Thursday, 24 November 2011

Takut

Manusia memang takut untuk berasa takut. Takut mengundang ketidak tenteraman (in a state of insecurity) kepada jiwa, emosi dll. Sebenarnya sewaktu menulis post ini sy juga berasa takut-takut kerana merasakan skill menulis sudah berkarat dan merasakan perkara yang ditulis hanyalah picisan dan tidak bersignifikasi. Sering kali bila mana mendapat daya untuk menulis, saya hanya akan merenung skrin lalu menekan butang save now dan lama kelamaan saya tidak mahu lagi menulis.Tetapi bila difikirkan semula, blog ini mmg saya jadikan utuk berkongsi rasa dan pengalaman cuma saya berasa tidak selesa apabila mereka yang membaca blog ini mengadili saya melalui penulisan.huhhu. Dan hari ini saya merasakan perlunya untuk membuang ketakutan yang remeh ini disebabkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu dirisaukan yang memberi impak besar kepada kekuatan dalaman. Ketakutan yang kecil ini sebenarnya tidaklah boleh dikaitkan dengan konsep 'takut' yang sebenar.

Pada waktu ini saya mempunyai pelbagai jenis ketakutan. Takut untuk berjalan seorang diri pada pukul 6.30 pagi setiap hari di laluan yang agak menakutkan. Takut untuk datang/terus bekerja di tempat yang kontroversi. Takut untuk mengambil keputusan berhenti dan memilih kebahagiaan daripada wang ringgit. Being away from my guiders/advisors back at Jalan Tun Razak has taken away my serenity towards life. I am here alone strive to survive in this worldly life. I am away from Muni who i can always turn to talk to. I am away from chit chatting the current issues/football with her,watching Ted talks/motivational vids etc. I am away from economics talks and its impact towards Malaysian economy. I am away from my interest in short. Alhamdulillah, I still can attend kelas Islamic psychology and kelas WISE. Alhamdulillah, I managed to go to Prof Wan's house at Bangi and also attended Prof al-Attas's lecture on Historical Fact and Fiction at CASIS, UTM.

Dalam merenung proses kejadian yang berlaku, keterasingan yang menyedihkan ini sememangnya menyakitkan. Saya merasakan mahu keluar dari belenggu ketakutan dan pergi mencari kedamaian. Damai yang dicari ada di UIA di kala bertemu sahabat-sahabat bakal-bakal faylasuf/pemikir2 kontemporari..huhuhuhu... Sarah, faiezah, Fiqah,Hanan etc... :')

Gembira mengenali kalian.

Saya sedar dan maklum takut didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti mana yang telah dijelaskan dalam al-Quran :

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan secara sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk "

(Al-Baqarah: 155-157)


"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun" - "We belong to Allah and to Him we return."


Saya sering kali lalai dari pemahaman yang sepatutnya difahami. Perhatian yang dicari ada pada-Nya. Apabila diselubungi ketakutan sy perlu mengingatkan diri akan ayat ini kerana ultimately we need to have a greater fear towards Allah s.w.t. -Allahurobbi!- He's the One that knows us best.

The tears worth it. Rough live,huh?





Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad.

No comments:

Post a Comment