Friday, 30 December 2011

Oh Lord...make me strong...



I know Iam waiting
Waiting for something
Something to happen to me

But this waiting comes with
Trials and challenges
Nothing in life is free

I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day I'll be ok
But we'll never know cause
That's not the way it works
Help me find my way




My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong


Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong


I know I'm waiting
Yearning for something
Something known only to me
This waiting comes with
Trials and challenges
Life is one mystery

I wish that somehow
You'd tell me out aloud
That on that day you’ll forgive me
But we'll never know cause

That's not the way it works
I beg for your mercy
My Lord show me right from wrong
Give me light make me strong
I know the road is long
Make me strong

Sometimes it just gets too much
I feel that I've lost touch
I know the road is long
Make me strong



Words: Sami Yusuf
Music: Sami Yusuf
Produced by Sami Yusuf

Wednesday, 28 December 2011

Bertekad





Finally, Ive made a bold decision. Nervous.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel, wa ni'mal maula, wa ni'man naseer!

Thursday, 22 December 2011

in transition...




6/12/1988 = Tuesday : ath-thalatha': 26. Rabi al-Akhir 1409

Monday, 19 December 2011

Sabr

Macam mana ntah nak bersabar...Ya Allah...teruknya rasa marah..bukan senang nak bersederhana tambah-tambah apabila hak kita tidak dihormati orang...tapi ye la ...hidup kat atas dunia ni sbnrnya kita dalam keadaan 'keberhutangan'kpd Allah. Yang best nya hutang kpd Allah ni kita dapat ganjaran hakiki kalau berjaya melepasi dugaan. Berjaya atau kalah x menjadi isu tetapi usaha untuk potray the level of excellence in akhlaq tu yg di take into account.

huuhuuu...sy tahu ini dan sy sgt lemah...sy mohon kekuatan:"(

Dan Alhamdulillah, pagi ini Allah menemukan saya dengan kata-kata hikmah ini :

"Berjumpalah dengan sahabatmu dan musuhmu dengan muka yang manis tetapi bukan kerana hina dan takut terhadap mereka. Dan mantapkanlah dirimu tetapi bukan kerana sombong, dan rendahkan dirimu bukan kerana hina, dan hendaklah kamu menjaga kesederhanaan dalam segala urusan kerana sesuatu yang kurang atau lebih adalah tidak baik."

[Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali r.a.]




~menjaga kesedrhanaan?? sangat tidak senang... lebih-lebih lagi bila ada sifat ego.. :"(


ohhhh....

Thursday, 15 December 2011

hmmm...


1) Ish,,, x habis-habis dgn isu Faisal Tehrani. Kesan kepada saya yang sudah lama membaca karya-karya beliau mengatakan saya tidak membenci syiah kerana aqidah kita masih sama. Hujah-hujah berkenaan hadith palsu etc x terkesan pada saya. Mesej yang disampaikan je yang saya ambil kira kerana menjadi salah satu pintu pengaktifan daya keintelektualuan saya selama ini.

sekian.

Lain-lain nota :
2) Kita perlu ada courtesy dalam tindakan. (pengajaran yg dpt setelah tgk org yg x de courtesy dlm dealing)

3) Kemalangan. Rakan sepejabat saya kemalangan teruk pagi tadi. Semoga Allah melindungi kita semua daripada perkara yang tidak diingini.

Tuesday, 13 December 2011


...mencari keseronokan hakiki....

En Roslan yang murshid,

Sahabat-sahabat (Sarah, Faizah,Afiqah, Hidayah,Hanan, Aimuni, Eera, P-yah) yang mulia

hanya Allah Maha Mengetahui bertapa besarnya jasa kalian pada saya...

Saya mengharapkan Allah membantu kita untuk berada pada landasan yang benar (haq), memberi kita keselamatan dan kebahagian dunia dan akhirat,

Biarlah kita bertemu dan berpisah kerana yang Esa dan semoga hidup kita dilimpahi rahmatnya..


