"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha (al-Baqarah ayah 286). "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." Dalam Risalah, amat cantik bila dikaitkan ayat ini dengan adanya martabat dalam penciptaan termasuklah insan itu sendiri. "Kesanggupan" atau kemampuan seseorang memikul suatu tanggungjawab, amanah serta punya suatu peranan tidak dapat tidak haruslah dilihat potensi seorang insan itu. Tidak boleh disamaratakan semua orang. Dari itu tidak perlu timbul isu perasaan hasad dengki jika difahami peranan, potensi dan "kesanggupan" setiap org itu berbeza-beza. Tiada perlu juga rasa iri pada mereka yang "lebih". Tidak sepatutnya juga meminggirkan ilmuwan yang benar bahkan meremehkan diri mahupun pemikirannya. Bila sedar "dia begitu kerana dia ada kesanggupan dan ada peranan yg mesti dimainkan" serta insaf mungkin diri (atau org lain) tiada mampu membebani hal tersebut.
"...adalah suatu kesalahan besar bagi kita sekiranya disamaratakan taraf masing-masing, ya'ni taraf ulama yang kurang sempurna kewibawaannya dengan yang cukup sempurna kewibawaannya yang sah..." (Risalah hlm. 150)
Menarik juga bila diperhatikan petikan ini dirangkumkan dalam bab "Masalah Kegentingan Kaum Muslimin: Sebab-sebab dalaman". Wallahu a'lam."
Dari adikku nun jauh di Singapura. Siti Aisyah Jamil.
-mendapat tahu ketekadkan seseorang untuk berada di jabatan yang pernah saya singgahi dahulu sememangnya mengundang kejutan. Semoga Allah melengkapi kekurangan kita dengan kelebihan orang lain dan kelebihan kita dapat menampung kelemahan orang lain...
begitulah sebetulnya...
No comments:
Post a Comment