Saya jarang merancang dalam membeli buku. Selalunya saya akan masuk ke toko-toko buku langsung membeli setelah meneliti kandungannya. X pun saya akan membeli jika tertarik dengan tajuk pada kulit buku dan sedikit sinopsis di belakang. Kadang-kadang agak kecewa apabila kandungan yang diharapkan tidak menepati andaian.
Keadaan menjadi lebih teruk jika ke pesta buku kerana saya akan tertarik dengan potongan harga yang ditawarkan meskipun buku itu bukanlah satu keperluan untuk dibeli/ dibaca.
Setelah memerhatikan tren ini, saya sepertinya merasakan telah tersedar akan bagaimana mahu berbelanja secara berhemah..hhaha..padahal org lain dah lama tahu..huhu
Kepada diriku yg dikasihi, sekarang kamu perlu mengawal perbelanjaan diri. Kamu amat memerlukan buku dan diriku faham akan keperluan itu. Saban hari ,minatmu meminta sesuatu yang lebih daripada penulis buku dan itu memaksa kamu untuk berbelanja lebih dalam menghayati idea-idea yang tidak murah. Tika ini, kamu tidak begitu berdiri atas kaki sendiri dalam kewangan maka perlulah kamu merancang sebelum membeli.
Oleh itu, untuk langkah pertama...
1) Sila tgk review dekat goodreads , amazon.com sebelum membeli.
2) Buka laman Book xcess ,Kinokuniya Malaysia dan mph untuk mencari buku dan membandingkan harga
3) Untuk langkah ke-tiga, sy mungkin perlu berdoa moga-moga buku itu bermanfaat untuk dunia akhirat
4) pergi beli..heh!
Baiklah,langkah seterusnya akan difikirkan.. :)
-mahu cari buku econometrics atau statistics and math for economics...huhu
No comments:
Post a Comment