Friday, 26 August 2011

Islam dan Nasib

Kekeliruan tentang nasib manusia

Oleh : Kak Siti Fauziana

Letih berbincang utk membetulkan perspektif org lain. Walaupun sudah separuh abad mengamalkan Islam, tapi rupanya, persoalan akidah masih belum selesai. Rukun ke 5 dan 6 masih tidak faham. Masih bertanya mengapa adanya penderitaan. Mengapa kanak-kanak yg tidak berdosa perlu jadi mangsa penganiayaan. Tanya mengapa mesti ada hari pembalasan sedangkan Tuhan sendiri yang menentukan nasib manusia.

Gunakan banyak analogi. Contoh penulis skrip drama. Hero kena belasah sehingga teruk. Wanita kena perkosa. Kanak-kanak kena dera. Tiada siapa pun yg marah pada penulis skrip sebab mampu menilai semua ini sekadar hasil kreatif mindanya.

Sekiranya tahu metafizik wujud dan kewujudan, akan faham kewujudan itu yg sebenarnya "essence" disebalik setiap ciptaan. Kewujudan adalah salah satu aspek Tuhan yg dizahirkan dlm bentuk ciptaan. Realitinya, merupakan pemilikan Tuhan.

Seperti firmannya dlm surah An-Nahl : 93, Jika Tuhan berkehendak, Dia boleh jadikan semua manusia satu umat. Dia menujukkan siapa yg Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yg Dia kehendaki. Mana pula datang tuduhan Dia tidak adil? Dia zalim sedangkan Dia berbuat ke atas salah satu aspek diriNya sendiri? Ibarat rambut kita, samada hendak potong pendek atau biarkan panjang. Bolehkah kita terima bila ada orang tuduh kita zalim terhadap rambut kita bila kita potong jadi pendek? Tentu kita tuduh orang ini gila, sebab rambut itu sebahagian dari pemilikan kita. Atau katakan rambut itu boleh berkata-kata, bolehkah dia merasa dirinya dianiaya sebab keizinannya tidak diminta terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?

Sudah tentu, kita akan tergelak dengan kebodohan soalan ini. Sebabnya, yang dikatakan “saya” itu merangkumi semua aspek yang membentuk diri kita termasuk juga rambut sebahagian aspek fizikal. Diri kita ibarat satu “kota” tersendiri yang mempunyai pentadbir, petugas dan rakyat yang ditakbir. Setiap keputusan yang dibuat, sudah tentulah melalui proses yang melibatkan pihak2 yang bekenaan. Tidak timbul lagi isu mendapatkan keizinan sebabnya semua sudah maklum. Begitulah juga ruh ketika menyahut “bala, syahidna” ertinya semua sudah maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Pentadbir.

Syurga dan neraka juga adalah ciptaan. Walaupun sama-sama ciptaan, tapi mempunyai “status” yang berbeza dari manusia. Analoginya, kita hendak buat kueh. Kita perlu tepung, acuan dan oven. Tepung kita uli ,giling dan terap. Kasihan juga tepung diperlaku begitu. Kemudian, kita letak dalam acuan. Kemudian tepung yg “malang” tadi kita bakar dalam oven. Adakah sama “peranan” tepung, acuan dan oven? Sifat tepung untuk diuli bagi dijadikan biskuit atau kuih lain. Sifat acuan keras, tahan api dan sesuai untuk menampung tepung yang telah siap diuli. Sifat oven, membakar bahan-bahan yang dimasukkan kedalamnya tanpa membezakan. Gabungan kesemua ini yang melahirkan biskut yg enak. Ada sesiapa nak bantah atau melarang mana-mana proses dalam pembikinan biskut ini?

Inilah yang cuba dilakukan oleh human rights group. Mereka hendak “hak” mereka sebagai manusia dari Tuhan. Macam tepung tadi, tidak rela dirinya diuli dan diubah jadi biskut. Hendak jadi seperti acuan atau oven. Bila mereka laung “freedom of rights” , apa yang mereka minta ialah “freedom” dari Tuhan yang sejak awal telah tentukan. Contoh, boleh pilih sendiri samada hendak jadi lelaki atau perempuan, atau separuh-separuh. Tuhan tidak boleh halang.

Jawapan yang Allah berikan dalam Al-Quran mudah saja, jika tidak rela dengan apa yang telah Allah tentukan, carilah Tuhan lain.

