Tuesday, 31 January 2012

Soal Hati

Al Bousseeri said in his poetry:

"Does the lover think that his love can be concealed?
While his eyes are shedding tears and his heart is glowing,
Had it not been for love, you would not have shed tears at the ruins (of your beloved), nor would you become restless at the remembrance of the cypress (tree) at the high mountain,How do you deny love after the testimony, Borne against you by (such) reliable witnesses as your tears and your illness".



-Sara Izutsu pm kat fb lama dulu...
masih lagi kena pada tika ini,
persoalan dihati x mampu dijangka,
boleh terbawa-bawa sampai infiniti,
sampai bila harus begini?
sampai hati itu hidup kembali
hidup mencari jawapan untuk cinta hakiki..


aahh..menaip itu mudah, berkata itu senang, membuat????


walk the talk then!



pernah dulu sini

Mesej

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha (al-Baqarah ayah 286). "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Dalam Risalah, amat cantik bila dikaitkan ayat ini dengan adanya martabat dalam penciptaan termasuklah insan itu sendiri. "Kesanggupan" atau kemampuan seseorang memikul suatu tanggungjawab, amanah serta punya suatu peranan tidak dapat tidak haruslah dilihat potensi seorang insan itu. Tidak boleh disamaratakan semua orang. Dari itu tidak perlu timbul isu perasaan hasad dengki jika difahami peranan, potensi dan "kesanggupan" setiap org itu berbeza-beza. Tiada perlu juga rasa iri pada mereka yang "lebih". Tidak sepatutnya juga meminggirkan ilmuwan yang benar bahkan meremehkan diri mahupun pemikirannya. Bila sedar "dia begitu kerana dia ada kesanggupan dan ada peranan yg mesti dimainkan" serta insaf mungkin diri (atau org lain) tiada mampu membebani hal tersebut.

"...adalah suatu kesalahan besar bagi kita sekiranya disamaratakan taraf masing-masing, ya'ni taraf ulama yang kurang sempurna kewibawaannya dengan yang cukup sempurna kewibawaannya yang sah..." (Risalah hlm. 150)

Menarik juga bila diperhatikan petikan ini dirangkumkan dalam bab "Masalah Kegentingan Kaum Muslimin: Sebab-sebab dalaman". Wallahu a'lam."


Dari adikku nun jauh di Singapura. Siti Aisyah Jamil.



-mendapat tahu ketekadkan seseorang untuk berada di jabatan yang pernah saya singgahi dahulu sememangnya mengundang kejutan. Semoga Allah melengkapi kekurangan kita dengan kelebihan orang lain dan kelebihan kita dapat menampung kelemahan orang lain...

begitulah sebetulnya...

Monday, 30 January 2012

Thoreau

Menjumpai video ini

Mahu mengenali "Walden"...






Selamat berkenalan.


Tidak pasti saya akan menyukai atau sebaliknya.

Friday, 27 January 2012

Apa yang terbuku...

1) Saya sering kali menolak jemputan-jemputan (bc: bukan jemputan drpd kawan2)kebelakangan ini kerana saya mahu mengelak daripada soalan "skrg buat apa?" oleh mereka yang lebih tua. Yea, sy baru sahaja berhenti kerja kerana bla bla bla dan bercadang bla bla bla bla. Saya sangat tidak kuat untuk memberi jawapan seperti ini. Pernah juga sebelum ini sy memberi jawapan seperti itu, alik-alik banyak perlu soalan yang ditanya. Aishhhh...Saya sangat tidak bersedia buat masa ini dan mungkin sy akan buang habit ini setelah hantar permohonan untuk belajar di peringkat sarjana.Ya Allah permudahkanlah..

