Sunday, 21 February 2010

Perempuan Politikus Melayu- FT

Baru menghabiskan novel ini dalam masa lebih kurang 2 hari. Novel ini agak menggerunkan tetapi sangat membuka mata. Sy sgt bersetuju dgn komen-komen yg ada pada belakang novel, antaranya :

"Rejected by mainstream publishers, Perempuan Politikus Melayu equates politicians to prostitutes, and brands them as people with sense of fair play,justice or compassion"-Dr Zakaria Ali (Notes on Local Literature, nature,NST)

"Tidak syak lagi ,sejauh ini,suaranya,suara menentang yg cuba mencari kewarasan setiap perkara yang sedang berlaku diseputarnya" - SN Dato' A. Samad Said ( Dewan Sastera November 2001 )

Walaupun karya FT yang ini x begitu Islamik berbanding karya-karyanya sekarang
(Btw, bagaimana nak islamik,dah cerita pasal pelacur...
huhuu...
jgn dilupa, karakter Haji Chenon yg membw msj kebenaran)
tetapi, sebagai pembaca setia tulisan-tulisan FT, anda mampu memahami atau merasai evolusi pendekatan yang dilakukan.


Sarat dengan sindiran pastinya.FT juga turut memberi penyelesaian pada masalah yg ditimbulkan saya kira, jika kita melihat pada kenyatan di bawah :

"Hidup siapa yang tak meniru?
Tidak ada manusia yang hidup tulen tanpa ada petunjuk untuk ditiru"


Jenny, a profound prostitute juga sangat profound dlm meniru. Dia meniru karya-karya pelukis agung walaupun dia sendiri mmg pandai melukis dan mutu lukisan juga amat bernilai jika dia tidak meniru(meniru lukisan Manolisa dan sengaja memaniskan sedikit senyuman monalisa). Dan ,kita x blh menyalahkan Jenny kerana dia sememangnya menghadapi konflik identiti. Kalau kita nak kaitkan dengan hidup masing2, Islam sudah membawa model untuk diikuti.Begitu juga dengan ahli politik.X kan tak tahu kisah kepimpinan rasullulah dan para sahabat????hmmm..
Bagi saya,model sudah ada tapi seperti yg dikatakan oleh Sulap teman Irfan (watak2 dlm novel) berkenaan buku yg dibaca, Islamization of Knowledge karya Dr. Ismail Farouqi:

"the muslim who claims commitment to nationalism is either a munafiq (hypocrite), a zindiq (atheist) dan bla..bla..bla.."

sebab kalau kita tgk majoriti negara-negara Islam sekarang, mundur dan lemah. Banyak korupsi. Kekayaan negara bertumpu kpd beberapa tangan sahaja,(hanya mampu memberitahu secara general,angka2 sokongan perlu saya dapatkan melalui subjek Economic Devolopment,jika ada permintaan)

Sedang memikirkan idea " kita x tengok siapa yang benar, kita tengok apa yang benar"... adakah bermaksud, x kisah lah orang tu syiah ke, wahabbi ke kalau terdapat kebenaran dengan apa yang dibawa, kita harus meraikannya...begitu? mungkin...oh ya ,sebab kata FT juga, selagi mana akal ada pada manusia selagi itu kita akan berbeza sebab semua orang akan mentafsir mengikut sudut pandang masing-masing...oleh itu kita tengok apa yang benar bukan siapa yang benar...tapi saya rasa peri penting juga melihat siapa yang membawa kebenaran tu cuma hujah untuk itu, saya x berapa nampak lagi kekuatan di situ untuk outweigh premise di atas. Dan, bolehkah,melalui pemahaman sy, kalau kita nak mengundi,kita kena tgk orang dan bukan parti sebab 'siapa' di sini adalah parti dan 'apa' di sini adalah orang...kita x tgk parti mana yang benar tapi kita tgk apakah yang diperjuangkan oleh orang parti...bolehkah ditafsirkan begitu????

Ada lagi satu ayat 'power' yg FT bawakan:
"Allah menganugerahkan istidraj kpd org fasik supaya mereka terus fasik.Pemimpin jahat akan terus diberi kemudahan berbuat jahat supaya mereka terus gila dgn kejahatan.Azab ditangguh dahulu,mereka pun asyik dan seronok berbuat jahat.Inilah pemimpin serupa firaun.Dan hati mereka tertutup,tempat mereka dalam kawah bernyala, kalau dikasihani Allah, dan iya, Dia tu Maha Pengasih, barangkali tidak apa-apa..."

istidraj? nak kena rujuk mereka2 yang tahu...

Bercakap pasal pemimpin...Pemimpin akan disoal ttg org yg dipimpin di akhirat kelak. Pemimpin ni bukan setakat pemerintah negara,ketua-ketua jabatan,ibu-ibu dan ayah-ayah sahaja tetapi termasuklah pengerusi-pengerusi kelab,mahallah,persatuan dan seangkatan dengannya. Misi semua orang Islam adalah sebagai khalifah di muka bumi dan hamba kepada Allah Taala maknanya kita hidup perlu berlandaskan konsep tauhidik. Kalau memimpin, pimpin dengan tauhid x kira apa misi dan visi sesuatu persatuan itu bawa. Kalau tidak, kita akan dilabel tidak menjalankan amanah Allah.Kalau setakat pegang jawatan untuk dipandang hebat,popular atau untuk mem'poyo'kan diri..Hmmm tepuk dada tanya Iman. Ramai yang sedar dan saya pun sedar...dan masalah timbul apabila orang yg dipimpin tidak mahu mengikut pemimpin. Pemimpin pun terdiam dan sekadar memerhati.Mungkin ini yang dinamakan memaknakan rahsia.Menegakkan ma'ruf,mencegah mungkar dan beriman kpd Allah.

Ya Allah,moga diberi kekuatan dah petunjuk...ingatkanlah kami apa yang kami lupa dari al-Quran...jgnlah hukum kami Ya Allah sekiranya kami terlupa atau tersilap...

Kpd sahabat-sahabat, sekiranya saya terlupa,ingatkanlah saya juga...sungguh risau jika kata-kata tidak selari dengan tindakan...Na'uzubillahiminzalik....


Benarlah, tugas memimpin itu bukan mudah...setiap org pemimpin kpd diri sendiri...sbb tu semua org akn disoal bermula dari alam barzakh hingga hari pembalasan...

~sama2 kita mengikis noda2 dihati....

No comments:

Post a Comment