Hari ini hari Malaysia.Esok cuti ganti Alhamdulillah.
Semalam, sy dan faizah menghadiri K-Fiqh di MBSA Shah Alam. Banyak input yang diperolehi. Sekarang ini menjadi tanggungjawab untuk memahami kertas kerja yang dibenarkan untuk dikongsi dengan mereka yang tidak berkesempatan untuk hadirinya.
Hari ini juga,
Saya menonton The Expendables 2 bersama Faizah. Saya sangat menyarankan untuk ditonton. Perhatikan aspek kemanusiaan yang dipamerkan. Menyentuh perasaan sungguh. Kami juga ke Kino dan Galeri Petronas.Banyak tanggungjawab yang harus digalas tetapi tidak pasti adakah kami sedar akan waktu dan tempatnya untuk bertindak??
Tika ini,
Saya terasa benar-benar mahu mendapatkan diri saya yg (saya rasa saya) kritis dahulu, yg (saya rasa saya) bersedia dgn hujah dan (saya rasa saya) peka pada perkembangan semasa. Sewaktu menghadiri saringan ke-2 pada (hujung minggu)minggu lepas, saya dapat lihat betapa ramainya yang mempunyai kepetahan kerana mereka faham dan maklum akan tajuk mereka. Tidak dinafikan ada segelintir yang berkelulusan luar negara,ada sebahagian yang mempunyai master dan boleh juga dijumpai yang tgh membuat phd, saya selaku lepasan ijazah pertama universiti dalam negara mampu berdiri seiring dan bersaing dgn mereka jika mempunyai persiapan yang cukup. Saya tidak menyesal atas apa yang berlaku. Saya rasa saya perlu mendapatkan diri saya yang hilang itu.Saya tidak perlu selalu berjumpa dengan orang yang suka lepak yang sia-sia.Saya tahu saya boleh kurangkan itu.
dan saya harap saya dapat menterjemahkan apa yang tertulis di sini dalam perbuatan seharian...
No comments:
Post a Comment