Lagi cerita pasal negeriku, tanah serendah sekebun bunga . Saya sememangnya tak tahu sangat pasal sastera2 ni tapi kat sini,saya nak kongsi penemuan (cam experiment plak) dalam Cerpen 'Wadah' karya Ramli Abdul Halim.* Penulis cerpen ini telah menarik perhatian saya melalui penggunaan perkataan yang ada dalam dialek Kelantan dalam penceritaannya (bukan dalam bentuk dialog).Sungguh x sangka sekiranya perkataan tersebut benar2 ada dalam Kamus Dewan (saya pun x check lagi hu2) maka kayo jugok loghat Kelate nih .Antara perkataan yang jarang ditemui dalam cerpen2 @ novel2 lain adalah gemulah,bengkeng,cerlung dan juga tergohong.Gemulah dalam loghat Kelantan bermaksud arwah,bengkeng pula bererti garang,cerlung pula merujuk kepada keadaan mata yang besar terjadi apabila marah kot,dan tergohong bermakna terbuka kot(bc: saya tak pasti sbb pernah dengar tapi tak guna@ x pernah guna).
Ini kali pertama saya baca karya beliau dan memang menyerlah kualitinya (setanding karya FT) apabila beliau mengaitkan permainan wau sebagai aktiviti dakwah.Berdakwah bagi Seli (watak dalam cerita) tidak semestinya di masjid etc tapi dapat dilakukan dgn apa saja wadah.Cerpen ini turut menerangkan sedikit sejarah mengenai Wau Bulan.Mengikut cerpen tersebut , Sanjaya merupakan orang Melayu pertama yang berjaya belayar menyeberangi lautan Hindi sehingga ke selatan benua afrika dan pernah singgah di Baghdad mengadap Khalifah Bani Abbasiyyah,al-Amin b Harun al-Rasyid telah menggunakan Wau Bulan sebagai lambang Nusantara atau al-Jawiyyun.Seli (si ulat buku) telah menamakan waunya dgn nama Sanjaya untuk mengingati sejarah wau bulan.Menurut cerpen ini lagi,Sanjaya merupakan cucu kepada raja Kelantan pada waktu itu sebelum kedatangan Islam.Saya pun tak tahu sejauh mana kebenaran sejarah tersebut tapi nilai yang dapat diambil dari cerpen ini cukup banyakMelalui pengamatan, saya nampak wujudnya peranan seni sebagai medium untuk mendidik masyarakat.Tapi apa yang sedihnya,saya lihat kebanyakan filem2 Melayu gagal dalam memainkan peranan tersebut.
Ada filem ditayangkan pada hari2 kebesaran umat Islam (kategori filem Islam Hadhari ) di mana dgn nyata jalan ceritanya tidak mempromosikan ajaran Islam yang sebenar.Ada juga filem arahan orang kita (ceritanya dalam bahasa inggeris) yang cuba mempropogandakan ajaran Islam.Bila tengok kat T.V diorang mesti cakap para penonton bijak menilai yang mana baik yang mana buruk. Ada satu filem lagi dgn tema jangan pilih jalan hitam, pengarahnya nya boleh pulak cakap tujuan dia buat filem tu untuk tunjuk kat mak bapak bagaimana cara hidup bdk2 bohsia ni.Tak terfikirkah dia, mak bapak mana yang nak masuk wayang tengok cerita macam tu.Bagi saya,x semua penonton yang faham ajaran Islam yang sebenar (yang faham + laksana apa Islam suruh & larang). Berkemungkinan, producer dan juga pelakon pun sebenarnya x faham.Mungkin bagi mereka Islam tu hanya pada mengucap,percaya rukun iman dan buat rukun Islam.Iya,itu benar tapi untuk menjadikan kita seorang Muslim yang mengaku hamba kepada Allah,Tuhan yang satu dan Nabi Muhammad rasul terakhir @ dgn erti kata lain untuk menjadikan kita sebagai Muslim yang baik,kita kena ikut apa yang Islam perintah.Islam suruh Muslim kena hdp berlandaskan Quran dan Sunnah.Kita kena buat apa yang Quran suruh dan tinggal apa yang Quran larang.Quran suruh tutup aurat dgn cara yang betul,kita kena tutup seperti yang diminta,Islam melarang untuk kita bercampur- gaul @ bersuka ria @ berseronok tanpa batasan lelaki dan perempuan,kita bergaul dengan cara yang dibenarkan.

