Wednesday, 30 May 2012

Personaliti

Saya harus fokus pada matlmat asal. Mahu menuntut ilmu dan mahu mengamalkan ilmu. huhuhu...saya percaya saya masih punya peluang. "What doesn't kill u, makes u stronger!" mmg mampu membangkitkan semangatku.

Saya hanya mampu tersenyum melihat hasil ujian personaliti yang di buat sewaktu dalam kelas hari ini.

Saya mahu tingkatkan kualiti diri. Banyak lagi yang perlu dilakukan :/ ....

Terus doa.

Friday, 25 May 2012

Lalalala

Saya agak bersyukur dengan apa yang dilalui sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah. Tempat-tempat baru yang agak menyenangkan. Suasana dalam kelas agak gila-gila.Bahaha.

Sepanjang minggu ini saya sebenarnya agak tertekan bila ada yang mahu membincangkan isu politik. Saya tidak membenci apa yang diperkatakan tetapi rasa hujah yang saya mahu sampaikan agak berfalsafah jika mahu juga dilontarkan dan rasanya saya tidak mampu menghasilkan ucapan yang menarik. Kefahaman yang saya dapat sekarang ni pun bukan ambil masa semalaman tetapi beberapa tahun juga iaitu setelah bergaul dengan rakan-rakan yang cenderung kepada falsafah dan perbincangannya. Rasa geram bukan benci tapi menyampah.X tahu kenapa. Arghh..saya memang 'intense'.huhuu.Sepatutnya saya  tak patut tertekan pun tapi rasa 'annoyed' jugalah kadang-kadang tu walaupun dia tidak taksub pada ahli politik dan pentingkan hujah yg intelektual. Nak je bagitahu rakan baru mengenai Gerakan Fethullah Gulen. Nak je suruh dia kaji gerakan ni tambah-tambah dia memang suka dengan Turki.
Nasib kau lah wahai penghujah, aku sebetulnya pernah berada dalam situasi kau. Mahu berkongsi rasa terhadap arus politik. Orang atas pagar yang akhirnya harus memilih salah satu untuk disetujui melalui peti undi. Aku penat melihat kau dan akhirnya aku memilih untuk bertentangan dalam bersetuju dengan apa yang kau sampaikan. 


Makin saya rasa susah nak berhujah dengan si penghujah, makin juga saya nak belajar baik-baik ilmu ekonomi. Saya bersetuju dengan saranan Kak Leen supaya membantu Islam dengan cara ini. Fardh kifayah kepada keseluruhan dan fardh ayn kepada sebahagian kecil.


Banyak juga khayalan-khayalan yang mengganas dalam minda yang membuatkan diriku rasa tertekan. Kali ni rasa mahu melompat untuk menghilangkan stress mengikut irama muzik.hahhahahha... Kali ini rasa mahu memilih K-Pop " Mr. Simple" Super Junior...hahaha...(x pernah-pernah saya minat Super Junior)

Agak geram dgn tekanan dan mahu lepaskan dengan gerakan..heh! (ada ke?)










'Because you naughty, naughty, hey! Mr. Simple 
Because you naughty, naughty, SUJU ganda! "

Wednesday, 23 May 2012

Kagum

Makin lama, makin kagum!... Aduh...perasaan apakah ini? 

kekaguman ini jugalah yang membuatkan saya mahu memperbaiki diri sebetulnya. Mahu jadikan beliau sebagai contoh...(pergh...'beliau'!!). 


Dalam kelas hari ini sewaktu ditanya perkara apakah yang mahu anda ubah pada tahun lepas , saya menjawab perkara mengenainya...belum punyai peluang lagi bertukar-tukar pendapat hingga ke hari ini...hohohohohoho...sewaktu jumpa bos besar tempoh hari, bos besar juga menyebut-nyebut akan kesungguhan beliau dalam dunia yang disukai.... :)

Tiada rasa cemburu dalam hatiku tetapi lebih merasakan mahu meningkatkan kapasiti diri...

saya percaya, saya juga punya peluang untuk berjaya..insya-Allah..



oh ya..1st Q : 4.7% tahniah :)


Kata Prof Muhd Kamil Ibrahim "Manusia tidak berhak dikagumi.
Saya berpendapat begitu. Malah lebih kita mengkagumi seseorang maka lebih cepat kita berasa kecewa apabila semakin hampir dengannya.
Tambah-tambah lagi jika apa yang kita harapkan tidak menjadi kenyataan." 

