Sunday, 13 May 2012
:)
Semalam untuk kertas terakhir diberi tiga tajuk untuk diplih satu dan antara tajuknya adalah seperti di atas. Untuk tajuk ke-3 saya hanya mampu tersenyum. " A smile is worth thousand words". Idea-idea terus meliar dibenak fikiran. Saya teringat akan kata-kata "Biar apa pun terjadi, sentiasalah tersenyum". Sinis tetapi penuh makna.Sarat dengan kisah suka-duka kehidupan. Perasaan-perasaan yg kita rasai tentang sekeliling boleh mengugah emosi dan cara kita bertindak.
Senyuman yang diberikan oleh anak kecil, ibu/bapa, anak yatim atau orang lain yang tidak berkemampuan dan benar-benar memerlukan pertolongan atau menghargai bantuan yang kita hulurkan sangatlah bermakna berbanding dengan senyuman yang diberikan oleh orang yang baru menerima laba dunia!.
Saya pernah merasai senyuman daripada anak kecil yang mampu menghilangkan kelelahan dunia.Jika saya merindui perasaan itu, akan ku dengar lagu Ronan Keating "When you say nothing at all".
Katanya "Nothing in this world as worthy as a simple smile on her wrinkled old face".
Terdetik dalam hatiku: Seseorang itu akan menemui dan menerima konsep Agama (Deen) dan Tuhan yang benar jika usahanya semurni itu.Saya doakan.
"You say it best, when you say nothing at all"
P/s : I chose the second question on social networking eventually...huhu.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment