Monday, 27 April 2009

Mukaddimah

Salam diucapkan kepada anda yang melayari blog ini (sama ada secara sengaja ataupun tidak ).Ini merupakan posting pertama saya dalam ruangan Memerhati dari Jauh yang muncul dicelah-celah jutaan blog yang lain. Blog ini diwujudkan atas dasar ingin melontarkan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku disekeliling. Mungkin perkara tersebut berdasarkan pengalaman sendiri, mungkin juga dari bahan bacaan yang saya baca, dengar atau tonton seperti artikel-artikel, buku-buku, ceramah-ceramah, filem-filem, program bual bicara atau blog-blog yang lain.

Saya sedar,tidak salah untuk kita berbeza pandangan jika kita mempunyai satu tujuan iaitu untuk kebaikan ummah. Ini kerana kita perlu mempunyai pelbagai cara untuk disesuaikan dengan persekitaran setempat. Keunikan yang wujud pada setiap insan harus dikumpul dan digunakan untuk kebaikan bersama. Mungkin dengan pandangan yang saya tulis,dapat dijadikan sumber check and balance oleh sesetengah pihak. Sebarang kriktikan membina amatlah dialu-alukan.Sebagai seorang 'aku', blog ini tidak akan lari dari mem `posting’ perkara-perkara mengarut, berkemungkinan mengarut je lebih :) .

Ketika menulis blog ini,saya sememangnya baru sahaja selesai mengikuti satu program yang dianjurkan oleh 2 Mahallah di UIA selama 3 hari 2 malam bertempat di Kampung Terasil,Tanah Merah. Program “English Camp” di S.K Kulim,Gual Ipoh telah memberi peluang untuk saya mencungkil bakat dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan modul disepanjang program ini berlangsung. Saya secara peribadi agak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh Y.B cikgu Wan (baca: sebutannya ‘where’ ) dan jenteranya sepanjang di PUTIT. Beliau menunjukkan contoh yang baik sebagai seorang wakil rakyat. Beliau meluangkan masa hampir sehari sedangkan beliau boleh memilih untuk pulang terus setelah melawat mangsa kebakaran selepas merasmikan program tersebut. Pada sebelah petang, beliau tampil untuk sama-sama turut serta dalam sukaneka rakyat. Mungkin Y.B-Y.B yang lain juga melakukan perkara yang sama, tetapi tidak semua Y.B tidak merokok. Beliau tidak merokok secara terbuka di hadapan rakyat kerana saya rasa beliau sememangnya tidak merokok.Pernah juga saya mengikuti satu program di kampung Bunuhan,Tumpat dan Y.B adun di kawasan tersebut merokok di hadapan rakyat,dan meminta ´api’ pada salah seorang penduduk kampung.Y.B di Tumpat ini juga sangat mesra rakyat, tidak sombong, tetapi perbuatannya merokok di hadapan rakyat memberikan satu persepsi untuk dinilai.Saya tidak kisah jika beliau merokok (walaupun saya tidak menyukai orang yang merokok), tetapi tidak di hadapan rakyat di dalam satu majlis.

Perkara kedua yang ingin saya tuliskan di sini adalah berkenaan dengan program. Saya turut ditugaskan untuk menyelitkan modul tentang matamatik dan sains untuk para pelajar darjah 5 dan 6 .Pada hari kejadian,amat terkejut sekali apabila mendapat tahu melalui faci-faci kumpulan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti program tersebut ada yang tidak cekap membaca.Apabila baca komen dari para pelajar tentang program tersebut, memang sah perkataan mereka agk bermasalah,itu belum lagi dari segi ejaan.Hanya sebahagian kecil sahaja yang mampu menulis dengan betul,dan hanya 2,3 orang yang menulis dalam bahasa inggeris . Selain itu,melalui pengamatan saya para pelajar tersebut amat takut untuk bertanya sesuatu perkara yang tidak difahami. Itu baru melalui pendidikan yang tidak formal,bagaimana agaknya mereka di dalam kelas? Saya berpendapat,kerajaan perlu memberi fokus terhadap perkara begini.Bukannya main rombak je dasar yang ada(refer kpd PPSMI).Kementerian harus semak semula proses pengajaran dan pembelajaran para pelajar hari ini secara keseluruhannya agar ianya terus relevan.Apa yang saya maksudkan ialah,objektif 3M perlu dicapai.Walaupun telah wujud kelas pemulihan,tapi saya rasa cara untuk memastikannya betul-betul berjaya perlu disemak semula .X guna kerajaan 'come out' dgn pelbagai slogan baru kalo rakyat masih x dapat manfaat.Ini adalah pemerhatian saya secara narrowed,mungkin saya perlu buat lebih banyak pembacaan terhadap isu ini.

No comments:

Post a Comment