Sunday, 24 June 2012

Menghilang

Ohhhhh...lama sungguh tidak menconteng di sini. Oh..persekitaran kita sangat mempengaruhi pembawakan diri kita.Oh dan Oh.

Sudah sebulan lebih berada dalam latihan. Banyak ragam meragam. Kadang-kadang tu terlalu berfikir akan ragam diri. Sewaktu seminggu bersama Cik Azrena, rasa bersemangat untuk meningkatkan kualiti diri ditambah pula dengan 'a kick' daripada Cik Ezan. GREAT. Tersedar terus untuk perbaiki akhlaq diri.heh. Sepakan lembut itu benar-benar diperlukan untuk kita lebih menghargai antara satu sama lain. We are all grown up. Lain orang, lain cara interaksinya. Realiti hidup memang begitu. Orang-orang yang kita tidak pernah fikir akan menjadi kawan kita eventually jadi kawan kita. All praise to Allah. Alhamdulillah.

Sewaktu mendaki Bukit Broga dan berdialog orang muda di Rumah Pena, saya dapat rasakan kasih sayang Allah, begitu Ar-Rahman sifatnya kerana tidak membiarkan saya dan saya rasa saya yang kurang mensyukuri nikmat-Nya...huuhuuhuu :(

Di Broga, kami ber-12 masing-masing memerlukan sokongan antara satu sama lain untuk ke puncak. 


                                                             Kami (dan tidak lengkap)



Di Rumah Pena, saya bertemu kembali dengan Hafiz dan Eja , kenalan yang pernah K.Nas kenalkan suatu ketika dahulu.huhuuhu..dan Hafiz  sememangnya dekat dengan Majalah Dewan Ekonomi tika ini. Saya lihat,ini peluang kerjasama :).


Pada hujung minggu ini pula, Allah mengizinkan saya menghadiri Kuliah Prof al-Attas dan berkesempatan bertemu sahabat dari Singapura ( Kak Siti Fauziana and the gang + Hazlami and his SIM's family). Kami makan tengah malam (after 12) di Ar-Rawsha dan seterusnya menginap di hotel sebelah Menara Maybank dan sekitar kawasan Pudu. 




 "Kami seperti pelajar Hogwarts!" kata Abg Husni dan ya kredit gambar ini pada abg Husni.
Total : 38 orang..



Pagi Ahad tadi saya diberi pengisian oleh Kak Siti. Masya-Allah...Allahuakhbar. Konsep Tuhan dan Agama melalui pandangan mata Islam sangat jelas dan padat penerangannya. Saya berdoa dalam hati moga-moga pemahaman yang sama (atau yg lebih baik) sampai pada jiwa itu. Kak Siti juga berkongsi pandangan mengenai nasib umat Melayu dan pergolakan Timur Tengah. Astaghfirullah, Astaghfirullah... Economic Power- Demand- New Market!. Aduh...

Saya juga sempat berbual dengan Hazlami sewaktu di Ar-Rawsha berkenaan minatnya dlm ekonomi dan wahhh...kami sekapal dan ini tidak "bedek seyh"..hehehe.. Hazlami tidak menyokong penggunaan Dinar dan saya sangat senang dengan pendirian itu kerana saya mempunyai banyak sebab untuk tidak yakin dengan Dinar dan Dirham. Tetapi kami belum lagi berdiskusi secara serius ttg hal ini. Insya-Allah, Hazlami we'll be keeping in touch in exchanging our ideas..insya-Allah.
Pada waktu tengahari, kami melawat Prof Wan di terataknya. Di sana, saya berjumpa dengan Abg Hilmi dan sempat meluah rasa mengenai working life. Heheh...


Alhamdulillah ya Allah... terasa tercerah kembali... Hari-hari di Jalan Sultan Ismail perlu digunakan sebaiknya. Sekarang masih boleh berhu-ha-hu-ha...realiti yang sebenarnya adalah sewaktu masuk jabatan nanti...baru bertemu Buku dengan Ruas..oh...oh...oh... Semoga Allah memberi kekuatan dalam menghadapi ujian


Ohhhhh yaaaaa... Terima kasih kepada Syaarani, seorang lelaki yang budiman ( X de la pula gambar beliau). Terima Kasih kerana menumpangkan dan melayan kerenah kami yang memang aktif ini... Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa awak.

No comments:

Post a Comment