Usaha mengangkat dan menyebar ilmu yang benar ada pada kita dan semoga kita istiqamah terhadapnya...


Allahumma ameen,, Allahumma ameen, Allahumma ameen..

Wednesday, 7 December 2011

Sabr...

Kena sabar.
.Perlu ingat ini.Ya Allah...



..menunggu berita yang x kunjung tiba dan perlu bersabar dgn kerja skrg..








Seorang Mu'min tidak perlu susah hati atas kejahatan yg dilakukan terhadapnya, tidak pula merasa perlu membalas kejahatan dgn kejahatan yg lain. Kerana Allah yg Maha Adil akan membalas kejahatan setiap manusia, wa jaza'u sayyi'tin sayyi'atun mithluha.






Tuesday, 6 December 2011

Yang ke-23



"Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja"


Sememangnya saya dahagakan ilmu, mahu berdamping dengan mereka yang tidak lokek memberi petunjuk,faham nilai-nilai kemanusiaan dan boleh menasihati saya kala tersilap.

Perhubungan melalui alam maya telah membawa saya kepada pembentukan dalaman. Walaupun terhimpit oleh tuntutan kerja,saya berharap Allah memberikan saya saat untuk bertafakur dan menuntut. Tanpa pencucian jiwa, saya akan hanyut oleh desakan hidup dan tidak mampu melihat hikmah disebalik kejadian-kejadian yang berlaku.


Terima kasih atas ucapan-ucapan dan doa-doa yang mengharukan. Hanya Allah lah yang dapat membalasnya..

Antara ucapan/doa yg terkesan :


Happy birthday...May Allah always shower His bounty upon you. You become wiser, healthier, nicer, wealthier, more knowledgeable, happier .....both in this world and hereafter.....

Kak Ika, selamat ulang tahun. May Allah Guide you in seeking 'ilm and may you attain true happiness. Semoga sentiasa diberi kekuatan dan semangat utk meneruskan perjuangan di zaman yg amat mencabar ini. Semoga ukhuwwah yg terjalin tidak hny setakat di sini tetapi hingga kita bertemu di sana juga. Insha Allah! ♥ Oh ya, may you get that job you've been waiting for ;)

Siti Zulaikha Zulkifli : Selamat ulangtahun kelahiran Zulaikha. Semoga semangat utk berjuang terus berkobar semakin usia meningkat. Mudah-mudahan dipermudah Allah segala urusan dan diberi kebahagiaan yg berpanjangan....:)

Kak Saadiah Binte Awek Selamat Ulang Tahun buat Siti Zulaikha Zulkifli moga Allah berkati usia, diberikan kesihatan dan keceriaan, sentiasa dalam rahmat, taufiq, hidayah dan inayah Allah, diberikan kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat dan dikekalkan semangat perjuangan hingga mencapai kejayaan amiin ya Robbal alamiin.

Allahumma ameeeen :')

Monday, 5 December 2011

Langkah pertama...


You need to have the guts to make the first move.




Anyway,,,,I really appreciate the first move taken by a friend of mine ( 'somebody' that turn up to be friend! Alhamdulillah) just to make the situation lively. [That person just know how to make use of time!]



Right now, i'm in dilemma.



Do i need to make the first move for other situations since from my observation the first move usually will produce a good result?


What should i choose between monetary rewards and happiness?. I need to earn for a living. But, i do not like what i did. I want to go home. I want to be with my books and bed. I want to purify myself.I want to be away from this hectic life. I feel weak. My lifestyle is squeezing me a lot.


