Thursday, 28 May 2009

Coretan

Walaupun sekarang saya tidak lagi (dikalangan kwn2 je esp waktu skolah dulu..ha2) boleh dikategorikan sbgai peminat setia bola sepak (dalam mahu pun luar),tetapi sesekali mengikuti perkembangan pasukan yang diminati dahulu dapat menarik kembali aura untuk menjadi penyokong.Semalam, apabila membaca berita mengenai kemenangan pasukan Wira Merah,diri ini terasa untuk mengucapkan sekalung tahniah setelah 5 kali berturut2 kalah, akhirnya menang menentang pasukan K.L Plus (1-0).Sudah tentu ore klate merasakan kemenangan ini sebagai 'wat obat' (pengubat) untuk terus menyokong dan memberi tumpuan kpd perlawanan yang seterusnya.Walaubagaimanapun ,ini tidak bererti,apabila kalah tiada sokongan diberikan tetapi dia punya degree tu turun lar (dalam bahasa mudah).Mana tak nya ,hari tu dpt jadi naib juara Piala FA 2009 tapi sekarang jatuh merudum di Liga Super dgn berada pada tangga ke-6.Pilu jugok penyokong de (bc: there) jadi lagu nih.Tamboh2 denga kes hukume ari tu, denga halatuju pasuke, hok masih x tahu kok mano lagi. Oleh yang demikian, kemenangan ini bkn sahaja pengubat kpd peminat malah diharapkan dpt menaikkan semangat para pemain dan En. Butler untuk terus tampil dgn aksi lebih cemerlang seperti mana yang dipersembahkan ketika Piala FA hari tu . Selamat Maju Jaya~ore klate akn terus mnyokong kok mano2 pun.