Monday, 21 May 2012

Catatan

Minggu lepas sy memulakan kehidupan sebagai seorang staf. Memang jauh dari sangkaan saya. tempat tersebut tidaklah seperti yg ditakut-takutkan. Dah bermacam saya lalui walaupun baru sahaja menempuhinya. Salah satunya pemeriksaan kesihatan. hehe...Alhamdulillah saya normal dan sihat :).

Saya juga mengambil kesempatan pada hari jumaat lepas menziari mereka di Jalan Tun Razak. Pada awalnya saya agak gementar untuk pergi tetapi saya gagahi juga diri disamping semangat yang Aisha berikan ..heheh..(sempat jumpa Aisha pun kejap je,,she's on her mom's car dah..hoh!). Bila saya masuk dalam lift, sy menghidu suasana yang pernah menjadi rutin satu waktu dahulu :). berdebar kaki melangkah dan sampailah juga dihadapan pintu kaca itu. Sebaik saja menekan 'ding-dong', kelihatan Say Hoo dan senyumannya. Senyuman itu sangat menenangkan hati. Lepas tu , saya jumpa En Mus dan lain-lain yang masih belum pulang tika itu.


Sebuah senyuman memberi kepercayaan dan it's priceless!

:)

Always put a smile no matter how..insya-Allah :)

Sunday, 13 May 2012

:)


Semalam untuk kertas terakhir diberi tiga tajuk untuk diplih satu dan antara tajuknya adalah seperti di atas. Untuk tajuk ke-3 saya hanya mampu tersenyum. " A smile is worth thousand words". Idea-idea terus meliar  dibenak fikiran. Saya teringat akan kata-kata "Biar apa pun terjadi, sentiasalah tersenyum". Sinis tetapi penuh makna.Sarat dengan kisah suka-duka kehidupan. Perasaan-perasaan yg kita rasai tentang sekeliling boleh mengugah emosi dan cara kita bertindak.
Senyuman yang diberikan oleh anak kecil, ibu/bapa, anak yatim atau orang lain yang tidak berkemampuan dan benar-benar memerlukan pertolongan atau menghargai bantuan yang kita hulurkan sangatlah bermakna berbanding dengan senyuman yang diberikan oleh orang yang baru menerima laba dunia!.
Saya pernah merasai senyuman daripada anak kecil yang mampu menghilangkan kelelahan dunia.Jika saya merindui perasaan itu, akan ku dengar lagu Ronan Keating "When you say nothing at all".





Katanya "Nothing in this world as worthy as a simple smile on her wrinkled old face".
Terdetik dalam hatiku: Seseorang itu akan menemui dan menerima konsep Agama (Deen) dan Tuhan yang benar jika usahanya semurni itu.Saya doakan.



"You say it best, when you say nothing at all"







P/s : I chose the second question on social networking eventually...huhu.. :)



Friday, 11 May 2012

Threshold

Saya takut nak mulakan kehidupan pada minggu hadapan dan minggu-minggu selepasnya. Tempat yang asing itu pasti banyak dugaan menanti..Sepatutnya kala ini saya bergelumang dengan soalan peperiksaan tetapi...huhu hanya Allah sahajalah tahu apa yang saya buat hari ini.Ya Allah, tolonglah hamba-Mu yang lemah ini. :(


Dear next week,
I'm afraid of crossing the threshold.I'm afraid of the unknown. I don't know how it will be. I'm afraid of being me. There will be no more Muni, En Zainee, Say Hoo or Dr Shabri or Dr Adit or Ust Rumaizi for me to turn to.

This year i will be fasting at a new place. I'm not sure whether the environment will be like the one i had last year at Jalan Tun Razak. Banyak tazqirah, peringatan dan lain-lain. Dulu dekat rumah sewa, those dental students were so good in creating the required environment. The second house that i lived hanya sempat duduk kejap but  still okay. Ni yang ke-3. I've seen the room and I've met the person whom I'll be sharing with.Tapi still, I'm afraid of living with unknown :(.

Oh Ya Allah...help me crossing the beginning of this new reality.



On the other note,today  i came across that person note-of- the-day. That person seems very happy with the new assignment and meeting with the renowned economist. Oh how i missed being at that person place.


"Bapanya mahukannya jadi seorang askar,
Bukan cita-citanya,
Bukan impiannya.

Dia terlalu muda tuk tinggalkan keluarga,
Bila tiba masanya,
Pilu mula terasa.

Berkecamuk hati,hatinya sendiri,
Persoalannya kini,sampai bila mampu ku bertahan,
Mampukah ku bertahan?


Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Wowo,
Nampak ketarakah dilema di wajah ku,
Wowo,
Diluarnya tenang tapi tuhan saja tahu.



Beginikah selalunya cinta,
Diakhiri sengsara,
Setelah dicurahkan semua."



