Ya, sudah 3 tahun ruangan ini telah wujud. Dari Memerhati Dari Jauh ke Balada Kehidupan. Sejak melangkah keluar dari Taman Ilmu dan Budi, ruangan ini menjadi lebih peribadi. Disebabkan ini, saya mahu menggunakan nama "Balada Kehidupan".
Saat ini agak mencabar. Masih ada 5 bulan untuk sampai ke bulan 9. Saya mahu membuat persiapan menghadapi bulan 9 jika Allah izinkan. Saya agak gementar menghadapi Econometrics dan subjek2 lain di peringkat sarjana. Saya harus membuat persediaan. Mahu saja mencari guru yg mampu membantu saya menekuni subjek ini.Tetapi,manalah nak cari kat K.B ni. Saya berharap Allah membantu saya menjalani kehidupan yg dirahmati dalam masa 5 bulan ini. Saya perlu produktif meskipun tidak berbuat perkara yang berbayar seperti dulu.
Saya rasa saya harus lupakan soal kerjaya kerana saya telah pun menanam niat untuk belajar. Saya agak terkesan dengan pesanan teman lama Aliaa yg disampaikan oleh Ama sewaktu bertemu di Ampang Park bulan lalu. Aliaa sememangnya tahu saya meminati ekonomi dan ketamadunan. Dia juga tahu betapa saya mahu menyambung pelajaran selepas memperoleh ijazah. Tetapi keadaan berubah sewaktu saya berada di Jln Tun Razak. Saya mula meminati bidang kerjaya. Ini mungkin disebabkan sewaktu menjalani latihan dulu, saya ditempatkan di Jabatan yang agak menyeronokkan.Banyak perkara yang saya belajar dlm bidang ekonomi daannn saya juga mempelajari cara menggunakan Terminal Bloomberg . Setelah mendapat kerja di M*%$ ,Plaza Damansara, saya mendapat pengalaman yang pahit amat.
Sekarang, saya adalah saya yang akan menempuhi hari-hari mendatang. Moga-moga ada sinar harapan dan saya tahu ianya perlu melibatkan perubahan yang bermula dari saya.
Ya ,,saya...saya perlu menggunakan masa sewajarnya untuk memperoleh sinar baru.
Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad.
No comments:
Post a Comment