Lagi cerita pasal negeriku, tanah serendah sekebun bunga . Saya sememangnya tak tahu sangat pasal sastera2 ni tapi kat sini,saya nak kongsi penemuan (cam experiment plak) dalam Cerpen 'Wadah' karya Ramli Abdul Halim.* Penulis cerpen ini telah menarik perhatian saya melalui penggunaan perkataan yang ada dalam dialek Kelantan dalam penceritaannya (bukan dalam bentuk dialog).Sungguh x sangka sekiranya perkataan tersebut benar2 ada dalam Kamus Dewan (saya pun x check lagi hu2) maka kayo jugok loghat Kelate nih .Antara perkataan yang jarang ditemui dalam cerpen2 @ novel2 lain adalah gemulah,bengkeng,cerlung dan juga tergohong.Gemulah dalam loghat Kelantan bermaksud arwah,bengkeng pula bererti garang,cerlung pula merujuk kepada keadaan mata yang besar terjadi apabila marah kot,dan tergohong bermakna terbuka kot(bc: saya tak pasti sbb pernah dengar tapi tak guna@ x pernah guna).
Ini kali pertama saya baca karya beliau dan memang menyerlah kualitinya (setanding karya FT) apabila beliau mengaitkan permainan wau sebagai aktiviti dakwah.Berdakwah bagi Seli (watak dalam cerita) tidak semestinya di masjid etc tapi dapat dilakukan dgn apa saja wadah.Cerpen ini turut menerangkan sedikit sejarah mengenai Wau Bulan.Mengikut cerpen tersebut , Sanjaya merupakan orang Melayu pertama yang berjaya belayar menyeberangi lautan Hindi sehingga ke selatan benua afrika dan pernah singgah di Baghdad mengadap Khalifah Bani Abbasiyyah,al-Amin b Harun al-Rasyid telah menggunakan Wau Bulan sebagai lambang Nusantara atau al-Jawiyyun.Seli (si ulat buku) telah menamakan waunya dgn nama Sanjaya untuk mengingati sejarah wau bulan.Menurut cerpen ini lagi,Sanjaya merupakan cucu kepada raja Kelantan pada waktu itu sebelum kedatangan Islam.Saya pun tak tahu sejauh mana kebenaran sejarah tersebut tapi nilai yang dapat diambil dari cerpen ini cukup banyakMelalui pengamatan, saya nampak wujudnya peranan seni sebagai medium untuk mendidik masyarakat.Tapi apa yang sedihnya,saya lihat kebanyakan filem2 Melayu gagal dalam memainkan peranan tersebut.
Ada filem ditayangkan pada hari2 kebesaran umat Islam (kategori filem Islam Hadhari ) di mana dgn nyata jalan ceritanya tidak mempromosikan ajaran Islam yang sebenar.Ada juga filem arahan orang kita (ceritanya dalam bahasa inggeris) yang cuba mempropogandakan ajaran Islam.Bila tengok kat T.V diorang mesti cakap para penonton bijak menilai yang mana baik yang mana buruk. Ada satu filem lagi dgn tema jangan pilih jalan hitam, pengarahnya nya boleh pulak cakap tujuan dia buat filem tu untuk tunjuk kat mak bapak bagaimana cara hidup bdk2 bohsia ni.Tak terfikirkah dia, mak bapak mana yang nak masuk wayang tengok cerita macam tu.Bagi saya,x semua penonton yang faham ajaran Islam yang sebenar (yang faham + laksana apa Islam suruh & larang). Berkemungkinan, producer dan juga pelakon pun sebenarnya x faham.Mungkin bagi mereka Islam tu hanya pada mengucap,percaya rukun iman dan buat rukun Islam.Iya,itu benar tapi untuk menjadikan kita seorang Muslim yang mengaku hamba kepada Allah,Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad rasul terakhir @ dgn erti kata lain untuk menjadikan kita sebagai Muslim yang baik,kita kena ikut apa yang Islam perintah.Islam suruh Muslim kena hdp berlandaskan Quran dan Sunnah.Kita kena buat apa yang Quran suruh dan tinggal apa yang Quran larang.Quran suruh tutup aurat dgn cara yang betul,kita kena tutup seperti yang diminta,Islam melarang untuk kita bercampur- gaul @ bersuka ria @ berseronok tanpa batasan lelaki dan perempuan,kita bergaul dengan cara yang dibenarkan.
Pada masa yang sama juga,kita tak boleh tolak sunnah.Datangnya sunnah adalah untuk facilitate apa yang tidak diterangkan dalam Quran.Sunnah datang untuk membolehkan ajaran Islam tu sesuai diamalkan dalam kehidupan sebenar.Oleh yang demikian,saya harap para pengarah Islam dapat menghasilkan karya2 yang dapat mendidik masyarakat mengenali kecantikan Islam dan jati diri budaya Malaysia itu sendiri.Kata nak 1Malaysia,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Kalau suara rakyat tak nak didengar,maka akan berulang kembali Tsunami PRU 12.Kerajaan kalau boleh letaklah garis panduan kepada media mengikut acuan bangsa Malaysia bertunjangkan agama rasmi kita iaitu Islam.Apa salahnya para pengarah Islam mengadaptasi cerita2 dalam novel2 @ cerpen2 Islami,cnthnya lakonkan balik cerita Nama Beta Sultan Alauddin ke...walaupun ada sesetengah karya yang mencetuskan kontroversi di dalam negara tetapi diiktiraf oleh negara luar dgn menggondol pelbagai anugerah,tu semua percaturan barat.Sama dgn kes Salman Rushdie,dah terang lagi bersuluh dia hina Nabi Muhammad s.a.w tapi ada negara tu sokong dia siap bagi perlindungan lagi.
Walaupun saya bukan dari sekolah agama,tulis jawi pun merangkak,bahasa arab pun hanya blajar level 1(required 4 economics student pulak tu time kat cenfos),tapi saya berani untuk berkata begini berdasarkan apa yang dipelajari disepanjang berada di UIA amnya dan Kuliyyah of Economic and Management Science khususnya.Saya juga nak menjelaskan,entri ini bukan dipublish untuk menunjukkan 'baik'nya saya dan 'jahat'nya mereka bukan.Saya sendiri mempunyai banyak kelemahan dan banyak kesilapan tapi saya juga cuba untuk back to the root jika sedar diri ini telah menentang arah.Cuba untuk mempertingkatkan amalan agar dapat dekat dengan our beloved Prophet (peace be upon him) di syurga nanti.Jika saya melakukan perkara yang salah di sisi agama,tegurlah saya,bimbinglah saya.Entri ini bukan juga diwujudkan untuk menghentam sesiapa tapi untuk memberi peringatan kepada diri sendiri jua .Teguran ini merupakan luahan rasa untuk mengajak masyarakat (ummah) membuka mata ,membuka minda untuk betul2 faham Islam bagi mereka yang tak faham @ buat2 fhm supaya selamat time perbicaraan di Masyar kelak.Ingin saya tekankan disini,tiada paksaan di dalam beragama,sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah (al-Baqarah).
Media yang menyediakan hiburan mengikut acuan barat menyumbang pengaruh yang besar kepada gejala sosial wujud pada hari ini.Saya tertarik dengan satu kenyataan oleh Dr.Ary(majalah i,bil 79,Mei 2009),dia cakap media hanya mengikut permintaan masyarakat,bad news is a good news. Di sini saya nak bangkitkan satu persoalan kpd media ,kalau dah tahu perkara yang diminta tu tak elok,knapa ikut?Kalau nak untung pun ,fikirlah maslahah (public interest) masyarakat.Dr Ary menambah, media terlalu banyak mempromosikan kebahagiaan fizikal berbanding sisi kemanusiaan dan spiritualyang lebih diperlukan.Saya setuju sangat.
Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini saya lihat banyak pendekatan ke arah Islami yang ditonjolkan(walaupun terpaksa ambil bahan dari negara jiran),which is a good sign la.Saya harap media x mudah jemu ke arah tersebut.Islam adalah satu cara hidup dan kalau tak laksanakan seperti yang dituntut,kita juga merana.(mcm kisah kereta lembu dgn Sultan Alauddin). Apa2 yang Allah dah suruh kita buat adalah untuk kebaikan diri dan ummah juga sebab dia adalah The Absolute Creator yang tahu mana buruk dan baik untuk para hamba-Nya.Oleh itu,kepada mereka yang berkenaan kalau2 terbaca entri ini buatlah tindakan sewajarnya untuk kebaikan bersama.Selamat Maju Jaya juga untuk kita semua.Wallahua’lam.