Tindakan pertama selalunya menguntungkan tetapi dalam keadaan saya hari ini perlukah saya mengambil langkah untuk berhenti dan menumpukan kepada pembangunan dalaman. Saya cukup penat dengan wayang kehidupan. Bukan bererti saya mengelak dari menghadapi realiti. Saya sekadar mahu ruang dan waktu. Saya menerima nasihat untuk bersabar tetapi saya tidak kuat untuk berada di sini. Sila maafkan saya jika saya mengambil keputusan ini. Mungkin dari satu segi nampak tindakan yang terburu-buru. Tetapi percayalah, tindakan ini telah tersemat sewaktu mula2 saya menjejakkan kaki ke sini. Sebulan sudah saya bersabar dan saya masih lagi dalam proses pertimbangan. Saya percaya pada rezeki Allah. Saya harap semua dapat menghormati keputusan yang akan saya pilih walaupun saya yakin akan ada banyak "cakap-cakap" selepas ini. Sememangnya teman-teman lebih memahami berbanding keluarga sendiri. Tetapi dalam hal ini agak terkejut kerana ayah saya juga memahami. Saya harap saya kuat untuk bertindak. :'/





"Qul rabbi zidni 'ilman war zuqni fahman"


Allahumma Ameen

Thursday, 24 November 2011

Takut

Manusia memang takut untuk berasa takut. Takut mengundang ketidak tenteraman (in a state of insecurity) kepada jiwa, emosi dll. Sebenarnya sewaktu menulis post ini sy juga berasa takut-takut kerana merasakan skill menulis sudah berkarat dan merasakan perkara yang ditulis hanyalah picisan dan tidak bersignifikasi. Sering kali bila mana mendapat daya untuk menulis, saya hanya akan merenung skrin lalu menekan butang save now dan lama kelamaan saya tidak mahu lagi menulis.Tetapi bila difikirkan semula, blog ini mmg saya jadikan utuk berkongsi rasa dan pengalaman cuma saya berasa tidak selesa apabila mereka yang membaca blog ini mengadili saya melalui penulisan.huhhu. Dan hari ini saya merasakan perlunya untuk membuang ketakutan yang remeh ini disebabkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu dirisaukan yang memberi impak besar kepada kekuatan dalaman. Ketakutan yang kecil ini sebenarnya tidaklah boleh dikaitkan dengan konsep 'takut' yang sebenar.

Pada waktu ini saya mempunyai pelbagai jenis ketakutan. Takut untuk berjalan seorang diri pada pukul 6.30 pagi setiap hari di laluan yang agak menakutkan. Takut untuk datang/terus bekerja di tempat yang kontroversi. Takut untuk mengambil keputusan berhenti dan memilih kebahagiaan daripada wang ringgit. Being away from my guiders/advisors back at Jalan Tun Razak has taken away my serenity towards life. I am here alone strive to survive in this worldly life. I am away from Muni who i can always turn to talk to. I am away from chit chatting the current issues/football with her,watching Ted talks/motivational vids etc. I am away from economics talks and its impact towards Malaysian economy. I am away from my interest in short. Alhamdulillah, I still can attend kelas Islamic psychology and kelas WISE. Alhamdulillah, I managed to go to Prof Wan's house at Bangi and also attended Prof al-Attas's lecture on Historical Fact and Fiction at CASIS, UTM.

Dalam merenung proses kejadian yang berlaku, keterasingan yang menyedihkan ini sememangnya menyakitkan. Saya merasakan mahu keluar dari belenggu ketakutan dan pergi mencari kedamaian. Damai yang dicari ada di UIA di kala bertemu sahabat-sahabat bakal-bakal faylasuf/pemikir2 kontemporari..huhuhuhu... Sarah, faiezah, Fiqah,Hanan etc... :')

Gembira mengenali kalian.

Saya sedar dan maklum takut didatangkan dalam pelbagai bentuk seperti mana yang telah dijelaskan dalam al-Quran :

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan "Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun". Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan secara sempurna dan rahmat dari tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk "

(Al-Baqarah: 155-157)


"Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun" - "We belong to Allah and to Him we return."


Saya sering kali lalai dari pemahaman yang sepatutnya difahami. Perhatian yang dicari ada pada-Nya. Apabila diselubungi ketakutan sy perlu mengingatkan diri akan ayat ini kerana ultimately we need to have a greater fear towards Allah s.w.t. -Allahurobbi!- He's the One that knows us best.

