Kadang-kadang terasa saya seorang yang menyedihkan atau dalam lain perkataan orang yang tiada harapan.
Ah, biarlah. Saya sedar selagi saya memandang rendah pada diri, selagi itu saya akan lemah. Orang yang lemah tidak mampu berjuang untuk diri. Teringat pula kisah Maryamah (Enong) , Cinta di Dalam Gelas. Watak Maryamah amat terkesan dihati kerana disebalik kisah-kisah sedih yg menimpa hidupnya, dia mampu bertahan dengan baik. Semangat yg berkobar-kobar mahu melawan Matarom (bekas suaminya) dalam permainan catur ternyata membuahkan hasil meskipun dibantu oleh rakan-rakannya yg gila-gila ( Ikal, M.Nur dan burungnya Jose Rizal, dan lain-lain..-ahh..penyakit gila no 30 barangkali :p-)
Kental jiwanya merobek budaya yg rigid itu. Semangat sebegini yg diperlukan. Tidak kisahlah orang nak ckp apa, selagi x melawan syariat, selagi itu kita perlu yakin dgn apa yg dilakukan.
Melawat bekas guru sering kali memberi ketenangan dan pengalaman yg menyegarkan. En Roslan dan Ust Wan Rumaizi. Mahu saja berbicara panjang dgn En R tetapi masa sgt mencemburui kami. Ingin sekali berbincang hal yg lebih serius mengenai realiti ekonomi dan sektor perbankan pada hari ini. Hendak saja mengatakan kesungguhan saya untuk berada dalam kelompok itu tetapi saya diamkan kerana mahu fokus kepada apa yg dihadapan.Saya percaya pada takdir yg ditetapkan oleh Allah.
Tahun ini di Pesta Buku Antarabangsa, sekali lagi bertemu dgn org yang dikagumi iaitu Dr Faisal Tehrani. Di sana juga sy mendapat kawan baru :) . Dr FT datang bukanlah kerana memenuhi undangan tetapi kerana mahu mengambil buku. Tidak semena-mena, setelah sy dan Isma penat berjalan mencari gerai yg menjual P n B akhirnya kaki kami melangkah ke gerai yg betul. Kami dengan jayanya bersembang,bertukar2 pendapat mengenai beliau bersama orang-orang hebat di situ dan tidak berapa lama kami benar-benar bersama dgn beliau yg dimaksudkan. :D. Alhamdulillah. He's good and i know it!. Meminati beliau tidak bermakna perlu terima bulat-bulat apa yg diketengahkan tetapi kita perlu "Hormat-Kritis" seperti mana yg dianjur oleh Prof Wan Mohd Nor dalam buku beliau "Penjelasan Budaya Ilmu".
Sesuatu perkara di luar jangkaan selalunya memberi perasaan mengejutkan yang tidak enak. Pengaturan yang baik boleh saja berlaku tanpa perlu menghadapi situasi yang pahit. Semua yang berlaku ada dalam pengetahuan-Nya. Kita dianjurkan untuk berdoa dan beramal supaya dapat menarik keredhaan-Nya pada kita. Pertemuan yang sekejap, kehadiran yang tidak dirancang, perpisahan yang tidak terungkap meskipun berlaku pada kadar yang cepat tetap akan mengubah sesuatu bentuk dan rupa keadaan. Seperti permainan bola sepak, kelekaan beberapa saat akan mengundang kesilapan yang besar. Begitu juga dengan kemampuan memanfaatkan peluang selama beberapa saat mampu mencipta kemenangan. Tidak akan ada 2 kemenangan atau 2 kekalahan serentak. Satu pihak mesti menang dan satu pihak mesti kalah. Begitu juga kita, setiap pilihan yang kita ambil bakal memberi impak yang berbeza. 90 minit di padang bola sama lah juga dengan jangka hayat kita di dunia. Ruang dan kesempataan yang ada tika ini, kala masih bernafas perlu dimanfaatkan. Meski susah, sering kali rebah, peluang mencuba masih lagi ada selagi pengadil belum meniup wisel panjang.

No comments:
Post a Comment