Friday, 27 January 2012

Apa yang terbuku...

1) Saya sering kali menolak jemputan-jemputan (bc: bukan jemputan drpd kawan2)kebelakangan ini kerana saya mahu mengelak daripada soalan "skrg buat apa?" oleh mereka yang lebih tua. Yea, sy baru sahaja berhenti kerja kerana bla bla bla dan bercadang bla bla bla bla. Saya sangat tidak kuat untuk memberi jawapan seperti ini. Pernah juga sebelum ini sy memberi jawapan seperti itu, alik-alik banyak perlu soalan yang ditanya. Aishhhh...Saya sangat tidak bersedia buat masa ini dan mungkin sy akan buang habit ini setelah hantar permohonan untuk belajar di peringkat sarjana.Ya Allah permudahkanlah..

2) Sudah lama saya membuka account di Goodreads tetapi sejak akhir-akhir ini sahaja baru kembali aktif. Nampaknya Goodreads mmg memberi cabaran kpd kita untuk mengejar jumlah buku yang dijadikan matlamat untuk dibaca pada tahun ini. Ada juga buku dlm simpanan saya tidak dapat dimasukkan dalam Goodreads mungkin disebabkan buku ini tidak dijual atas talian barangkali. Sekarang saya baca buku ikut mood. Sekejap sentuh David Baldacci : Last Man Standing, Sekejap sentuh Japanese Contribution to Islamic Studies the legacy of Toshihiko Izutsu oleh Dr Anis Malik Thoha. Rasa juga nak sentuh Pengantar Ilmu Tauhid oleh Ustaz Abd Latif muda dan isteri. Tiba-tiba ambil buku The Coming Economic Collapse...aishhhhh..x berprioriti betul. Saya rasa setiap hari nak tetapkan matlamat apa yang perlu dicapai untuk satu-satu hari dan bagaimana ianya boleh membantu perkembangan diri.



~Semestinya blog ini perlu dijadikan medan untuk saya berkongsi dan perkongsian itu perlulah bermanfaat... :)



Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad...

No comments:

Post a Comment