan sistem yang diamalkan manusia.Guru-guru keluaran sistem itu akan mendidik generasi baru untuk juga menjadi hamba kepada sistem yang bobrok lagi rosak.Patutlah minda-minda yang tertawan ini di sembelih di universiti sendiri.
Sejak bila proses Ta'dib itu hanya untuk mereka yang berduit???
sejak bila pandangan para pelajar (selagi tidak menyentuh isu peribadi dan lain-lain dengan niat memperlekehkan guru tersebut) dapat menggangu-gugat kedudukan guru di dalam kelas???
sejak bila hanya mereka yang belajar di luar negara tahu berfikir???
sejak bila semua orang Melayu malas membaca???
sampai bila perkara ini perlu berterusan??????????
Ya Allah, bantu aku...aku begitu lemah sekali dalam mendepani cabaran...bantu aku Ya Allah.
Allahummasolli 'ala Muhammad
wa 'ala ali Muhammad!

No comments:
Post a Comment