Saya baru saja selesai membaca novel ini.Gembira dan syukur sangat sewaktu menjumpai novel ini ada di IIUM Library. Mana tak nya, Teater 2 Jam sebelum Sultan Alauddin syahid diracun yang saya lepaskan tahun lalu (sebab pergi tengok Moot Trial) boleh saya katakan pelengkap kisah novel ini .Apabila membaca ‘posting’ dari kak Nas dan juga dari blog Faisal Tehrani sendiri, makin teruja untuk saya mengetahui riwayat hidup Sultan Alauddin Riayat Syah.(Diingatkan di sini, saya x tahu sgt pasal sastera ni,komen2 di bawah adalah pandangan peribadi sahaja,sebarang kritikan membina amatlah dialu-alukan )
1.Apabila bc novel ni,membuatkan saya mengagumi bahasa melayu klasik,rasa (rasa je?) nak baca balik novel Bukan Legasi Lalang (bukan karya FT) dan 1515 . Kagum kita dengan kecantikkan Bahasa Melayu.Terfikir juga,bagaimana ia tidak digunakan lagi.Hu2..
2.Dlm setiap novel FT,pasti wujud kelainan yang ditonjolkan.Beliau akn menampilkan hasil dari kajiannya beserta dalil-dalil (ayat-ayat al-Quran atau hadith2) untuk dicerna oleh pembaca. Pada kali ini, saya dapat merasai ketaatan Sultan Alauddin dalam menegakkan Islam dalam pemerintahan baginda.Baginda juga begitu cintakan ilmu dan bencikan pembaziran dan ketidakadilan. Wasiat Sultan Mansur kpd Raja Husain-Sabda nabi : Segala kamu yang membela lagi ditanyai daripada kebelaan kamu
3. Sebenarnya,saya rasa masalah yang dihadapi oleh Sultan Alauddin masih wujud lagi pada hari ini. Mungkin jalan penyelesiaannya bisa saja diambil dari buku ini.
4.Ada satu bahagian yang saya x berapa faham,
“Adapun lembu betina x terbawa muatan lebih.Kita ingin ingatkan di istana Melaka ramai sekali perempuan yang pandai sendiri.Hendaknya anakanda kelak x membiarkan perempuan membawa muatan .Meskipun ada 2 ekor.Bukan kita menyamakan perempuan dgn lembu betina tetapi kita ingin ingatkan bhw biarlah yang duduk di tempatnya perkara yg sesuai dan serasi dan bukan perkara yang salah.Ia hanya umpama.Lembu betina x dapat menarik kereta kerana sudah ditugaskan Allah kerjanya lain.Lembu jantan dpt menarik kereta kerana sudah disediakan kerjanya sebegitu rupa,”
Begitu dalam sekali maksudnya kot,tapi saya masih mencari-cari jwpannya. Adakah ia ditujukan kepada ke-2,2 isteri baginda ?Jika ya,adakah yg selebihnya itu merujuk kpd pembahagian tugas perempuan dan lelaki?Oh mungkin saya tidak mengerti pembahagian tugas2 dgn lebih jitu kot (hem..kena bnyk baca lagi ni..)
5. Masih lagi mencari kebenaran dan cuba untuk ‘preserve’ yang dah dijumpai.
Sekian.
No comments:
Post a Comment