Saya agak bersyukur dengan apa yang dilalui sejak kebelakangan ini. Alhamdulillah. Tempat-tempat baru yang agak menyenangkan. Suasana dalam kelas agak gila-gila.Bahaha.
Sepanjang minggu ini saya sebenarnya agak tertekan bila ada yang mahu membincangkan isu politik. Saya tidak membenci apa yang diperkatakan tetapi rasa hujah yang saya mahu sampaikan agak berfalsafah jika mahu juga dilontarkan dan rasanya saya tidak mampu menghasilkan ucapan yang menarik. Kefahaman yang saya dapat sekarang ni pun bukan ambil masa semalaman tetapi beberapa tahun juga iaitu setelah bergaul dengan rakan-rakan yang cenderung kepada falsafah dan perbincangannya. Rasa geram bukan benci tapi menyampah.X tahu kenapa. Arghh..saya memang 'intense'.huhuu.Sepatutnya saya tak patut tertekan pun tapi rasa 'annoyed' jugalah kadang-kadang tu walaupun dia tidak taksub pada ahli politik dan pentingkan hujah yg intelektual. Nak je bagitahu rakan baru mengenai Gerakan Fethullah Gulen. Nak je suruh dia kaji gerakan ni tambah-tambah dia memang suka dengan Turki.
Nasib kau lah wahai penghujah, aku sebetulnya pernah berada dalam situasi kau. Mahu berkongsi rasa terhadap arus politik. Orang atas pagar yang akhirnya harus memilih salah satu untuk disetujui melalui peti undi. Aku penat melihat kau dan akhirnya aku memilih untuk bertentangan dalam bersetuju dengan apa yang kau sampaikan.
Makin saya rasa susah nak berhujah dengan si penghujah, makin juga saya nak belajar baik-baik ilmu ekonomi. Saya bersetuju dengan saranan Kak Leen supaya membantu Islam dengan cara ini. Fardh kifayah kepada keseluruhan dan fardh ayn kepada sebahagian kecil.
Banyak juga khayalan-khayalan yang mengganas dalam minda yang membuatkan diriku rasa tertekan. Kali ni rasa mahu melompat untuk menghilangkan stress mengikut irama muzik.hahhahahha... Kali ini rasa mahu memilih K-Pop " Mr. Simple" Super Junior...hahaha...(x pernah-pernah saya minat Super Junior)
Agak geram dgn tekanan dan mahu lepaskan dengan gerakan..heh! (ada ke?)
'Because you naughty, naughty, hey! Mr. Simple
Because you naughty, naughty, SUJU ganda! "
No comments:
Post a Comment