The tears worth it. Rough live,huh?





Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad.

Thursday, 3 November 2011

Tuesday, 18 October 2011

Could it be me?



“Be like flowing water in generosity and giving aid
Be like the sun in compassion and mercy
Be like the night in covering over the fault of others
Be like the dead in anger and nervous irritation
Be like the earth in modesty and humility
Be like the sea in tolerance
Either be seen as you are or be as you are seen.”

(Majalis-i Sab’a)

Friday, 23 September 2011

Hiatus!

Hari ini adalah hari beraya di 'tempat' saya. Tak sangka betul ianya berbeza dari apa yang saya sangka. Alhamdulillah saya berada bersama2 dengan mereka yang terbuka. Tidak saya sangkal, untuk berada dalam suasana ini amatlah tidak mudah. Begitu bersyukur kerana after awhile i am able to mingle with them.


Sebenarnya saya patut menulis mengenai konsep 'Retirement Village' dan kesannya, tetapi disebabkan majlis yg diadakan sy x de mood lg untuk menulisnya.



Saya tidak pasti apa untuk dijangkakan selepas ini dan berharap agar dan menjumpai apa yg sy in love at. Bak kata pengurus yg kat sebelah meja saya ni, kita kena cari kerja yang kita cintai. Dr Shabri pun pernah beritahu tetapi mungkin dengan objektif yg berbeza dan maksudnya lebih kurang sama.



Hmmmm. Allah Knows best!


Alhamdulillah. Segalanya hari ini berjalan dgn lancar walaupun tanpa Muni di sisi. Tahniah kepada Muni kerana sudah berjaya konvo dari USM. Sekarang harus kembali fokus pada Retirement Village!

Thursday, 22 September 2011

Retirement?

Retirement Village?. Oh nampaknya masyarakat agak sakit. Mengapa konsep ini jadi satu keperluan yang x boleh dinafikan?. Mereka memberi tajuk ini dan sy rasa agak berterima kasih. Perbincangan antara saya dengan mereka agak terkesan. Segala agenda yang ditampakkan dalam ETP atau 10th Malaysia Plan hanyalah untuk reach up until retirement age. After retired, no outline has been put forward and I just can't believe that i am actually drafting it. Ni lah kehidupan dalam dunia kapitalis, they want to design your life. (Ada pihak yg bakal mengaut keuntungan dengan adanya retirement village ini) and here, i'm referring to the lifestyle. Before retired, their life were busy with career affairs. They failed to fulfill other social needs.The 'other social needs' here refers to the need to maintain relationship with other people outside their business circle. They only have fewer people that they can spend their life with. Actually, i perceive that there are many people who retired before retirement age. Okay better not to start with it otherwise i'll be melalut and away from my very purpose.hohooh. Sekarang ni saya nak fokus ttg umur pencen yg rasmi.

Brainstorming semalam amatlah bermanfaat. Ianya hanyalah di antara saya dengan mereka yang umurnya 15-19 tahun lagi tua daripada saya, berstatus ayah di rumah dan pengurus di pejabat. LIFE! U BREATH THE SAME AIR WITH OTHERS BUT YOUR CONCERN IS DIFFERENT. As a Muslim, the ultimate concern should be for the life after death. Because we are yakin what to expect there. That's why we want to observe every single act that we do. Okay let me put this thing straight, lepas habis belajar soalan yg akan timbul nak buat apa selepas itu, oleh itu antara kerja dan sambung belajar. Pada masa yang sama, soal jodoh-pertemuan/ perkahwinan akan timbul. Akan datang satu tahap di mana budak yg hbs belajar tadi akan jadi ayah/ibu dan juga pekerja. Waktu ni lah masalah dengan anak-anak,suami/isteri,mentua, ipar duai, rakan sekerja akan timbul. Ah, masalah mmg akn ada kat mana2, x kiralah waktu belajar/kerja /berumah tangga. Cumanya sekarang ini yg menjadi fokusnya dengan apa/siapa anda mahu meluangkan masa?. Dengan manusia sah2 banyak masalah, sbb tu ada org yg sanggup x kahwin sbb x nk pening kepala fikir bnda2 ni. Ultimately, dengan Allah je lah kita bergantung harap, mengadu nasib. Sebelum pencen, kita boleh campur adukkan antara urusan kerja dan ibadah. Lepas pencen, ibadah ttp ada tp seseorg tu pun perlukan aktiviti duniawi untuk rasa nikmat ibadah.

