Saturday, 31 March 2012

Anugerah dari kegagalan

Lagu ini sering saya dengar dalam kereta sekitar tahun1994-1995-1996. Dulu saya ingatkan lagu ini lagu Pinocchio sbb dia ada bunyi hey,hey macam dalam cerita Pinocchio yg sy tonton berulang-ulang kali waktu itu.Ada babak ketika Pinocchio nak g sekolah ada musang jahat kacau dia dan nanyi lagu yang ada hey,hey . Selepas kaset lagu ni dah x de (hilang/rosak) , saya sudah tidak lg mendengar lagu ini dan lagu melayu yg sezamannya. Beberapa minggu lepas sewaktu mencari siaran radio di mp3 , saya terdengar kembali lagu ini ke udara dan hari ini tergerak untuk mencari lirik dan lagunya di youtube. X sangka lagu ini amat bermakna liriknya dan x sangka lagu ini bukan lagu Pinocchio!





Aku pelajari
mengenali diri
dan siapa kita
di bumi Tuhan
oh oh..






Kebetulan?

Tadi telefon terus menerus berdering menerima panggilan dari mereka yg x dikenali. Rupanya mereka nk tnya bilik yg sy iklankan. X sangka cepat betul masuk 'pasaran'. Harapnya dapat bakal penyewa yg jujur dan pembersih.


Dalam nota lain:

Kebetulan. Miracle. Apa yg betulnya dan apa yg ajaibnya?. Makin banyak pengalaman hidup makin x percaya saya pada kebetulan. Kebetulan yg coincidence ataupun penyebab kepada sesuatu sy boleh terima. Contohnya,awak sedang iklankan rumah sewa dan kebetulan ada orang cari dan nak rumah tu atau awak dalam kesusahan dan ada orang secara sukarela tanpa diminta mahu hulurkan bantuan.


Kebetulan yang saya x boleh terima adalah kebetulan yang superstitious yang x semena-mena. Bila nampak kucing hitam, alamatnya perkara buruk nak berlaku atau pakai tangkal untuk elak penyakit atau kalau pergi mana-mana tiba-tiba selalu nampak banyak logo syarikat yang awk mohon kerja lepas tu awak percaya jodoh awk dengan tempat kerja tu kuat atau awak jadi pengapit majlis kahwin dan awak rasa jodoh awak dah dekat (whattheheck!) atau awak stalk maklumat yg absurd berkenaan seseorang contohnya birthday atau jenis rambut atau bentuk muka atau benda2 lain yg absurd yang membuatkan awk suka dan tetiba percaya jodoh makin dekat adalah sangat tidak masuk akal.Nak-nak pula, org yg percaya benda-benda mcm ni menyuruh org lain percaya macam dia percaya.


Lainlah kalau kebetulan yg universal seperti whatever goes around, comes around dan juga kebetulan yg termaktub sudah dalam al-Quran dan sunnah contohnya ciri-ciri mereka yang mati syahid, tanda-tanda hari kiamat dll.




Semua perkara yang berlaku ada dalam pengetahuan Allah. Seeloknya, sebelum membuat sesuatu kita refer pada nasihat yg diberikan oleh agama.






Ini peringatan atau nasihat untuk diri saya.Sekian.

Thursday, 29 March 2012

Sedih

I hate myself...i really really hate myself. I think i no longer know who i really am.


It's hard for me to control myself. It's hard for me to control my anger, my hope, my determination towards something.

I wonder,

Why i am so lazy these days??

Why i hate something that i hardly understand it?

Why i hope that one day i will be accepted?

Why i am lacking of zikr and fikr??

Why i put the insignificant event higher than the significant one?


Why i am so weak?...i bear a broken heart inside! Events have continuously stabbed my fragile hope. Ya Allah, why i no longer feel energized in doing what i like?


It's hard for me to forget the humiliations towards me . I can forgive but somehow hard to forget. I can smile but i am unable to be friendly because i don't want to remember the mistake or the shame. Is it wrong for me not to be friendly?Is it wrong for me not to feel inferior!!!!!!!!!!!




