1) " The great teacher Rumi, quddisa sirruh, said : 'Since poverty is a mirror for generousity, be aware and know it is harmful to blow on the mirror'
This means that words that insult a poor, miserable person break his heart. His heart become unclear like a mirror that has been blown on.It loses its clarity and depth.Consequently, it cannot reflect the beauty of generousity."
2) The Messengger of Allah s.a.w. described fallen and divinely realized states of knowledge as follows : ' Knowledge is as three spans of hand.The one who reaches the first span feels proud.The one who grows to the second span is amazed. The one who attains to the third span realizes that he does not have enough knowledge.' "
~ from the Garden of Mathnawi, Tears of the Heart, Rumi Selections, Osman Nuri Topbas.
Kadang-kadang mahu saja terus-menerus mempertahankan diri jika yakin perkara yang dipegang itu benar.Tetapi disebabkan teringatkan diri ini seorang Islam, maka haruslah berpada-pada takut nanti keburukan yang akan terjadi melebihi kebaikan yang difikirkan. Memang susah apabila seseorang itu meletakkan kayu ukur daya saing individu pada bilangan aktiviti yang diceburi ( dulu,pernah saya post mengenai kejayaan berdasarkan m***s). Haish,mengapa perlu menghadkan ma'na kejayaan???.
Dalam Human Development Index (HDI) oleh UN telah menekankan 3 elemen iaitu Income, Health and Education.Oleh kerana universiti merupakan tempat pembentukan manusia, sudah tentu HDI-nya berkaitan rapat dengan Education.Education di sini saya mentakrifkannya sebagai Ta'dib o.k... (sebab saya belajar di universiti yang mahukan Islamization of knowledge...so, education in islamic @ al-Attas context is Ta'dib).
Oleh hal yang demikian, jika pendidikan yang benar-benar dipentingkan,,soalan saya kpd mereka yang berfikiran aliran silibus berbunyi " Mengapakah kayu ukur pendidikan di nilai pada markah yang diperoleh dan aktiviti-aktiviti rasmi yang disertai sahaja"...saya bukan cuba memukul sama rata pada semua orang.Saya tidak nafikan, ada kebenaran dalam pegangan mereka yang berpegang kepada fahaman silibus ini,cuba kadang-kadang saya rasa agak 'pedih' apabila ada mereka yang mahu menilai saya menggunakan pandangan ini.Saya tidaklah mempunyai masalah jika mereka mahu memegang dengan apa yang mereka percaya kerana ianya tentulah bersebab.Tetapi, saya tidak suka jika mereka secara tidak langsung (silently) memaksa orang lain memandang orang dgn cara mereka.
Saya sedar akan keterjadian pandangan sebegini.Sebab itu Prof al-Attas mampu menghasilkan Islam and Secularism.Kata beliau,mana-mana dia pergi orang akan tanya soalan yang sama,dan yang sebenarnya soalan itu mengandungi kesalahan (error).Mengikut beliau lagi, ini telah memberi kemampuan kpdnya untuk memahami permasalahan akar ummah.
Lega semula. :) mmg betul sgtlah ayat (surah Thaha) kat kesebelah ni. :)
P/s : perlu belajar dan terus belajar (ta'dib) untuk memahami peranan diri ....moga Allah menunjukkan jalan-Nya kpd kita semua...moga allah menambahkan ilmu pengetahuan dan merezekikan kita kpd kefahaman yang haq dan melindungi kita daripada ilmu yang tidak bermanfaat....amin
Allahummasolli 'ala muhammad, wa 'ala ali muhammad.