Eh?

Rupanya ada Behlul(tengah) kat situ.Bekas rakan sekelas,
pelajar ICT yang berasal dari Kosovo (kalau tidak salah)
Hari ini yang pertama dan alhamdulillah puas.Mendengar banyak suara dan bersuara.Tiada keganasan berlaku.
Berasa gerun apabila melalui di hadapan 'mereka' yang berbaju merah dan biru.Terbayangkan komando Israel turun dari helikopter , melepaskan tembakan dan menyerang Freedom Flotilla di perairan antarabangsa.Satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Inilah kali pertama saya mendapat kebenaran (baca: green light) untuk menyertainya dan alhamdulillah Allah permudah urusan kesertaan tersebut.
Saya sedar risiko tersembunyi (baca : implicit risk) dengan menyertainya tadi.Tetapi,dengan izin Allah saya nekadkan diri.Mudah-mudahan pengalaman ini dapat memberanikan saya berhadapan dengan musuh sebenar dan memberi peringatan untuk berhati-hati dalam setiap tindakan.Saya jemu dengan mereka yang tidak bersungguh dan main-main.Saya melihat kesungguhan seseorang itu apabila dia betul-betul berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah dan kembali kepada landasan yang betul apabila tersasar.Saya jemu dengan cakap-cakap kosong.Saya jemu dengan mereka yang memaksa dan membuatkan saya menerimanya kerana berada dalam keadaan terpaksa.Saya jemu dengan kritikan tanpa selidikan. Saya jemu dengan kritikan tanpa bimbingan dan apabila sudah tahu salah tidak pula mahu minta maaf. Saya jemu dengan mereka yang menghukum sesuatu disebabkan satu kenyataan yang tidak mereka fahami.
Saya takut kejemuan-kejemuan itu berbalik semula kepada saya.
Saya takut belajar tanpa beramal
Saya takut tindakan yang tidak selari dengan kata-kata
Saya takut berjalan pada waktu malam
dan saya takut anjing.
Saya tahu
Allah = Yang Senantiasa Hidup,Maha Menyegera, juga Maha Menangguh
Saya juga tahu
Allah Maha Pencegah,Yang Mendatangkan Mudarat juga Yang Memberi Manfaat
Maklum, Allah-lah
Yang Pemakbul,
Allah juga Menerima Taubat
dan Allah Maha Menghukum
Ya Allah,Tuhan sekalian 'alam
ampuni dosa-dosaku...
ku ingin menjadi Nasraallah
ku ingin hidup dan mati kerana-Mu
permudahkan urusan harianku
permudahkan kefahamanku
tambahkanlah ilmuku
berkatilah ilmuku yang sedikit ini
golongkan aku bersama mereka yang sering membesarkan-Mu
permudahkan urusanku,permudahkan urusanku Ya Allah
berilah hidayah dan petunjuk-Mu dalam menjalani kehidupan
Ya Allah aku ingin menjadi Nasrallah
ku mahukan perpaduan seluruh ummah
mahu melihat kehancuran musuh-musuh-Mu
mahukan ukhuwah Islamiyyah
mahu berguru dengan al-Ghazali,bertanya pada Jalaludin Rumi, juga mahu belajar dengan guru kepada semua guru iaitu Nabi Muhammad s.a.w.
Ya Allah permudahkanlah urusanku....
Moga diberi hikmah.








No comments:
Post a Comment