Oh Ya Allah,, I need your love to shower my heart!!! I need your light to show my way, I need your bounty to survive in this life. Oh Allah, I need you...





Allah, Allah, Allah..."Ya Allah tunjukilah kami kebenaran dan berikan kami jalan untuk mengikutinya, dan tunjukan kami kebatilan dan berikan kami jalan untuk menjauhinya"

Allahumma ameen...



hari-hari dalam ketangisan....

Wednesday, 28 March 2012

Parenting

Saya sangat menyukai Nanny 911. Banyak teknik 'parenting' yang membuka mata digunakan.



Fahamlah saya knp situasi yg kurang menyenangkan wujud.



:)


Menggigil

Seperti yang sudah dijangka keputusannya. Saya menggigil. Bukan kerana takut tetapi sedikit keliru. Keliru selepas sakit mendengar kenyataan yg memeritkan. Saya tahu Allah yang mengaturkan segala-galanya ttg kehidupan. Mengapa begitu sukar untuk yg lain tunggu untuk mengecapi kejayaan? .Pemikiran sempit yg x dapat diubah. Tiba-tiba menjadi keliru.Masihkah punya harapan?.



mahu doa dan terus doa..... :)

Monday, 26 March 2012

Harapan kecil

Harapan-harapan kecil telah termakbul pada hari-hari lalu. Antaranya mahu menonton Into the Wild dan mahu sangat menerima balasan e-mel dari bekas pengurus sosio-ekonomi!hehe...

Saya jarang menghargai cerita yg ditayang di t.v jika jalan ceritanya mengelirukan. Disebabkan sudah ramai yang membuat review Into the Wild, saya mmg nak sgt nk tgk. Sana-sini saya cari tp x disangka2 wktu dah hbs kemas rumah, sy tergerak untuk buka t.v tiba-tiba ambik kau Into the Wild was on tv!. Habis org kat rumah( my sister and her friend) sy panggil untuk tengok sekali walaupun selepas itu harus bersiap pulang ke kampung!

Esoknya pula, elok-elok je baru online sy terima e-mel yg dihantar 15minutes ago daripada bekas pengurus sosio-ekonomi. Terbaiklah! dekat sebulan sy tunggu untuk beliau membalas...


-Kedua-dua kejadian ini memberi semangat untuk saya meneruskan pada apa yang saya percaya dan bagaimana mahu bertindak. Ianya membuatkan saya tidak keseorangan. Sewaktu membawa kaki melangkah menonton Bunohan dan The Hunger Games ala 'forever alone' tempoh hari, saya agak meluat apabila terserempak dengan a bunch of young execs lepasan luar atau dalam negara yang ditaja oleh syarikat besar negara dan bonded untuk kerja dengan tempat tersebut. Padahal ini bukanlah kali pertama sy melihat golongan ini. Sewaktu di Jalan Tun Razak dulu pun ramai je. Sebelah jabatan saya dulu, ramai juga 'budak2 international'-dlm konteks sy dan muni- . Pada waktu itu, muni je rasa mereka2 ni 'lain' dan saya menidakkan dakwaan muni itu kerana ada je dalam kalangan ahli keluarga yang oversea-oversea ni tp x 'lain'. Tapi tu la, yg x lain tu ahli keluarga dan beberapa hari lepas, sy rasa sy faham bagaimana muni rasa ketika itu. Saya meluat tgk mereka. Diorang ni sy rasa kbnyakan x rasa/faham ma'na kehidupan. X dinafikan rasa inferior itu wujud bila berada dihadapan mereka. Graduan luar negara sentiasa dipandang tinggi berbanding graduan dalam negara. Talk to the hand!


  • Bekas pengurus Socio-ekonomi pun dulunya Graduan Luar Negara tp dia baik selalu tolong saya, muni dan saiful. Beliau tidak kisah dengan cara kami berkomunikasi. Seriously.