Monday, 7 May 2012

Kusut

Pelik melihat perlakuan yang menjengkelkan,

Kurang pemahaman barangkali,

Kusut memikirkan hal yang terhadap,

Apa yang mahu dicapai,

Oh..buntu sekali

Kuharus bersabar dengan kesulitan hari ini

Semoga hidup kita beroleh keberkatan...


Bayi

Saya tidak pernah menjaga bayi. Kali terakhir saya berada bersama bayi adalah sewaktu kelahiran adik bongsu iaitu 15 tahun yg lepas. Apabila melihat bayi, saya terbayangkan adik. Walhal, adik saya sekarang sudah besar dan lebih tinggi daripada saya. Saya sudah lupa keadaan dan cara penjagaan adik waktu bayi. Mana tidaknya, saya baru darjah 3 tika dia lahir. Tetapi, masih segar diingatan kala adik membesar mencecah umur 3-4 dan 5 tahun.  :) . Adik sangat baik dulu, sekarang dia amatlah hohoho. :D


Kalau nak diikutkan, tahun ini saya akan mencecah 24. Maka ramailah kawan-kawan yg sudah berkahwin dan menimang cahaya mata. Kehadiran anak pertama dalam keluarga merupakan suatu penantian yang mengharukan. Hampir semua bakal ayah dan ibu mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Dari saat kelahiran hinggalah kepada memberi nama,menyediakan makan dan pakai pada anak itu.

Selepas itu, jika diizinkan Allah akan datang anak ke dua pula dalam keluarga. Sebagai anak pertama, haruslah beralah kepada adik yang lain pula untuk mendapat perhatian. Saya faham perasaan ini dan ianya tidak menyenangkan.hehehe.


Sebenarnya, saya tidaklah mahu menulis mengenai konflik dalam kalangan adik-beradik. Saya cuma terfikir tentang proses pembesaran bayi dan mahu meletakkan diri pada situasi ayah dan ibu. Menjaga bayi memerlukan kesabaran. Seseorang tidak sanggup membiarkan bayi menangis dan biarkan bayi itu berada dalam keadaan tidak selesa. Ibu bapa akan sanggup melakukan apa saja. Tetapi jasa-jasa ini bayi itu tidak mengerti. Bayi adalah seorang khalifah baru. Baaaaanyak perkara yang harus dilalui. Kita adalah contoh bayi yang telah besar dan baru mengenal dunia. Zaman persekolahan/belajar bukanlah zaman mengenal erti kehidupan untuk kebanyakan remaja hari ini. Zaman itu adalah zaman ikut kepala sendiri. Apa yang terkenal, menarik, bergaya itulah yang dianggap terbaik. Untuk sesetengah remaja, zaman persekolahan/belajarlah yg memanusiakan seseorang manusia. Banyak konflik yang dihadapi dan memerlukan diri sendiri untuk menyelesaikannya.
Oh bayi, dikau teramatlah lemah. Rasa insaf juga melihat bayi. Sangat tidak berdosa dan suci. Sewaktu pertama kali memegang bayi untuk tempoh yg agak lama, saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana lenguh sebelah tangan. Bayi makin lama makin berat. Bayi itu adalah sepupu saya yang termuda. Sebelum ini saya kagum dengan Muni kerana pandai menjaga bayi dan sekarang bukan setakat kagum tetapi terpesona pada siapa-siapa yang menjadi ibu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.


Petang tadi sewaktu melawat Kak Nas yang baru menerima penyeri hidup, saya dapat rasakan pentingnya mempunyai suatu institusi keluarga yang lengkap dan berfungsi. Kehadiran suami yang tidak pernah lelah dan tidak pernah merungut menolong isteri, dan kehadiran isteri yang pandai menjaga hal ehwal suami. Orang yang belum berkahwin sememangnya mempunyai kehidupan yang berbeza dengan orang yang sudah berkahwin. Keluarga menjadi keutamaan kepada yg telah mengikat tali. Menunaikan tanggungjawab kepada keluarga yang akan menjadi peneman dan pengisi kehidupan menjadi prioriti. 

Berkahwin bukan semata-mata kerana nafsu tetapi banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Berkahwin adalah untuk lelaki yang matang.Matang bukan hanya pada fizikal tetapi juga mental. Jika seseorang lelaki tidak bersedia meninggalkan dunia kebudak-budakkan mana mungkin boleh membimbing keluarga dengan baik (ceteris peribus). Lelaki yang matang juga perlu merancang kewangan keluarga untuk jangka panjang. Sewaktu saya menemui Ust Wan Rumaizi, beliau ada menyebut tentang perlunya merancang kehidupan yang baik untuk keluarga (sbnrnya beliau mahu melihat saya dan Isma kahwin..hahaha) .  


