Tuesday, 6 December 2011

Yang ke-23



"Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja"


Sememangnya saya dahagakan ilmu, mahu berdamping dengan mereka yang tidak lokek memberi petunjuk,faham nilai-nilai kemanusiaan dan boleh menasihati saya kala tersilap.

Perhubungan melalui alam maya telah membawa saya kepada pembentukan dalaman. Walaupun terhimpit oleh tuntutan kerja,saya berharap Allah memberikan saya saat untuk bertafakur dan menuntut. Tanpa pencucian jiwa, saya akan hanyut oleh desakan hidup dan tidak mampu melihat hikmah disebalik kejadian-kejadian yang berlaku.


Terima kasih atas ucapan-ucapan dan doa-doa yang mengharukan. Hanya Allah lah yang dapat membalasnya..

Antara ucapan/doa yg terkesan :


Happy birthday...May Allah always shower His bounty upon you. You become wiser, healthier, nicer, wealthier, more knowledgeable, happier .....both in this world and hereafter.....

Kak Ika, selamat ulang tahun. May Allah Guide you in seeking 'ilm and may you attain true happiness. Semoga sentiasa diberi kekuatan dan semangat utk meneruskan perjuangan di zaman yg amat mencabar ini. Semoga ukhuwwah yg terjalin tidak hny setakat di sini tetapi hingga kita bertemu di sana juga. Insha Allah! ♥ Oh ya, may you get that job you've been waiting for ;)

Siti Zulaikha Zulkifli : Selamat ulangtahun kelahiran Zulaikha. Semoga semangat utk berjuang terus berkobar semakin usia meningkat. Mudah-mudahan dipermudah Allah segala urusan dan diberi kebahagiaan yg berpanjangan....:)

Kak Saadiah Binte Awek Selamat Ulang Tahun buat Siti Zulaikha Zulkifli moga Allah berkati usia, diberikan kesihatan dan keceriaan, sentiasa dalam rahmat, taufiq, hidayah dan inayah Allah, diberikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat dan dikekalkan semangat perjuangan hingga mencapai kejayaan amiin ya Robbal alamiin.

Allahumma ameeeen :')

No comments:

Post a Comment