*Warna Perang~ koleksi karya2 pemenang Hadiah Sastera 2006

Sunday, 17 May 2009

Nama Beta Sultan Alauddin

Saya baru saja selesai membaca novel ini.Gembira dan syukur sangat sewaktu menjumpai novel ini ada di IIUM Library. Mana tak nya, Teater 2 Jam sebelum Sultan Alauddin syahid diracun yang saya lepaskan tahun lalu (sebab pergi tengok Moot Trial) boleh saya katakan pelengkap kisah novel ini .Apabila membaca ‘posting’ dari kak Nas dan juga dari blog Faisal Tehrani sendiri, makin teruja untuk saya mengetahui riwayat hidup Sultan Alauddin Riayat Syah.

(Diingatkan di sini, saya x tahu sgt pasal sastera ni,komen2 di bawah adalah pandangan peribadi sahaja,sebarang kritikan membina amatlah dialu-alukan )

1.Apabila bc novel ni,membuatkan saya mengagumi bahasa melayu klasik,rasa (rasa je?) nak baca balik novel Bukan Legasi Lalang (bukan karya FT) dan 1515 . Kagum kita dengan kecantikkan Bahasa Melayu.Terfikir juga,bagaimana ia tidak digunakan lagi.Hu2..

2.Dlm setiap novel FT,pasti wujud kelainan yang ditonjolkan.Beliau akn menampilkan hasil dari kajiannya beserta dalil-dalil (ayat-ayat al-Quran atau hadith2) untuk dicerna oleh pembaca. Pada kali ini, saya dapat merasai ketaatan Sultan Alauddin dalam menegakkan Islam dalam pemerintahan baginda.Baginda juga begitu cintakan ilmu dan bencikan pembaziran dan ketidakadilan. Wasiat Sultan Mansur kpd Raja Husain-Sabda nabi : Segala kamu yang membela lagi ditanyai daripada kebelaan kamu

3. Sebenarnya,saya rasa masalah yang dihadapi oleh Sultan Alauddin masih wujud lagi pada hari ini. Mungkin jalan penyelesiaannya bisa saja diambil dari buku ini.

4.Ada satu bahagian yang saya x berapa faham,

“Adapun lembu betina x terbawa muatan lebih.Kita ingin ingatkan di istana Melaka ramai sekali perempuan yang pandai sendiri.Hendaknya anakanda kelak x membiarkan perempuan membawa muatan .Meskipun ada 2 ekor.Bukan kita menyamakan perempuan dgn lembu betina tetapi kita ingin ingatkan bhw biarlah yang duduk di tempatnya perkara yg sesuai dan serasi dan bukan perkara yang salah.Ia hanya umpama.Lembu betina x dapat menarik kereta kerana sudah ditugaskan Allah kerjanya lain.Lembu jantan dpt menarik kereta kerana sudah disediakan kerjanya sebegitu rupa,”

Begitu dalam sekali maksudnya kot,tapi saya masih mencari-cari jwpannya. Adakah ia ditujukan kepada ke-2,2 isteri baginda ?Jika ya,adakah yg selebihnya itu merujuk kpd pembahagian tugas perempuan dan lelaki?Oh mungkin saya tidak mengerti pembahagian tugas2 dgn lebih jitu kot (hem..kena bnyk baca lagi ni..)

5. Masih lagi mencari kebenaran dan cuba untuk ‘preserve’ yang dah dijumpai.

Sekian.

Sunday, 10 May 2009

Happy Mother's Day

Al-Fatihah



Munirah Muhamad

(5.1.1964 - 30.11.2008)


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabtku kau tmn sejati

Tulus ikhlas mu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau shbtku kau teman sejati

Sudah ditakdir kau pergi dulu
Disaat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

Ya Allah...tempatkan nya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat untuk hambaMu
Sahabatku akan kuteruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada disisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih dijasad hidup diteruskan
Sedih rasa takdir ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga aman dan bahgia dikau disana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga disana kau bersama para solihin
Kau shbtku kau teman sejati

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabtku kau tmn sejati



By : Hijjaz
“Kau Sahabat Kau Teman”

Thursday, 7 May 2009

Bila akal ini berfikir

“Jadilah dan kejarlah redha dan pahala untuk kehidupan selepas kematian. Rancanglah dan fikirlah.