2) Sudah lama saya membuka account di Goodreads tetapi sejak akhir-akhir ini sahaja baru kembali aktif. Nampaknya Goodreads mmg memberi cabaran kpd kita untuk mengejar jumlah buku yang dijadikan matlamat untuk dibaca pada tahun ini. Ada juga buku dlm simpanan saya tidak dapat dimasukkan dalam Goodreads mungkin disebabkan buku ini tidak dijual atas talian barangkali. Sekarang saya baca buku ikut mood. Sekejap sentuh David Baldacci : Last Man Standing, Sekejap sentuh Japanese Contribution to Islamic Studies the legacy of Toshihiko Izutsu oleh Dr Anis Malik Thoha. Rasa juga nak sentuh Pengantar Ilmu Tauhid oleh Ustaz Abd Latif muda dan isteri. Tiba-tiba ambil buku The Coming Economic Collapse...aishhhhh..x berprioriti betul. Saya rasa setiap hari nak tetapkan matlamat apa yang perlu dicapai untuk satu-satu hari dan bagaimana ianya boleh membantu perkembangan diri.



~Semestinya blog ini perlu dijadikan medan untuk saya berkongsi dan perkongsian itu perlulah bermanfaat... :)



Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad...

Thursday, 26 January 2012

Di Bawah Lindungan Ka'bah






Tiada komen,,anda harus tontoninya sendiri....

Monday, 23 January 2012

Demam

Ya


Saya demam..


hidung berair, tersumbat dan macam2 lagi kesan



Itu demam fizikal,,bagaimana pula demam dalaman?



kata-kata kak Siti Fauziana ini amatlah terkesan

“Mintalah bantuan dalam urusan mu dgn sabar dan solat. Dan sesungguhnya yg demikian itu adalah sungguh berat kecuali bg org2 yg khusyuk iaitu org2 yg menyakini bahawa mrk akn menemui Tuhannya dan bahawa kpdNyalah mrk akan kembali” (Al-Baqarah:45)

Melalui firman Allah s.w.t ini kita faham utk menjadi org yg sabar itu susah dan utk kekal solat juga susah. Kedua-duanya amat sukar dilaksanakan melainkan bila telah mencapai satu tahap khusuk dan yakin.

Solat amalan zahir sedangkan sabar amalan batin. Begitu juga “khusyuk” dan “yakin” adalah perbuatan hati bukan zahir. Kalau kita renungkan, yg mesti didahulukan ialah amalan hati, iaitu berusaha bersungguh-sungguh mencapai tahap yakin akan pertemuan dgn Allah, tentang Allah melihat setiap gerak-geri kita.(Nota saya:bukan mudah!)

Pencapaian ini nanti yg akan menentukan kualiti solat kita. Kualiti solat ini pula yg menentukan kejayaan kita diakhirat kelak ketika Allah memanggil semua manusia utk diperiksa solat mrk.

Kualiti solat ada lima peringkat

1) solat org jahil
2) solat org lalai
3) solat org yg lalai separuh khusyuk separuh
4) solat org khusyuk
5) solat nabi2 dan Rasul

Melalui solat yg dilakukan dpt kita menilai tahap iman (keyakinan) kita. Sebab itu, bila dikatakan iman itu boleh turun naik, ia dpt dilihat dari perbuatan zahir kita. Kita tdk perlukan org lain utk menilai, kita sendiri boleh mengukur.

Ini belum lagi masuk dlm bab redha, syukur dan ikhlas. Baru tahap sabar dan yakin.



Di manakah saya? Demam dalaman juga perlu segera diubati!

Saturday, 21 January 2012

Lampau

Dulu
diri ini mengagumi

hari ini
pertama kali berjumpa meskipun tidak berbicara
dan ahh..manusia itu biasa saja
tiada lagi kekaguman lampau
mungkin juga saya sudah matang
tidak lagi memandang luaran
sebagai kayu ukur perbandingan


~agak kelakar bila mengingati peristiwa yg lampau ini...dulu walaupun fizikal yg hidup jauh tetapi fizikal yg tidak hidup dekat..skrg ke-dua-duanya sudah jauh

hahaha :D

Sunday, 15 January 2012

Kegagalan?

Sejak kebelakangan ni, selalu saja fikiran saya mempersoal tentang nasib yg menimpa. Saya x suka pada diri saya. Saya ni bukan jenis lembut jika hak saya terancam.Kalau terganggu sikit-sikit saya boleh memaafkan tapi bagaimana pula jika hak saya diganggu dan disertai dengan sindiran etc..