Oleh yang demikian timbul konsep retirement village so that mereka yg pencen dapat dikumpulkan bersama dalam satu kawasan perumahan dan lakukan aktiviti org-org pencen bersama. Sebenarnya kita x boleh salahkan sistem kapitalis sahaja, sbb baik mereka yang alim atau sesiapa sahaja bila capai umur pencen, seseorg itu akan kebosanan. Okay nampaknya sudah pukul 5..saya akan menyambung bebelan ttg isu ini pada esok hari insya-Allah :)

Friday, 26 August 2011

Islam dan Nasib

Kekeliruan tentang nasib manusia

Oleh : Kak Siti Fauziana

Letih berbincang utk membetulkan perspektif org lain. Walaupun sudah separuh abad mengamalkan Islam, tapi rupanya, persoalan akidah masih belum selesai. Rukun ke 5 dan 6 masih tidak faham. Masih bertanya mengapa adanya penderitaan. Mengapa kanak-kanak yg tidak berdosa perlu jadi mangsa penganiayaan. Tanya mengapa mesti ada hari pembalasan sedangkan Tuhan sendiri yang menentukan nasib manusia.

Gunakan banyak analogi. Contoh penulis skrip drama. Hero kena belasah sehingga teruk. Wanita kena perkosa. Kanak-kanak kena dera. Tiada siapa pun yg marah pada penulis skrip sebab mampu menilai semua ini sekadar hasil kreatif mindanya.

Sekiranya tahu metafizik wujud dan kewujudan, akan faham kewujudan itu yg sebenarnya "essence" disebalik setiap ciptaan. Kewujudan adalah salah satu aspek Tuhan yg dizahirkan dlm bentuk ciptaan. Realitinya, merupakan pemilikan Tuhan.

Seperti firmannya dlm surah An-Nahl : 93, Jika Tuhan berkehendak, Dia boleh jadikan semua manusia satu umat. Dia menujukkan siapa yg Dia kehendaki dan menyesatkan siapa yg Dia kehendaki. Mana pula datang tuduhan Dia tidak adil? Dia zalim sedangkan Dia berbuat ke atas salah satu aspek diriNya sendiri? Ibarat rambut kita, samada hendak potong pendek atau biarkan panjang. Bolehkah kita terima bila ada orang tuduh kita zalim terhadap rambut kita bila kita potong jadi pendek? Tentu kita tuduh orang ini gila, sebab rambut itu sebahagian dari pemilikan kita. Atau katakan rambut itu boleh berkata-kata, bolehkah dia merasa dirinya dianiaya sebab keizinannya tidak diminta terlebih dahulu sebelum keputusan dibuat?

Sudah tentu, kita akan tergelak dengan kebodohan soalan ini. Sebabnya, yang dikatakan “saya” itu merangkumi semua aspek yang membentuk diri kita termasuk juga rambut sebahagian aspek fizikal. Diri kita ibarat satu “kota” tersendiri yang mempunyai pentadbir, petugas dan rakyat yang ditakbir. Setiap keputusan yang dibuat, sudah tentulah melalui proses yang melibatkan pihak2 yang bekenaan. Tidak timbul lagi isu mendapatkan keizinan sebabnya semua sudah maklum. Begitulah juga ruh ketika menyahut “bala, syahidna” ertinya semua sudah maklum dan menerima keputusan yang dibuat oleh Pentadbir.

