Esok merupakan hari pertama di jabatan. Alhamdulillah, saya mendapat jabatan yang saya mahukan sejak menjejak kaki di situ. Saya mahu jadi berkualiti seperti beliau. Setelah 2 bulan bersama rakan-rakan baru yang sama-sama menuntut di bawah Miss Ezan , saya tidak perlu takut dengan cabaran di hadapan. Saya perlu rendah diri x kira di mana saja berada.
Katanya :
"Resmi padi perlu dijaga,
semakin ranum, berbangga tiada,
lantas dipandang selaras bicara,
ketika luaran sekadar biasa. "
Sejak kebelakangan ini, saya sedikit sibuk dengan tugasan kelas. Minggu ini terlepas makan malam bersama P-yah dan Eera untuk meraikan Husam. Tetapi Alhamdulillah, saya sempat menghadiri majlis meraikan Aisulu. Saya Sayang Kawan Saya.
Apabila bertemu kawan-kawan lama, soal kahwin mmg tak dapat lari. Ehmm...x tahu nak cakap apa. Semoga urusan dipermudah untuk kebahagian dunia dan akhirat....
No comments:
Post a Comment