Sy akan jadi benar2 keras dan saya benci pada diri sy. Saya benci terhadap kesalahan2 yg di buat. Kadang2 rasa dihantui mengapalah sy x amalkan apa yg Islam ajar???Nabi x pernah marah bila org2 kafir membelakangkan da'wah yg dibawa...Setakat saya ni apa lah sgttttttt....saya kadang2 merasakan susahnya untuk mendapat kejayaan disebalik kesusahan=kesusahan yang saya alami...Saya mahu hidup tenang dan aman..Sy tidak suka pada kekerasan,paksaan,sindiran. Perkara2 ini jika berlaku sebenarnya merampas ketenangan saya. Saya x mahu hidup dalam keadaan diperlekeh. Saya yakin bahawa saya mampu jadi lagi baik. Bukan setakat ini and that's it. Tidak. saya mampu jadi lagi baik...Akan saya jadikan keperlekehan org pada saya sbgai sbb untuk sy jadi lg baik.Saya yakin saya mampu jadi lagi baik.



The story of Muslim scholars never fails me!





http://www.youtube.com/watch?v=Qc8ZbVcdHpg






~entri ini ditulis kerana saya telah gagal dalam "Tunggu Nanti Bagitahu"

Friday, 13 January 2012

Erti hidup pada memberi...







I'm a new soul
I came to this strange world
Hoping I could learn a bit bout how to give and take.
But since I came here,
Felt the joy and the fear
Finding myself making every possible mistake



Yael Naim -New Soul-

Rasa nak jadi pendidik...x nak kisah dgn orang yg x membantu meningkatkan pembentukan dalaman...kehidupan yg dibayangi kesilapan lampau??? So what???

nk jadi lebih baik dan cemerlang...


nak tingkatkan kemahiran diri..fikiran,perbuatan...insya-Allah



“Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma – which is living with the results of other people’s thinking. Don’t let the noise of other’s opinions drown out your own inner voice. And most important, have the courage to follow your heart and intuition. They somehow already know what you truly want to become. Everything else is secondary.” - Steve Jobs’ Stanford Commencement Address

Wednesday, 11 January 2012

Graduates...

"Actually from my perspective, we're not producing enough graduates - tertiary enrollment in Malaysia is sub-30%, compared to an average 60%-70% in the OECD. Tertiary education empirically is one of the biggest factors in raising lifetime incomes.

But the problem of skills mismatch is real
. Local business surveys are consistent in pointing this out, and I've much anecdotal evidence that supports this as well.

While I won't exempt universities from being part of the problem, it goes deeper than that - as they say, garbage in garbage out (full disclosure: my wife is a senior lecturer at a local U).

We have to relook the approach to education right from the bottom. There's too much emphasis on rote learning and regurgitation, which leaves final graduates without the cognitive and non-cognitive skills to deal with dynamic workplace environments. We also have to ensure that parents are fully involved in the education process, something that has also been empirically proven to improve learning outcomes.

As my old CEO used to say about local graduates - can't read, can't write, can't speak, and won't listen. That might sound harsh, but unfortunately too close to the truth."


taken from econsmalaysia.blogspot.com

Motivasi hidup?

Saya merasakan seolah-olah agak sukar untuk memilih perkara yang kita mahu lakukan. Kadang-kadang bukan tidak mampu tetapi tidak tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat.


Ini kerana sy tiada penasihat tetap. Ramai orang mempunyai ahli keluarga yg boleh dipercayai untuk dijadikan penasihat.Malah ianya lebih mudah kerana penasihat dalam kalangan ahli keluarga rapat mahukan kita untuk berjaya seperti mereka atau menjadi lebih baik dari mereka.Contohnya, seorang ibu mampu memberi tunjuk ajar kpd anak dan tahan dgn kerenah anak dan mengharapkan anaknya melakukan yang terbaik. Tetapi tidak semua bernasib baik mempunyai ibu atau ayah atau abang atau kakak atau mak cik atau pak cik atau kakak saudara atau abang saudara yang boleh dijadikan contoh teladan untuk membuatkan kita bersemangat melakukan sesuatu.

