Sudah sebulan lebih berada dalam latihan. Banyak ragam meragam. Kadang-kadang tu terlalu berfikir akan ragam diri. Sewaktu seminggu bersama Cik Azrena, rasa bersemangat untuk meningkatkan kualiti diri ditambah pula dengan 'a kick' daripada Cik Ezan. GREAT. Tersedar terus untuk perbaiki akhlaq diri.heh. Sepakan lembut itu benar-benar diperlukan untuk kita lebih menghargai antara satu sama lain. We are all grown up. Lain orang, lain cara interaksinya. Realiti hidup memang begitu. Orang-orang yang kita tidak pernah fikir akan menjadi kawan kita eventually jadi kawan kita. All praise to Allah. Alhamdulillah.
Sewaktu mendaki Bukit Broga dan berdialog orang muda di Rumah Pena, saya dapat rasakan kasih sayang Allah, begitu Ar-Rahman sifatnya kerana tidak membiarkan saya dan saya rasa saya yang kurang mensyukuri nikmat-Nya...huuhuuhuu :(
Di Broga, kami ber-12 masing-masing memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk ke puncak.
Pada hujung minggu ini pula, Allah mengizinkan saya menghadiri Kuliah Prof al-Attas dan berkesempatan bertemu sahabat dari Singapura ( Kak Siti Fauziana and the gang + Hazlami and his SIM's family). Kami makan tengah malam (after 12) di Ar-Rawsha dan seterusnya menginap di hotel sebelah Menara Maybank dan sekitar kawasan Pudu.
Pada waktu tengahari, kami melawat Prof Wan di terataknya. Di sana, saya berjumpa dengan Abg Hilmi dan sempat meluah rasa mengenai working life. Heheh...
Alhamdulillah ya Allah... terasa tercerah kembali... Hari-hari di Jalan Sultan Ismail perlu digunakan sebaiknya. Sekarang masih boleh berhu-ha-hu-ha...realiti yang sebenarnya adalah sewaktu masuk jabatan nanti...baru bertemu Buku dengan Ruas..oh...oh...oh... Semoga Allah memberi kekuatan dalam menghadapi ujian

