Wahai diri,
Tidak semua orang mampu faham apa yang kita bawa
Kadang2 orang boleh tersalah anggap dan menyalah tafsir akan tujuan kita
Jangan mudah menyerah,
istiqamah dan sabar...itu kata kuncinya
mmg menyakitkan tapi
pasti ada rahsia disebaliknya...
tugas kita memaknakan rahsia
walaupun itu adalah satu proses yg panjang
yakinlah..janji Allah itu pasti...
Islam pasti Kembali Gemilang
1) Sesuatu perkara tidak akn berlaku sebelum masanya
2) "Islam datang untuk menerang bukan berperang"
- Haji Hadi,Muzakarah Intelektual "God bukan Allah",2010
~Mestica,Kembali Gemilang
Tanah dijarah bumi berkuah darah
Kitab dihancur senjatanya dilebur
Istana diroboh maruah diceroboh
Islam seakan terkubur selamanya
Pun begitu kenangan tetap menyala
Pada sisa Rom Parsi yang masih nostalgia
Pada kemeriahan terus dipuja
Darah dan keringat mengumpul semangat
Ketulusannya (pernah) menjulang dunia
Keadilannya (pernah) jua dinikmati
Islam pernah merentasi samudera
Menjejaki benua ke benua
Demi menawarkan sejahtera
Bagaikan air mengalir ke muara
Bagai angin menyisir tanpa henti
Islam tetap kan membara di jiwa
Buat umat di serata dunia
Dulu kini selama-lamanya
Islam bukan pada harta
Bukan jua pada senjatanya
Tapi pada iman di jiwa
Taqwa sebagai perisainya
Menghuni di jiwa penganutnya
Tak kan padam sampai bila-bila
Pasti Islam kan bangun semula
Dengan wajah di celahan hiba
Senyuman kan terukir kembali
Kerna janji sejak bermula
Tidak kan padam cahaya Ilahi
Walau dirantai seribu tirani
Walau dibelenggu seribu tragedi
Islam pasti agung kembali
~moga Allah Merahmati hidup kita semua
suka menjadi biasa-biasa sahaja,
ReplyDeletetapi takut biasa-biasa itu hanyalah buih-buih ombak
Nuruddin @ hidup biar bermakna, terima kasih sudi ziarah..:)
ReplyDeletebuih2 ombak awak yg mampu merubah pantai,mampu menerangkan kpd mereka yang mencari,,teruskan menulis..makin mantap..