Syurga dan neraka juga adalah ciptaan. Walaupun sama-sama ciptaan, tapi mempunyai “status” yang berbeza dari manusia. Analoginya, kita hendak buat kueh. Kita perlu tepung, acuan dan oven. Tepung kita uli ,giling dan terap. Kasihan juga tepung diperlaku begitu. Kemudian, kita letak dalam acuan. Kemudian tepung yg “malang” tadi kita bakar dalam oven. Adakah sama “peranan” tepung, acuan dan oven? Sifat tepung untuk diuli bagi dijadikan biskuit atau kuih lain. Sifat acuan keras, tahan api dan sesuai untuk menampung tepung yang telah siap diuli. Sifat oven, membakar bahan-bahan yang dimasukkan kedalamnya tanpa membezakan. Gabungan kesemua ini yang melahirkan biskut yg enak. Ada sesiapa nak bantah atau melarang mana-mana proses dalam pembikinan biskut ini?

Inilah yang cuba dilakukan oleh human rights group. Mereka hendak “hak” mereka sebagai manusia dari Tuhan. Macam tepung tadi, tidak rela dirinya diuli dan diubah jadi biskut. Hendak jadi seperti acuan atau oven. Bila mereka laung “freedom of rights” , apa yang mereka minta ialah “freedom” dari Tuhan yang sejak awal telah tentukan. Contoh, boleh pilih sendiri samada hendak jadi lelaki atau perempuan, atau separuh-separuh. Tuhan tidak boleh halang.

Jawapan yang Allah berikan dalam Al-Quran mudah saja, jika tidak rela dengan apa yang telah Allah tentukan, carilah Tuhan lain.

Sikap inilah yang telah menghumban Iblis keluar dari syurga. Iblis tidak puas hati sebab Tuhan mencipta Adam a.s. dari tanah. Seolah-olah Iblis pula yang hendak tentukan bagaimana makhluk baru tersebut perlu dicipta, bertepatan dengan seleranya. Puak Yahudi juga menjadi tercela dan terhina, sebab bila Nabi Muhammad dilahirkan dari kaum Arab, mereka tidak puas hati. Mereka hendak Rasul saw dari bangsa mereka sendiri. Sejarah kedegilan mereka sejak zaman awal lagi, ada saja yang mereka hendak protes.

Kaum nasrani juga tertipu oleh Iblis yang terus tidak puas hati manusia yang berasal dari tanah yang lebih dimuliakan. Dibisikkan supaya menaikkan “status” manusia ini ketahap “divine”, barulah ada “class” untuk disujud. Dibisikkan seolah-olah dari awal lagi memang rancangan Tuhan untuk mengirimkan “manusia divine” sebagai khalifah di bumi. Sebelum Adam as. , penduduk bumi telah memporak peranda dan menimbulkan banyak kerosakan sehingga Tuhan perlu baiki semula. Sifat dengki dan cemburu (trademark Iblis) sudah tentu tidak rela makhluk yg lebih “rendah” darinya yang nanti lebih berhasil menjadi pentadbir bumi. Iblis perlu usahakan apa yang dilakukan oleh penduduk bumi sebelumnya, akan juga dilakukan oleh manusia masa kini. Yang penting status-quo, sama-sama nanti masuk neraka.

Kelicikkan Iblis, di akhirat kelak, lepaskan diri dengan menuduh manusia itu sendiri yang bodoh, sebab diberi akal dan ilmu tapi, tetap tidak mahu berfikir dan merenung. Salah sendiri berakhir dengan nasib malang di akhirat kelak.


Tambahan dari perbincangan sebelum ini.

