Tidak tahu bagaimana saya harus memulakan entri ini.Banyak perkara yang berlegar-legar di kepala.Entri-entri yang bersifat gambar sebelum ini sebenarnya banyak menerangkan apa yang sedang saya rasakan.Rencah kehidupan yang bersifat pahit dan manis kadang-kadang amat menduga keimanan saya.Sabar+doa..ya, itulah yang diajar!Ya Allah, mohon diberi bimbingan.
Tidak saya sangka, setiap persoalan mempunyai jawapan yang saling berkaitan.Jawapannya akan makin jelas, jika kita mencari.Pernah saya terus-menerus membeli majalah Mellenia Muslim dan lain-lain bahan bacaan untuk cuba merungkai persoalan.Sangka saya ianya sudah terjawab.Tetapi apabila makin banyak pembacaan dilakukan makin banyak perkara2 baru dan makin banyak persoalan2 muncul.
Pada detik ini saya boleh katakan : tidak saya sangka seringkas-ringkas jawapan kepada permasalahan yang ada sekarang adalah disebabkan pemisahan agama dengan kehidupan atau secara tepatnya sekularisme.Mungkin kita semua sudah maklum dgn perkara ini.Tambah-tambah untuk budak-budak UIA.Dalam subjek wajib Islamic worldveiw sudah ditekankan dengan permasalahan ini.Walaubagaimana pun,saya tidak begitu terkesan dengan cara penyampaian yg dilakukan.Ianya seakan-akan belajar untuk lulus sahaja.Not more than that.Mungkin disebabkan bahan bacaan saya yang lebih ke arah mentarbiahkan diri menyebabkan saya tidak matang dalam menilai isu-isu ekonomi.Cara saya menilai isu ekonomi ketika itu adalah dgn menilai kata-kata politikus terhadap permasalahan ekonomi.Dan siapa sangka,pencarian saya bermula dari situ.
Lagi beberapa hari,semester pertama untuk tahun pengajian ke-4 akan bermula.Kali ini pencarian yang saya mahu lakukan mungkin akan berunsur kefalsafahan sedikit.Sebelum ini bagi saya falsafah adalah idealistik.Falsafah tidak memahami masalah masyarakat secara tuntas.Falsafah adalah bidang pengajian phd untuk mendapatkan title Doktor!Dan saya mengakui generalization ini adalah tidak tepat sama sekali.Kalau saya tidak silap Imam al-Ghazali pernah mengatakan kita belajar adalah untuk beramal.Ini bermakna jika kita tidak mengamalkan ilmu kita sudah tidak beradap pada ilmu atau kita sudah tidak berlaku adil pada ilmu.
Jika dilihat pada ilmuan-ilmuan Islam terdahulu mereka tidak memiliki title Doktor atau Professor tetapi mereka menghasilkan karya yang bermutu sehingga menjadi rujukan kita pada hari ini.Makanya,melesetlah sangkaan saya sblm ini terhadap bidang falsafah.
Bagi saya pencarian manusia kepada sesuatu akan membawa mereka kpd bidang falsafah.Mereka akn menemui suatu premise yang akn meyakinkan diri mereka terhadap sesuatu.Sesuatu di sini teramatlah general tetapi ianya adalah positif.Saya sedar segalanya bukanlah secara overnight untuk difahami.Waktu ini saya sedang merangkak untuk faham dengan level yang serendah-rendahnya.Saya sedar segala yang dipelajari adalah untuk beramal dan mengajarkannya semula.Saya sedar bukan semua benda dapat dipelajari tetapi memadailah saya menguasai apa yang sedang dipelajari.Jika diizinkan Allah,mahu juga saya memahaminya dengan lebih mendalam.Syarat wajib untuk saya memahami sesuatu dengan mendalam adalah dgn bahasa arab...huhuhuhu..(no comment!)
Untuk mendekati apa yang saya sedang dekati ini pun saya rasa suatu proses yang sukar.Ibaratnya anda mahu menyuruh orang lain berubah.Orang yang disuruh itu sudah terbiasa dengan kebiasannya dan perubahan yang dilakukan itu sememangnya memerlukan istiqomah yg berterusan.Pada waktu ini saya benar-benar memerlukan istiqomah.
and i believe that i 'll find my way someday!InsyaAllah
Banyak buku-buku yang perlu dikhatamkan...insya-Allah!
hehe..gud luct my fren..falsafah,sounds great..semoga dpt berfikir secara lebih tuntas lagi..pelajari,dalami n kuasai,insyaallah berbakti dengan ilmu yg ada..i also believe dat i will find my way..berharap sgt.
ReplyDeletemood skunk teringin sgt nk kaji keewangan n perbankan islam..nak jadi cam uzar..heh
hohohoh..mabruk kpd my fren yg berjiwa besar ini,langkah awk telah pun bermulalah...huhuh..alhamdulillah..:-)
ReplyDeletesaya macam berminat terhdp trade,dev dan islamic econs je..tp bnyk cabang ilmu yg perlu diketahui sbb ianya alat kpd perkara sebenar yg akn dilakukan...saya ni mmg peringkat baby yg meniarap hok baru nak merangkak..sgt2 rendah levelnya...moga diberi bimbingan Allah..
bnyk cabaran.Sakit juga menelannya.Tapi gano nok raso manis kalu tok se telan pahit duk,,huhuhu,,ko gano??..doa sy awak ti hok duk sano..huhuhu
salam..Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad
hahaha..mmg berjiwa besar..langkah dah tercipta,tp cam awk kata..istiqamah 2 perlu,setiap ape yg kita lakukan pom memerlukn konsistensi...sy xhrp byk..asalkn sya boleh istiqamah da ckup
ReplyDeletekalo awk ibarat bebi yg meniarap,sya xtahu ar..baby dlm kandungan pom mgkin tak..huhu