Pada masa yang sama juga,kita tak boleh tolak sunnah.Datangnya sunnah adalah untuk facilitate apa yang tidak diterangkan dalam Quran.Sunnah datang untuk membolehkan ajaran Islam tu sesuai diamalkan dalam kehidupan sebenar.Oleh yang demikian,saya harap para pengarah Islam dapat menghasilkan karya2 yang dapat mendidik masyarakat mengenali kecantikan Islam dan jati diri budaya Malaysia itu sendiri.Kata nak 1Malaysia,rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.Kalau suara rakyat tak nak didengar,maka akan berulang kembali Tsunami PRU 12.Kerajaan kalau boleh letaklah garis panduan kepada media mengikut acuan bangsa Malaysia bertunjangkan agama rasmi kita iaitu Islam.Apa salahnya para pengarah Islam mengadaptasi cerita2 dalam novel2 @ cerpen2 Islami,cnthnya lakonkan balik cerita Nama Beta Sultan Alauddin ke...walaupun ada sesetengah karya yang mencetuskan kontroversi di dalam negara tetapi diiktiraf oleh negara luar dgn menggondol pelbagai anugerah,tu semua percaturan barat.Sama dgn kes Salman Rushdie,dah terang lagi bersuluh dia hina Nabi Muhammad s.a.w tapi ada negara tu sokong dia siap bagi perlindungan lagi.
Walaupun saya bukan dari sekolah agama,tulis jawi pun merangkak,bahasa arab pun hanya blajar level 1(required 4 economics student pulak tu time kat cenfos),tapi saya berani untuk berkata begini berdasarkan apa yang dipelajari disepanjang berada di UIA amnya dan Kuliyyah of Economic and Management Science khususnya.Saya juga nak menjelaskan,entri ini bukan dipublish untuk menunjukkan 'baik'nya saya dan 'jahat'nya mereka bukan.Saya sendiri mempunyai banyak kelemahan dan banyak kesilapan tapi saya juga cuba untuk back to the root jika sedar diri ini telah menentang arah.Cuba untuk mempertingkatkan amalan agar dapat dekat dengan our beloved Prophet (peace be upon him) di syurga nanti.Jika saya melakukan perkara yang salah di sisi agama,tegurlah saya,bimbinglah saya.Entri ini bukan juga diwujudkan untuk menghentam sesiapa tapi untuk memberi peringatan kepada diri sendiri jua .Teguran ini merupakan luahan rasa untuk mengajak masyarakat (ummah) membuka mata ,membuka minda untuk betul2 faham Islam bagi mereka yang tak faham @ buat2 fhm supaya selamat time perbicaraan di Masyar kelak.Ingin saya tekankan disini,tiada paksaan di dalam beragama,sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah (al-Baqarah).
Media yang menyediakan hiburan mengikut acuan barat menyumbang pengaruh yang besar kepada gejala sosial wujud pada hari ini.Saya tertarik dengan satu kenyataan oleh Dr.Ary(majalah i,bil 79,Mei 2009),dia cakap media hanya mengikut permintaan masyarakat,bad news is a good news. Di sini saya nak bangkitkan satu persoalan kpd media ,kalau dah tahu perkara yang diminta tu tak elok,knapa ikut?Kalau nak untung pun ,fikirlah maslahah (public interest) masyarakat.Dr Ary menambah, media terlalu banyak mempromosikan kebahagiaan fizikal berbanding sisi kemanusiaan dan spiritualyang lebih diperlukan.Saya setuju sangat.
Walaupun begitu, sejak kebelakangan ini saya lihat banyak pendekatan ke arah Islami yang ditonjolkan(walaupun terpaksa ambil bahan dari negara jiran),which is a good sign la.Saya harap media x mudah jemu ke arah tersebut.Islam adalah satu cara hidup dan kalau tak laksanakan seperti yang dituntut,kita juga merana.(mcm kisah kereta lembu dgn Sultan Alauddin). Apa2 yang Allah dah suruh kita buat adalah untuk kebaikan diri dan ummah juga sebab dia adalah The Absolute Creator yang tahu mana buruk dan baik untuk para hamba-Nya.Oleh itu,kepada mereka yang berkenaan kalau2 terbaca entri ini buatlah tindakan sewajarnya untuk kebaikan bersama.Selamat Maju Jaya juga untuk kita semua.Wallahua’lam.
*Warna Perang~ koleksi karya2 pemenang Hadiah Sastera 2006

btw ikha.. cakap pasal loghat klantan tu kan.. sy ade terjumpa dlm kamus, "serabut perut". haha. tu bahasa kelantan kan?
ReplyDelete