“Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.
Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.
Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.
Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.
Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.
JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.
Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.
Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat.
Jadikan ia pendorong dan motivasi.” (Di ambil dari blog Uzar )
Motivasi untuk diri sendiri :
Matlamat hidup adalah untuk berjaya dunia akhirat. Dunia dijadikan tempat mengumpul bekalan untuk hari akhirat kelak . Islam menuntut umatnya bekerja seolah olah kita akan hidup 100 tahun lagi dan beribadat seolah-olah kita akan mati keesokan hari. Walau dalam apa tugas sekalipun ,yang paling penting kita harus cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.
Jangan terpedaya dengan lakonan-lakonan di pentas dunia ini.Jangan mudah kalah dengan mereka yang sering mempersendakan kita.Walaupun kita kesorangan ,jangan tunduk dengan mereka.Tapi pada masa yang sama,kita jangan melakukan perkara yang dilarang seperti sombong,mengumpat atau mengunkit perkara yang tidak patut untuk kita ungkit,umpat atau sombong. Ingatlah,segala perkara yang dilakukan adalah untuk Allah.
Kita harus sentiasa ingat dan fokus terhadap objektif hidup iaitu berjaya dunia akhirat.Persoalan timbul,bagaimana untuk kita kekal fokus terhadap perkara tersebut?Bagi saya mungkin, dengan bahan bacaan yang menyampaikan khabar gembira dari negeri akhirat atau dengan berbincang sesuatu masalah, bersama orang yang dipercayai.Apa kena mengena dengan perbincangan masalah?Ini kerana persoalan-persoalan baru selalunya timbul dek masalah tersebut.Kita perlu merujuk kepada mereka yang dipercayai dapat menolong kita untuk mencari redha Allah
Di dunia,kita harus cuba untuk menjadikan diri sebagai sumber pertolongan kepada orang lain. Bentuk pertolongan boleh diberikan melalui nasihat , kajian , tunjuk ajar dan lain-lain.Walaupun orang yang ditolong belum tentu akan tolong kita di masa hadapan , kita harus ingat Allah adalah sebaik-baik Penolong.
Kepada yang ditolong,syukurlah dengan apa jua pertolongan yang diberikan.Sesungguhnya segala pertolongan datangnya dari Allah.Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih sebagai tanda syukur kepada Allah.Bagi saya, ucapan terima kasih amatlah bermakna.Wahai si penolong, janganlah kamu mengunkit-ngunkit . Mungkin ungkitan adalah perlu sebagai peringatan tetapi ungkitan dengan niat untuk memalukan atau menjatuhkan org lain haruslah dijauhi. Jika tidak berpuas hati dengan seseorang, tegurlah dengan berhemah.Tanamkan dalam diri,teguran ini adalah untuk kebaikan si dia dan aku melakukannya adalah semata-mata ingin si dia melakukan yang terbaik.
Walaupun apa yang saya coretkan disini merupakan perkara yang sudah diketahui umum ,tapi saya cukup yakin kebanyakannya hanya mengetahui dan tidak mengerti.Kepada yang mengerti,anda sememangnya mencari keredhaan Allah.Apa yang kita lakukan mungkin baik pada pandangan orang dan mungkin buruk pada pandangan yang lain. Oleh itu,carilah pujian dan kasih sayang Allah,sesungguhnya itulah yang hakiki
(walaupun agar sukar untuk mendapatkannya,tetapi berusaha dan berdoalah,I-Allah Dia akn memberikan kelapangan dada terhadap masalah yang menimpa. Anggaplah semua masalah adalah hukuman dunia terhadap dosa yang kita lakukan moga-moga kita terlepas hukuman akhirat)
Islamic Economics here i come.
No comments:
Post a Comment