Ya
Saya demam..
hidung berair, tersumbat dan macam2 lagi kesan
Itu demam fizikal,,bagaimana pula demam dalaman?
kata-kata kak Siti Fauziana ini amatlah terkesan
“Mintalah bantuan dalam urusan mu dgn sabar dan solat. Dan sesungguhnya yg demikian itu adalah sungguh berat kecuali bg org2 yg khusyuk iaitu org2 yg menyakini bahawa mrk akn menemui Tuhannya dan bahawa kpdNyalah mrk akan kembali” (Al-Baqarah:45)
Melalui firman Allah s.w.t ini kita faham utk menjadi org yg sabar itu susah dan utk kekal solat juga susah. Kedua-duanya amat sukar dilaksanakan melainkan bila telah mencapai satu tahap khusuk dan yakin.
Solat amalan zahir sedangkan sabar amalan batin. Begitu juga “khusyuk” dan “yakin” adalah perbuatan hati bukan zahir. Kalau kita renungkan, yg mesti didahulukan ialah amalan hati, iaitu berusaha bersungguh-sungguh mencapai tahap yakin akan pertemuan dgn Allah, tentang Allah melihat setiap gerak-geri kita.(Nota saya:bukan mudah!)
Pencapaian ini nanti yg akan menentukan kualiti solat kita. Kualiti solat ini pula yg menentukan kejayaan kita diakhirat kelak ketika Allah memanggil semua manusia utk diperiksa solat mrk.
Kualiti solat ada lima peringkat
1) solat org jahil
2) solat org lalai
3) solat org yg lalai separuh khusyuk separuh
4) solat org khusyuk
5) solat nabi2 dan Rasul
Melalui solat yg dilakukan dpt kita menilai tahap iman (keyakinan) kita. Sebab itu, bila dikatakan iman itu boleh turun naik, ia dpt dilihat dari perbuatan zahir kita. Kita tdk perlukan org lain utk menilai, kita sendiri boleh mengukur.
Ini belum lagi masuk dlm bab redha, syukur dan ikhlas. Baru tahap sabar dan yakin.
Di manakah saya? Demam dalaman juga perlu segera diubati!
No comments:
Post a Comment