  • Orang pandai macam Christ McCandless pun celik akal dan berduit tu pun sanggup meninggalkan segalanya kerana mahu mencari kebenaran dan benci dgn sikap hipokrit manusia.


Sbb itu saya katakan e-mel dan Into the Wild memberi penegasan pada saya bahawa saya tidak kesorangan dan saya ada jalan saya yang Allah sediakan. Kebenaran yang dicari Alexander Supertrump itu gagal menemui kebenaran yang hakiki. X dinafikan, ianya membuka mata ramai orang. Saya juga meluat dengan kehidupan superficial dan saya juga sedang mencari cara untuk bertindak sewajarnya menghadapi hari-hari mendatang.


Untuk ini, mmg wajar keluar melihat dunia..sgt wajar.. kalau duduk je kat satu-satu tempat je, kita akan jadi penat sbb akan melihat rutin yang sama setiap hari.BOSAN. Perlu keluar bergerak menghayaun kaki melihat dunia.
























































Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku.

Wednesday, 21 March 2012

x patut

Saya x patut berada di sini hari ini. Tetapi saya jugalah yang membuat pilihan itu. Terasa timid dan folly. Saya mahu memperbaiki diri dari segi ilmu dan lain-lain. Saya masih belajar. Ya Allah...susahnya nak hidup.

waktu-waktu macam ni rasa nak cari Mawlana Rumi tp x bawa pula ke mari.Huuu..






~membawa diri sorang2 menghayun kaki ke sana ke mari lalu memilih "Bunohan". Komen : mmg sama taraf dgn ong bak ..takut betul part lawan-lawan...Sebetulnya, banyak scene yg membuatkan kita berfikir. Kerakusan manusia tanpa sempadan.

Monday, 19 March 2012

Kembali

Komputer peribadi sudah pulih. Terasa seperti mendapat semula sebahagian daripada saya. Sudah lama terpisah dengan mesin ini. Kali terakhir berfungsi kalau x silap bulan 7 atau 8 tahun lalu.



Sekarang boleh kembali mendengar Outlandish,Michael Bubble,Mestica etc dan mengedit gambar..heh!

Hari rabu ini mungkin akan ada kesan pada masa depan atau tiada langsung. X mengapa, kerana sejak barang2 dan buku2 yang dikumpul tahun-tahun sebelum ini dah kembali ke rumah dan dah masuk bilik saya semalam, saya makin sedar saya mempunyai timbunan buku2 yang harus dibaca.GILA. Dah la x de tempat nak letak. huuuhh....

Seronok melihat semula Nasihat al-Muluk, How to Feel Confident,The Bottom Billion,101 Things You Didnt Know About Da Vinci, The Power of Thinking Big , Islam and Secularism dan juga buku2 Osman Nuri Topbas. Bermacam2 lagi judul yang ada dan ini membuatkan saya berhenti seketika menelaah Bad Samaritans, Bushido ,the soul of Japan dan Promise Me Harlan Coben!.

huhuu

Malam kelam

"The greatest enemy of knowledge is not ignorance.. it is the illusion of knowledge - Stephen Hawking"




Ku lalui jalan itu
keterujaan makin menghilang
apa sebenarnya dicari?
entah!
x mampu lagi ditafsir
hanya Allah Maha Mengetahui
mahu doa
mampu terus doa..





- baru pulang dari perjalanan fizikal yang panjang (~12 jam) malam tadi, akan berpergian lagi selasa ini.. -






Allahumma salli 'ala,
Sayyidina,
Muhammadin an-Nabiyyi al-ummiyyi,
Wa 'ala alihi wa sahbihi wa sallim.
(O Allah, send your peace and blessings upon our Master Muhammad,
the Unlettered Prophet, and upon his family and companions.)

O My Lord,
My sins are like
The highest mountain;
My good deeds
Are very few
They’re like a small pebble.