Sikap inilah yang telah menghumban Iblis keluar dari syurga. Iblis tidak puas hati sebab Tuhan mencipta Adam a.s. dari tanah. Seolah-olah Iblis pula yang hendak tentukan bagaimana makhluk baru tersebut perlu dicipta, bertepatan dengan seleranya. Puak Yahudi juga menjadi tercela dan terhina, sebab bila Nabi Muhammad dilahirkan dari kaum Arab, mereka tidak puas hati. Mereka hendak Rasul saw dari bangsa mereka sendiri. Sejarah kedegilan mereka sejak zaman awal lagi, ada saja yang mereka hendak protes.

Kaum nasrani juga tertipu oleh Iblis yang terus tidak puas hati manusia yang berasal dari tanah yang lebih dimuliakan. Dibisikkan supaya menaikkan “status” manusia ini ketahap “divine”, barulah ada “class” untuk disujud. Dibisikkan seolah-olah dari awal lagi memang rancangan Tuhan untuk mengirimkan “manusia divine” sebagai khalifah di bumi. Sebelum Adam as. , penduduk bumi telah memporak peranda dan menimbulkan banyak kerosakan sehingga Tuhan perlu baiki semula. Sifat dengki dan cemburu (trademark Iblis) sudah tentu tidak rela makhluk yg lebih “rendah” darinya yang nanti lebih berhasil menjadi pentadbir bumi. Iblis perlu usahakan apa yang dilakukan oleh penduduk bumi sebelumnya, akan juga dilakukan oleh manusia masa kini. Yang penting status-quo, sama-sama nanti masuk neraka.

Kelicikkan Iblis, di akhirat kelak, lepaskan diri dengan menuduh manusia itu sendiri yang bodoh, sebab diberi akal dan ilmu tapi, tetap tidak mahu berfikir dan merenung. Salah sendiri berakhir dengan nasib malang di akhirat kelak.


Tambahan dari perbincangan sebelum ini.

Analogi skrip drama tadi. Penonton yg melihat hero kena belasah, wanita kena perkosa dan kanak-kanak kena dera seolah-olah “merasakan” sakitnya sehingga memberi kesan pada emosi. “Sakit” atau “marah” yg dirasakan oleh penonton itu dikaitkan dgn pengalaman sendiri , persepsi sendiri sehingga dirasakan benar. Ia kemudian membentuk perspektif iaitu hero, wanita dan kanak-kanak dlm drama tadi menderita. Kesan dari emosi itu yang membuat ada yang menangis, ada yang naik baran, ada yang depress, ada yang terus tidak mahu menonton.

Bagi yg tdak mempunyai deria “rasa”, tak tahu apa itu “sakit” sbb tidak pernah mengalaminya, lakonan watak tadi tdk akan memberi kesan pdnya. Dia tdk melihat adanya “penderitaan”.

Seterussnya, penonton drama ternanti-nanti apakah babak seterusnya. Dlm mindanya bermain pertanyaan, apakah yg akan berlaku seterusnya. Fakulti imaginatifnya (khayalannya) membayangkan kemungkinan-kemungkinan.

Hero buat keputusan belajar "kungfu panda" dan akhirnya berjaya mengalahkan musuh-musuhnya. Wanita tadi membuat keputusan membunuh dirinya dgn terjun ke dalam sungai. Kanak-kanak tadi berakhir menjadi KL gangster. Semua ini adalah kemungkinan-kemungkinan yg difikirkan oleh penonton. Penonton sendiri tidak tahu apakah yang telah ditetapkan oleh penulis skrip. Mungkin saja penulis skrip akan membuat watak hero tadi melalui “bio-genetic transformation” mempunyi keupayaan luar biasa ala “hero transformer”. Apa pun kewujudan watak2 yang difikirkan oleh penonton tadi hanyalah kemungkinan saja (wujud mumkin) berdasarkan kepada keupayaan fakulti dalamannya.

Bagi penulis skrip, dari awal lagi telah dituliskan babak seterusnya. Menunggu masa utk dihidupkan (lakonkan). Sebagai penulis skrip dia tidak perlu menunggu “cue” dari para pendokong watak. Dia yang tetapkan terlebih dahulu. Penulis skrip juga tidak perlu menunggu response atau maklum-balas dari penonton sblm menulis babak seterusnya. Walaupun penonton tidak setuju, dia yg lebih berhak tentukan kerana dia yang menulis skrip.

Bagi pelakon yang membawa watak, mustahil lupa semuanya sekadar lakonan. Walaupun kelihatan dia begitu “sakit” tapi “sakit” itu bukanlah sebenarnya . Dia sekadar melakonkan sebaik mungkin wataknya. Selesai berlakon, dia pulang ke rumah. Tidak terjejas pun dengan lakonannya.