Bayi yang dilahirkan adalah amanah Allah. Menjadi kewajipan untuk memberi pendidikan yang berkualiti pada bayi itu. Bayi itu akan membesar dan menjadi seperti kita hari ini. Bayi itu dipanggil dewasa dan perlu memilih jalan antara dua. Kelak nanti bayi itu akan bertemu dengan pencipta-Nya pula untuk menjawab perjanjian yang telah dibuat sewaktu di alam alastu dulu.



Itulah bayi.







 

Saturday, 5 May 2012

Coretan

Kadang-kadang terasa saya seorang yang menyedihkan atau dalam lain perkataan orang yang tiada harapan.
Ah, biarlah. Saya sedar selagi saya memandang rendah pada diri, selagi itu saya akan lemah. Orang yang lemah tidak mampu berjuang untuk diri. Teringat pula kisah Maryamah (Enong) , Cinta di Dalam Gelas. Watak Maryamah amat terkesan dihati kerana disebalik kisah-kisah sedih yg menimpa hidupnya, dia mampu bertahan dengan baik. Semangat yg berkobar-kobar mahu melawan Matarom (bekas suaminya) dalam permainan catur ternyata membuahkan hasil meskipun dibantu oleh rakan-rakannya yg gila-gila ( Ikal, M.Nur dan burungnya Jose Rizal, dan lain-lain..-ahh..penyakit gila no 30 barangkali :p-)

Kental jiwanya merobek budaya yg rigid itu. Semangat sebegini yg diperlukan. Tidak kisahlah orang nak ckp apa, selagi x melawan syariat, selagi itu kita perlu yakin dgn apa yg dilakukan.


Melawat bekas guru sering kali memberi ketenangan dan pengalaman yg menyegarkan. En Roslan dan Ust Wan Rumaizi. Mahu saja berbicara panjang dgn En R tetapi masa sgt mencemburui kami. Ingin sekali berbincang hal yg lebih serius mengenai realiti ekonomi dan sektor perbankan pada hari ini. Hendak saja mengatakan kesungguhan saya untuk berada dalam kelompok itu tetapi saya diamkan kerana mahu fokus kepada apa yg dihadapan.Saya percaya pada takdir yg ditetapkan oleh Allah.


Tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa, sekali lagi bertemu dgn org yang dikagumi iaitu Dr Faisal Tehrani. Di sana juga sy mendapat kawan baru :) . Dr FT datang bukanlah kerana memenuhi undangan tetapi kerana mahu mengambil buku. Tidak semena-mena, setelah sy dan Isma penat berjalan mencari gerai yg menjual P n B akhirnya kaki kami melangkah ke gerai yg betul. Kami dengan jayanya bersembang,bertukar2 pendapat mengenai beliau bersama orang-orang hebat di situ dan tidak berapa lama kami benar-benar bersama dgn beliau yg dimaksudkan. :D. Alhamdulillah. He's good and i know it!. Meminati beliau tidak bermakna perlu terima bulat-bulat apa yg diketengahkan tetapi kita perlu "Hormat-Kritis" seperti mana yg dianjur oleh Prof Wan Mohd Nor dalam buku beliau "Penjelasan Budaya Ilmu".


Sesuatu perkara di luar jangkaan selalunya memberi perasaan mengejutkan yang tidak enak. Pengaturan yang baik boleh saja berlaku tanpa perlu menghadapi situasi yang pahit. Semua yang berlaku ada dalam pengetahuan-Nya. Kita dianjurkan untuk berdoa dan beramal supaya dapat menarik keredhaan-Nya pada kita. Pertemuan yang sekejap, kehadiran yang tidak dirancang, perpisahan yang tidak terungkap meskipun berlaku pada kadar yang cepat tetap akan mengubah sesuatu bentuk dan rupa keadaan. Seperti permainan bola sepak, kelekaan beberapa saat akan mengundang kesilapan yang besar. Begitu juga dengan kemampuan memanfaatkan peluang selama beberapa saat mampu mencipta kemenangan. Tidak akan ada 2 kemenangan atau 2 kekalahan serentak. Satu pihak mesti menang dan satu pihak mesti kalah. Begitu juga  kita, setiap pilihan yang kita ambil bakal memberi impak yang berbeza. 90 minit di padang bola sama lah juga dengan jangka hayat kita di dunia. Ruang dan kesempataan yang ada tika ini, kala masih bernafas perlu dimanfaatkan. Meski susah, sering kali rebah, peluang mencuba masih lagi ada selagi pengadil belum meniup wisel panjang.