Jangan jadikan pujian manusia sebagai motivasi unggul kerana ia akan mencelamu dikemudian hari.

Jangan jadikan duit sebagai motivasi unggul kerana ia akan hilang dan habis.

Jangan jadikan pangkat sebagai motivasi unggul, kerana ia juga akan tamat dan dihasadi.

Jangan jadikan keluarga sebagai motivasi unggul, kerana ia akan mati jua.

JADIKAN ALLAH, RASULNYA DAN SYURGA YANG DIJANJIKANNYA SEBAGAI MOTIVASI, NESCAYA ALLAH TIDAK AKAN MATI DAN JANJINYA TIDAK AKAN MENGECEWAKAN.

Membiarkan orang lain sahaja yang bermotivasi dalam memperolehi pahala bukanlah sifat orang beriman.

Jangan biarkan kata-kata negatif orang terhadap sesuatu yang baik untuk akhirat anda, membantutkan semangat.

Jadikan ia pendorong dan motivasi.” (Di ambil dari blog Uzar )

Motivasi untuk diri sendiri :

Matlamat hidup adalah untuk berjaya dunia akhirat. Dunia dijadikan tempat mengumpul bekalan untuk hari akhirat kelak . Islam menuntut umatnya bekerja seolah olah kita akan hidup 100 tahun lagi dan beribadat seolah-olah kita akan mati keesokan hari. Walau dalam apa tugas sekalipun ,yang paling penting kita harus cuba sedaya upaya untuk buat yang terbaik.

Jangan terpedaya dengan lakonan-lakonan di pentas dunia ini.Jangan mudah kalah dengan mereka yang sering mempersendakan kita.Walaupun kita kesorangan ,jangan tunduk dengan mereka.Tapi pada masa yang sama,kita jangan melakukan perkara yang dilarang seperti sombong,mengumpat atau mengunkit perkara yang tidak patut untuk kita ungkit,umpat atau sombong. Ingatlah,segala perkara yang dilakukan adalah untuk Allah.

Kita harus sentiasa ingat dan fokus terhadap objektif hidup iaitu berjaya dunia akhirat.Persoalan timbul,bagaimana untuk kita kekal fokus terhadap perkara tersebut?Bagi saya mungkin, dengan bahan bacaan yang menyampaikan khabar gembira dari negeri akhirat atau dengan berbincang sesuatu masalah, bersama orang yang dipercayai.Apa kena mengena dengan perbincangan masalah?Ini kerana persoalan-persoalan baru selalunya timbul dek masalah tersebut.Kita perlu merujuk kepada mereka yang dipercayai dapat menolong kita untuk mencari redha Allah

Di dunia,kita harus cuba untuk menjadikan diri sebagai sumber pertolongan kepada orang lain. Bentuk pertolongan boleh diberikan melalui nasihat , kajian , tunjuk ajar dan lain-lain.Walaupun orang yang ditolong belum tentu akan tolong kita di masa hadapan , kita harus ingat Allah adalah sebaik-baik Penolong.

Kepada yang ditolong,syukurlah dengan apa jua pertolongan yang diberikan.Sesungguhnya segala pertolongan datangnya dari Allah.Jangan lupa untuk mengucapkan terima kasih sebagai tanda syukur kepada Allah.Bagi saya, ucapan terima kasih amatlah bermakna.Wahai si penolong, janganlah kamu mengunkit-ngunkit . Mungkin ungkitan adalah perlu sebagai peringatan tetapi ungkitan dengan niat untuk memalukan atau menjatuhkan org lain haruslah dijauhi. Jika tidak berpuas hati dengan seseorang, tegurlah dengan berhemah.Tanamkan dalam diri,teguran ini adalah untuk kebaikan si dia dan aku melakukannya adalah semata-mata ingin si dia melakukan yang terbaik.

Walaupun apa yang saya coretkan disini merupakan perkara yang sudah diketahui umum ,tapi saya cukup yakin kebanyakannya hanya mengetahui dan tidak mengerti.Kepada yang mengerti,anda sememangnya mencari keredhaan Allah.Apa yang kita lakukan mungkin baik pada pandangan orang dan mungkin buruk pada pandangan yang lain. Oleh itu,carilah pujian dan kasih sayang Allah,sesungguhnya itulah yang hakiki
(walaupun agar sukar untuk mendapatkannya,tetapi berusaha dan berdoalah,I-Allah Dia akn memberikan kelapangan dada terhadap masalah yang menimpa. Anggaplah semua masalah adalah hukuman dunia terhadap dosa yang kita lakukan moga-moga kita terlepas hukuman akhirat)

Islamic Economics here i come.