Pelakon yang professional tiada pula teringin membantah skrip yg diberikan. Watak yg dilakonkan adalah pilihannya sendiri ketika ditawarkan belakon. Mungkin berlaku dia lupa skrip atau dialognya yg akan mengundang masalah bagi dirinya samada kena marah atau mendapat malu.

Pelakon yang waras tidak mungkin semasa berlakon di pentas turut juga melihat apa yang dibuat oleh penonton. Contoh, dia melihat seorang penonton makan chocolate , dia pun berhenti berlakon dan minta sedikit chocolate dari penonton. Lihat penonton lain minum Cola-cola dia, pun terlupa dia sedang berlakon dan melihat penonton tersebut minum dgn penuh berselera . Apakah penilaian kita tentang pelakon begini yang begitu mudah dipengaruhi (distracted) dari peranannya? Kita sukar membayangkan perkara begini berlaku. Sebaliknya, lebih mudah kita menerima iaitu pelakon tersebut hanya tumpu kepada melaksanakan peranannya sehingga tidak sedar kehadiran penonton. Inilah yang kita puji sebagai “berjaya” menghidupkan watak.

Realitinya, dalam kehidupan, ramai yang begitu mudah distracted dari melaksanakan peranan sendiri. Melihat apa yang orang lain buat, sehingga terlupa apa yang sepatutnya dilakukan. Ada pula yang inginkan apa yang orang lain miliki dan buat, sehingga tidak sedar keadaan diri sendiri ( potensi diri).

Bagi yang “celik” yang berilmu, sedar semua yang berlaku di atas pentas itu semata-mata lakonan. Dia tdk membiarkan dirinya terjejas dengan episode-episode sedih yang ditontonnya. Dia tidak terdorong utk memenatikan akalnya memikirkan babak-babak seterusnya. Dia juga mungkin lebih suka tumpu pd tugas dan tanggung-jawabnya dari memerhatikan "development" watak-watak tersbut. Perkembangan dirinya lebih diutamakan.

Bagi yang sangat rapat dengan penulis skrip, contoh pengarah drama, ahli keluarga dan sahabat baiknya, mungkin sudah tahu plot sepenuhnya, kerana penuils skrip telah berkongsi dengan mereka. Mereka tidak dibenarkan memberi tahu orang lain. Mereka sudah tentu tertawa melihat gelagat dan response penonton. Mereka mengatakan gila bila ada penonton yg menjadi begitu tertekan. Mereka membiarkan penulis skrip menentukan apa yang sepatutnya. Mereka sekadar berdiam diri saja kerana sudah “makrifah” tentang pemikiran dan perbuatan penulis skrip.

Bagi yg jahil atau yang belum matang, ie kanak-kanak, semua yang dilihatnya dianggap sebagai betul dan benar-benar berlaku. Yang tersangat jahil (bisu, tuli dan buta), akan mmengkritik dan menyifatkannya dengan berbagai label spt “sadist”, “masochist”, zalim, kejam, dll. Yang terbawa-bawa dan penuh emosi, akan terdorong mengirim “death treat” kepada pelakon yg membawa watak pembuli.

Yang tiada dapat mengawal diri dan perasaan, terus “menyerang” TV yang menayangkan cerita hasil skrip tulisan penulis tadi. Akhirnya, yang rugi diri sendiri kerana perlu beli TV baru !

Begitulah watak-watak manusi a yang ada dalam alam ini. Bila tidak dipandu atau dibimbing, akan berakhir dengan kekeliruan. Yang ilusi diterima sebagai benar. Yang benar, tidak diketahui dan ditolak. Kehidupan sementara (atas pentas) yang diberi tumpuan sedangkan kehidupan akhirat (kampung asal) dilupakan. Masa habis “menonton” orang lain sehingga terlupa menguruskan diri sendiri.

Renungkanlah dimana kita berada. Mengapa ilmu akidah didulukan. Mengapa pencarian ilmu itu fardhu. Mengapa ilmu psikologi perlu diutamakan kerana ia membawa kepada pengenalan diri sendiri dulu serta cara berfikir, membuat keputusan yang seterusnya menghasilkan tindakan zahir.

Sumber : nota Kak Siti Fauziana.

2 comments:

  1. pheww..penggunaan analogi yg cukup baik utk menafsirkan perjalanan sebuah kehidupan,(penulis skrip dgn pelakon2x)hak Allah sbgai rabb alamin,n dmana tempat kita yg sepatutnya sebagai hambanya~tengs cik ika 4 da sharing!!!

    ReplyDelete
  2. kalu buleh like comment awk ,sy like doh,,hahah..aah sy pun terkesan dgn analogi yg digunakan...

    weh awk,,rayo2..maaf zahir batin


    Taqabbal Allahu minna wa minkum!

    ReplyDelete