Wednesday, 11 January 2012

Motivasi hidup?

Saya merasakan seolah-olah agak sukar untuk memilih perkara yang kita mahu lakukan. Kadang-kadang bukan tidak mampu tetapi tidak tahu apa yang sepatutnya perlu dibuat.


Ini kerana sy tiada penasihat tetap. Ramai orang mempunyai ahli keluarga yg boleh dipercayai untuk dijadikan penasihat.Malah ianya lebih mudah kerana penasihat dalam kalangan ahli keluarga rapat mahukan kita untuk berjaya seperti mereka atau menjadi lebih baik dari mereka.Contohnya, seorang ibu mampu memberi tunjuk ajar kpd anak dan tahan dgn kerenah anak dan mengharapkan anaknya melakukan yang terbaik. Tetapi tidak semua bernasib baik mempunyai ibu atau ayah atau abang atau kakak atau mak cik atau pak cik atau kakak saudara atau abang saudara yang boleh dijadikan contoh teladan untuk membuatkan kita bersemangat melakukan sesuatu.

Bagi saya, tempoh yang paling runcing untuk fasa menjadi dewasa ini adalah pada waktu selepas seseorang bergraduasi. Untuk kanak-kanak melalui pemerhatian saya, tempoh yang genting adalah pada umur 13,14,15.

Di sini saya akan fokuskan pada tempoh selepas seseorang bergraduasi untuk ijazah pertama kerana ianya lebih cocok dengan situasi yang saya hadapi. Saya memberi tempoh tiga tahun kepada diri sebelum saya betul-betul stabil.

Usia 24,25,26. Tika ini saya golongkan diri termasuk dlm linkungan 24 tahun walaupun pada bulan lepas umur saya baru sahaja mencecah 23. Patutlah ramai yang mahu berkahwin pada usia ini kerana kehidupan pada usia ini akan menguji tahap keupayaan anda berhadapan dgn perkara yang belum pernah anda lalui. Dunia pekerjaan adalah baru untuk hidup anda kala ini. Seseorang akan berasa tidak pasti terhadap perkara yang mahu dilakukan. Pilihan yang akhirnya diambil mungkin saja disebabkan imbuhan kewangan atau lain-lain.Pilihan harus juga dibuat.

Kebanyakkan kerja pada fasa ini bersifat sementara dan seseorang hanya mahu mencari pengalaman sebagai basis sebelum mendapatkan perkara yang ingin dilakukan dalam hidupnya. Jika seseorang sudah berpasangan pada fasa ini, sokongan pasangan amatlah penting kerana masing-masing tidak mempunyai apa-apa dan masing-masing mahu pergi jauh dalam melayari alam perkahwinan.Masing-masing ada tempat untuk berkongsi rasa dan sokong-menyokong antara satu sama lain (ceteris peribus). Bagi yang belum berkahwin, mungkin akan mencari sokongan dalam kalangan ahli keluarga,guru-guru atau rakan-rakan

Untuk diri saya, saya mempunyai sokongan rakan taulan dan guru-guru(termasuk mereka di Jalan Tun Razak..i heart those days..i miss the assignments n presentation u gave..i miss the discussion btw me,execs,the manager/s and the big bos..i miss my mischievous days with muni..i miss everything..tingkat 5,40,2,36,dalam lift, Darby Park, Tbg Hj, Ampg Park etc ).Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah.

my tears would fall whenever i read the replied e-mails,sms-es,phone calls etc... only Allah knows how much i love them!


I know things arent always good..i know someday i may dislike them as much as i love them now..(na'uzubillah)..I really hope Allah will direct me to His way...

Nota lain:
1) Saya telah membuat keputusan yang agak keras untk hidup saya dengan memberhentikan perkhidmatan yang tidak membantu saya untuk maju ke hadapan
2) Dalam lain perkataan, sy memilih kebahagiaan berbanding wang ringgit dan saya harus bertahan dengan keadaan sekarang. Saya perlu mengawal perbelanjaan dan saya berharap saya mampu mengawal minda untuk itu... :(


Sekarang saya agak cepat marah kpd mereka yang cepat menghukum/menilai/merendahkan saya...ehmmm...

No comments:

Post a Comment