Thursday, 3 June 2010

Baling batu, sembunyi tangan!

Semua orang bertangungjawab terhadap apa yang diperkatakan.
Kalau mahu berdebat dahulukan hujah.


Apabila berhujah pastikan faham dan maklum tentang topik,
jangan main tibai saja...
Kalau tibai berprinsip tak apa, ni tibai setibai-tibainya!
Habis.Memang baling batu sembunyi tangan
(jenayah nanti pada ilmu dan adap)


Kebebasan berfikir???
tunjuk tangan tu...
main betul-betul dalam gelanggang
Pandai serang,berani bertahan
jangan mudah dibolos lawan
bila ditawan,
Nah,fikir sendirilah tuan-tuan...


Raja Ali Haji, Gurindam 12 :

Fasal tujuh, rangkap tiga

apabila kita kurang siasat
itulah pekerjaan hendak sesat

Fasal lapan, rangkap tujuh

keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka

Fasal sembilan, rangkap enam dan tujuh

adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat

jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan menjadi seteru

Fasal 11, rangkap empat

hendak marah
dahulukan hujjah

Fasal 12 , rangkap empat,lima ,enam dan tujuh

Kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu

hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai

ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti

akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta

No comments:

Post a Comment