Saya jarang menghargai cerita yg ditayang di t.v jika jalan ceritanya mengelirukan. Disebabkan sudah ramai yang membuat review Into the Wild, saya mmg nak sgt nk tgk. Sana-sini saya cari tp x disangka2 wktu dah hbs kemas rumah, sy tergerak untuk buka t.v tiba-tiba ambik kau Into the Wild was on tv!. Habis org kat rumah( my sister and her friend) sy panggil untuk tengok sekali walaupun selepas itu harus bersiap pulang ke kampung!
Esoknya pula, elok-elok je baru online sy terima e-mel yg dihantar 15minutes ago daripada bekas pengurus sosio-ekonomi. Terbaiklah! dekat sebulan sy tunggu untuk beliau membalas...
-Kedua-dua kejadian ini memberi semangat untuk saya meneruskan pada apa yang saya percaya dan bagaimana mahu bertindak. Ianya membuatkan saya tidak keseorangan. Sewaktu membawa kaki melangkah menonton Bunohan dan The Hunger Games ala 'forever alone' tempoh hari, saya agak meluat apabila terserempak dengan a bunch of young execs lepasan luar atau dalam negara yang ditaja oleh syarikat besar negara dan bonded untuk kerja dengan tempat tersebut. Padahal ini bukanlah kali pertama sy melihat golongan ini. Sewaktu di Jalan Tun Razak dulu pun ramai je. Sebelah jabatan saya dulu, ramai juga 'budak2 international'-dlm konteks sy dan muni- . Pada waktu itu, muni je rasa mereka2 ni 'lain' dan saya menidakkan dakwaan muni itu kerana ada je dalam kalangan ahli keluarga yang oversea-oversea ni tp x 'lain'. Tapi tu la, yg x lain tu ahli keluarga dan beberapa hari lepas, sy rasa sy faham bagaimana muni rasa ketika itu. Saya meluat tgk mereka. Diorang ni sy rasa kbnyakan x rasa/faham ma'na kehidupan. X dinafikan rasa inferior itu wujud bila berada dihadapan mereka. Graduan luar negara sentiasa dipandang tinggi berbanding graduan dalam negara. Talk to the hand!
- Bekas pengurus Socio-ekonomi pun dulunya Graduan Luar Negara tp dia baik selalu tolong saya, muni dan saiful. Beliau tidak kisah dengan cara kami berkomunikasi. Seriously.
- Orang pandai macam Christ McCandless pun celik akal dan berduit tu pun sanggup meninggalkan segalanya kerana mahu mencari kebenaran dan benci dgn sikap hipokrit manusia.
Sbb itu saya katakan e-mel dan Into the Wild memberi penegasan pada saya bahawa saya tidak kesorangan dan saya ada jalan saya yang Allah sediakan. Kebenaran yang dicari Alexander Supertrump itu gagal menemui kebenaran yang hakiki. X dinafikan, ianya membuka mata ramai orang. Saya juga meluat dengan kehidupan superficial dan saya juga sedang mencari cara untuk bertindak sewajarnya menghadapi hari-hari mendatang.
Untuk ini, mmg wajar keluar melihat dunia..sgt wajar.. kalau duduk je kat satu-satu tempat je, kita akan jadi penat sbb akan melihat rutin yang sama setiap hari.BOSAN. Perlu keluar bergerak menghayaun kaki melihat dunia.
Semoga Allah memberkati perjalanan hidupku.
No comments:
Post a Comment