I turn to You
My heart full of shame,
My eyes full of tears.
Bestow Your
Forgiveness and Mercy
Upon me.

Ya Allah,
Send your peace and blessings
On the Final Prophet,
And his family,
And companions,
And those who follow him.

Friday, 9 March 2012

Perubahan

Ya, sudah 3 tahun ruangan ini telah wujud. Dari Memerhati Dari Jauh ke Balada Kehidupan. Sejak melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi, ruangan ini menjadi lebih peribadi. Disebabkan ini, saya mahu menggunakan nama "Balada Kehidupan".


Saat ini agak mencabar. Masih ada 5 bulan untuk sampai ke bulan 9. Saya mahu membuat persiapan menghadapi bulan 9 jika Allah izinkan. Saya agak gementar menghadapi Econometrics dan subjek2 lain di peringkat sarjana. Saya harus membuat persediaan. Mahu saja mencari guru yg mampu membantu saya menekuni subjek ini.Tetapi,manalah nak cari kat K.B ni. Saya berharap Allah membantu saya menjalani kehidupan yg dirahmati dalam masa 5 bulan ini. Saya perlu produktif meskipun tidak berbuat perkara yang berbayar seperti dulu.


Saya rasa saya harus lupakan soal kerjaya kerana saya telah pun menanam niat untuk belajar. Saya agak terkesan dengan pesanan teman lama Aliaa yg disampaikan oleh Ama sewaktu bertemu di Ampang Park bulan lalu. Aliaa sememangnya tahu saya meminati ekonomi dan ketamadunan. Dia juga tahu betapa saya mahu menyambung pelajaran selepas memperoleh ijazah. Tetapi keadaan berubah sewaktu saya berada di Jln Tun Razak. Saya mula meminati bidang kerjaya. Ini mungkin disebabkan sewaktu menjalani latihan dulu, saya ditempatkan di Jabatan yang agak menyeronokkan.Banyak perkara yang saya belajar dlm bidang ekonomi daannn saya juga mempelajari cara menggunakan Terminal Bloomberg . Setelah mendapat kerja di M*%$ ,Plaza Damansara, saya mendapat pengalaman yang pahit amat.




Sekarang, saya adalah saya yang akan menempuhi hari-hari mendatang. Moga-moga ada sinar harapan dan saya tahu ianya perlu melibatkan perubahan yang bermula dari saya.



Ya ,,saya...saya perlu menggunakan masa sewajarnya untuk memperoleh sinar baru.



Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad.

Wednesday, 7 March 2012

Merenung


-wallcoo-


Semua yang nista
Semua yang dusta
Tidak kan bertahan
Tidak kan tersimpan

Jadi debu berhamburan
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Kanan kiri berkalang
Pantas cari lindungan
Usah rebah hati

Manis racun dunia
Ramai insan tertawan
Rawan tersiksa

Jadi debu berhamburan
Menjadi mangsanya
Permainan mayapada
Begitu al-kisahnya

Ranumnya sang bulan
Merdunya seri bayu
Hanyalah puraan
Di alam khayalan

Dlm ombak hidup
Kita yg layari
Jgn kau tenggelam

Di arus masa
Harus kau kemudi
Pulang ke hakiki

-Dusta Berkalang-



Dengan jelas mengambarkan perkara yang terbuku difikiranku.
Permainan dunia sering menghanyutkan diri ini.
Sesuatu yang di luar kebiasaan apabila berlaku mampu menyedarkan kembali matlamat asal kehidupan...


...merenung dan tertenung
moga daku tidak hanyut....




memetik status Bro Hasanul ;

"The imaginative faculty in the soul or the mutakhayyilah is by nature crooked; it is capable of imagining things that are not real. Which is why it needs to be guided by Revelation, and evaluated against those who have obtained Aqal Mustafad or acquired intellect, whose intellect is always in the direction of the Alam Malakut, and in constant communication with God."


That is precisely described what I've learnt from En Roslan which easily fade away from my memory... :"(