Analogi skrip drama tadi. Penonton yg melihat hero kena belasah, wanita kena perkosa dan kanak-kanak kena dera seolah-olah “merasakan” sakitnya sehingga memberi kesan pada emosi. “Sakit” atau “marah” yg dirasakan oleh penonton itu dikaitkan dgn pengalaman sendiri , persepsi sendiri sehingga dirasakan benar. Ia kemudian membentuk perspektif iaitu hero, wanita dan kanak-kanak dlm drama tadi menderita. Kesan dari emosi itu yang membuat ada yang menangis, ada yang naik baran, ada yang depress, ada yang terus tidak mahu menonton.

Bagi yg tdak mempunyai deria “rasa”, tak tahu apa itu “sakit” sbb tidak pernah mengalaminya, lakonan watak tadi tdk akan memberi kesan pdnya. Dia tdk melihat adanya “penderitaan”.

Seterussnya, penonton drama ternanti-nanti apakah babak seterusnya. Dlm mindanya bermain pertanyaan, apakah yg akan berlaku seterusnya. Fakulti imaginatifnya (khayalannya) membayangkan kemungkinan-kemungkinan.

Hero buat keputusan belajar "kungfu panda" dan akhirnya berjaya mengalahkan musuh-musuhnya. Wanita tadi membuat keputusan membunuh dirinya dgn terjun ke dalam sungai. Kanak-kanak tadi berakhir menjadi KL gangster. Semua ini adalah kemungkinan-kemungkinan yg difikirkan oleh penonton. Penonton sendiri tidak tahu apakah yang telah ditetapkan oleh penulis skrip. Mungkin saja penulis skrip akan membuat watak hero tadi melalui “bio-genetic transformation” mempunyi keupayaan luar biasa ala “hero transformer”. Apa pun kewujudan watak2 yang difikirkan oleh penonton tadi hanyalah kemungkinan saja (wujud mumkin) berdasarkan kepada keupayaan fakulti dalamannya.

Bagi penulis skrip, dari awal lagi telah dituliskan babak seterusnya. Menunggu masa utk dihidupkan (lakonkan). Sebagai penulis skrip dia tidak perlu menunggu “cue” dari para pendokong watak. Dia yang tetapkan terlebih dahulu. Penulis skrip juga tidak perlu menunggu response atau maklum-balas dari penonton sblm menulis babak seterusnya. Walaupun penonton tidak setuju, dia yg lebih berhak tentukan kerana dia yang menulis skrip.

Bagi pelakon yang membawa watak, mustahil lupa semuanya sekadar lakonan. Walaupun kelihatan dia begitu “sakit” tapi “sakit” itu bukanlah sebenarnya . Dia sekadar melakonkan sebaik mungkin wataknya. Selesai berlakon, dia pulang ke rumah. Tidak terjejas pun dengan lakonannya.

Pelakon yang professional tiada pula teringin membantah skrip yg diberikan. Watak yg dilakonkan adalah pilihannya sendiri ketika ditawarkan belakon. Mungkin berlaku dia lupa skrip atau dialognya yg akan mengundang masalah bagi dirinya samada kena marah atau mendapat malu.

Pelakon yang waras tidak mungkin semasa berlakon di pentas turut juga melihat apa yang dibuat oleh penonton. Contoh, dia melihat seorang penonton makan chocolate , dia pun berhenti berlakon dan minta sedikit chocolate dari penonton. Lihat penonton lain minum Cola-cola dia, pun terlupa dia sedang berlakon dan melihat penonton tersebut minum dgn penuh berselera . Apakah penilaian kita tentang pelakon begini yang begitu mudah dipengaruhi (distracted) dari peranannya? Kita sukar membayangkan perkara begini berlaku. Sebaliknya, lebih mudah kita menerima iaitu pelakon tersebut hanya tumpu kepada melaksanakan peranannya sehingga tidak sedar kehadiran penonton. Inilah yang kita puji sebagai “berjaya” menghidupkan watak.

Realitinya, dalam kehidupan, ramai yang begitu mudah distracted dari melaksanakan peranan sendiri. Melihat apa yang orang lain buat, sehingga terlupa apa yang sepatutnya dilakukan. Ada pula yang inginkan apa yang orang lain miliki dan buat, sehingga tidak sedar keadaan diri sendiri ( potensi diri).