Bagi saya, tempoh yang paling runcing untuk fasa menjadi dewasa ini adalah pada waktu selepas seseorang bergraduasi. Untuk kanak-kanak melalui pemerhatian saya, tempoh yang genting adalah pada umur 13,14,15.

Di sini saya akan fokuskan pada tempoh selepas seseorang bergraduasi untuk ijazah pertama kerana ianya lebih cocok dengan situasi yang saya hadapi. Saya memberi tempoh tiga tahun kepada diri sebelum saya betul-betul stabil.

Usia 24,25,26. Tika ini saya golongkan diri termasuk dlm linkungan 24 tahun walaupun pada bulan lepas umur saya baru sahaja mencecah 23. Patutlah ramai yang mahu berkahwin pada usia ini kerana kehidupan pada usia ini akan menguji tahap keupayaan anda berhadapan dgn perkara yang belum pernah anda lalui. Dunia pekerjaan adalah baru untuk hidup anda kala ini. Seseorang akan berasa tidak pasti terhadap perkara yang mahu dilakukan. Pilihan yang akhirnya diambil mungkin saja disebabkan imbuhan kewangan atau lain-lain.Pilihan harus juga dibuat.

Kebanyakkan kerja pada fasa ini bersifat sementara dan seseorang hanya mahu mencari pengalaman sebagai basis sebelum mendapatkan perkara yang ingin dilakukan dalam hidupnya. Jika seseorang sudah berpasangan pada fasa ini, sokongan pasangan amatlah penting kerana masing-masing tidak mempunyai apa-apa dan masing-masing mahu pergi jauh dalam melayari alam perkahwinan.Masing-masing ada tempat untuk berkongsi rasa dan sokong-menyokong antara satu sama lain (ceteris peribus). Bagi yang belum berkahwin, mungkin akan mencari sokongan dalam kalangan ahli keluarga,guru-guru atau rakan-rakan

Untuk diri saya, saya mempunyai sokongan rakan taulan dan guru-guru(termasuk mereka di Jalan Tun Razak..i heart those days..i miss the assignments n presentation u gave..i miss the discussion btw me,execs,the manager/s and the big bos..i miss my mischievous days with muni..i miss everything..tingkat 5,40,2,36,dalam lift, Darby Park, Tbg Hj, Ampg Park etc ).Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah.

my tears would fall whenever i read the replied e-mails,sms-es,phone calls etc... only Allah knows how much i love them!


I know things arent always good..i know someday i may dislike them as much as i love them now..(na'uzubillah)..I really hope Allah will direct me to His way...

Nota lain:
1) Saya telah membuat keputusan yang agak keras untk hidup saya dengan memberhentikan perkhidmatan yang tidak membantu saya untuk maju ke hadapan
2) Dalam lain perkataan, sy memilih kebahagiaan berbanding wang ringgit dan saya harus bertahan dengan keadaan sekarang. Saya perlu mengawal perbelanjaan dan saya berharap saya mampu mengawal minda untuk itu... :(


Sekarang saya agak cepat marah kpd mereka yang cepat menghukum/menilai/merendahkan saya...ehmmm...

Tuesday, 3 January 2012

2012

Landskap tahun baru 2012 benar-benar telah berubah untuk saya. Saya sememangnya mencari kekuatan dalaman untuk terus percaya pada pengaturan-Nya. Saya sedar keimanan saya teruji pada detik-detik ini. Sengaja saya bawa bersama 1 bag penuh berisi buku-buku.Moga-moga kehidupan saya terisi dan saya mampu untuk lihat kemanisan walaupun kepahitan yg dirasa.


Cemburu dengan segelintir yang sudah mendapat rezeki daripada Allah??? ahhh...ini boleh merendahkan martabat disisi-Nya jika berterusan cemburu.



-humble and creativity in thinking-