Bagi yang “celik” yang berilmu, sedar semua yang berlaku di atas pentas itu semata-mata lakonan. Dia tdk membiarkan dirinya terjejas dengan episode-episode sedih yang ditontonnya. Dia tidak terdorong utk memenatikan akalnya memikirkan babak-babak seterusnya. Dia juga mungkin lebih suka tumpu pd tugas dan tanggung-jawabnya dari memerhatikan "development" watak-watak tersbut. Perkembangan dirinya lebih diutamakan.

Bagi yang sangat rapat dengan penulis skrip, contoh pengarah drama, ahli keluarga dan sahabat baiknya, mungkin sudah tahu plot sepenuhnya, kerana penuils skrip telah berkongsi dengan mereka. Mereka tidak dibenarkan memberi tahu orang lain. Mereka sudah tentu tertawa melihat gelagat dan response penonton. Mereka mengatakan gila bila ada penonton yg menjadi begitu tertekan. Mereka membiarkan penulis skrip menentukan apa yang sepatutnya. Mereka sekadar berdiam diri saja kerana sudah “makrifah” tentang pemikiran dan perbuatan penulis skrip.

Bagi yg jahil atau yang belum matang, ie kanak-kanak, semua yang dilihatnya dianggap sebagai betul dan benar-benar berlaku. Yang tersangat jahil (bisu, tuli dan buta), akan mmengkritik dan menyifatkannya dengan berbagai label spt “sadist”, “masochist”, zalim, kejam, dll. Yang terbawa-bawa dan penuh emosi, akan terdorong mengirim “death treat” kepada pelakon yg membawa watak pembuli.

Yang tiada dapat mengawal diri dan perasaan, terus “menyerang” TV yang menayangkan cerita hasil skrip tulisan penulis tadi. Akhirnya, yang rugi diri sendiri kerana perlu beli TV baru !

Begitulah watak-watak manusi a yang ada dalam alam ini. Bila tidak dipandu atau dibimbing, akan berakhir dengan kekeliruan. Yang ilusi diterima sebagai benar. Yang benar, tidak diketahui dan ditolak. Kehidupan sementara (atas pentas) yang diberi tumpuan sedangkan kehidupan akhirat (kampung asal) dilupakan. Masa habis “menonton” orang lain sehingga terlupa menguruskan diri sendiri.

Renungkanlah dimana kita berada. Mengapa ilmu akidah didulukan. Mengapa pencarian ilmu itu fardhu. Mengapa ilmu psikologi perlu diutamakan kerana ia membawa kepada pengenalan diri sendiri dulu serta cara berfikir, membuat keputusan yang seterusnya menghasilkan tindakan zahir.

Sumber : nota Kak Siti Fauziana.

Monday, 1 August 2011

Ingat sokmo i-Allah

Weslife kelate..heh.. moga sy ingat sokmo ;)


Sunday, 31 July 2011

Ramadan Kareem






"Ya Allah!

Jadikanlah puasaku sebagai puasa golongan yang benar2 berpuasa,
dan ibadah malamku sebagai ibadah mereka yang benar2 melakukan ibadah malam,
dan jauhkan aku dari tidurnya mereka yang lalai.

Hapuskanlah segala dosaku, Wahai Tuhan Sekalian Alam, dan Ampunilah aku, Wahai Tuhan yang Maha Pengampun terhadap Para Pembuat Dosa."

-Doa Baginda Nabi Muhammad s.a.w.


Pesan Rasulullah saw:

"Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata : Kalau aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang lain berlaku. Tetapi katakanlah : Itu merupakan takdir Allah & Dia lakukan apa yang dikendaki-Nya, sesungguhmya 'kalau' akan membuka pintu amalan syaitan."
Riwayat Muslim




Terima kasih Dr Asyraf Wajdi kerana sudi berkongsi