Saya tidak pernah menjaga bayi. Kali terakhir saya berada bersama bayi adalah sewaktu kelahiran adik bongsu iaitu 15 tahun yg lepas. Apabila melihat bayi, saya terbayangkan adik. Walhal, adik saya sekarang sudah besar dan lebih tinggi daripada saya. Saya sudah lupa keadaan dan cara penjagaan adik waktu bayi. Mana tidaknya, saya baru darjah 3 tika dia lahir. Tetapi, masih segar diingatan kala adik membesar mencecah umur 3-4 dan 5 tahun. :) . Adik sangat baik dulu, sekarang dia amatlah hohoho. :D
Kalau nak diikutkan, tahun ini saya akan mencecah 24. Maka ramailah kawan-kawan yg sudah berkahwin dan menimang cahaya mata. Kehadiran anak pertama dalam keluarga merupakan suatu penantian yang mengharukan. Hampir semua bakal ayah dan ibu mahu memberikan yang terbaik untuk anak mereka. Dari saat kelahiran hinggalah kepada memberi nama,menyediakan makan dan pakai pada anak itu.

Selepas itu, jika diizinkan Allah akan datang anak ke dua pula dalam keluarga. Sebagai anak pertama, haruslah beralah kepada adik yang lain pula untuk mendapat perhatian. Saya faham perasaan ini dan ianya tidak menyenangkan.hehehe.
Sebenarnya, saya tidaklah mahu menulis mengenai konflik dalam kalangan adik-beradik. Saya cuma terfikir tentang proses pembesaran bayi dan mahu meletakkan diri pada situasi ayah dan ibu. Menjaga bayi memerlukan kesabaran. Seseorang tidak sanggup membiarkan bayi menangis dan biarkan bayi itu berada dalam keadaan tidak selesa. Ibu bapa akan sanggup melakukan apa saja. Tetapi jasa-jasa ini bayi itu tidak mengerti. Bayi adalah seorang khalifah baru. Baaaaanyak perkara yang harus dilalui. Kita adalah contoh bayi yang telah besar dan baru mengenal dunia. Zaman persekolahan/belajar bukanlah zaman mengenal erti kehidupan untuk kebanyakan remaja hari ini. Zaman itu adalah zaman ikut kepala sendiri. Apa yang terkenal, menarik, bergaya itulah yang dianggap terbaik. Untuk sesetengah remaja, zaman persekolahan/belajarlah yg memanusiakan seseorang manusia. Banyak konflik yang dihadapi dan memerlukan diri sendiri untuk menyelesaikannya.

Oh bayi, dikau teramatlah lemah. Rasa insaf juga melihat bayi. Sangat tidak berdosa dan suci. Sewaktu pertama kali memegang bayi untuk tempoh yg agak lama, saya tidak dapat tidur pada malam itu kerana lenguh sebelah tangan. Bayi makin lama makin berat. Bayi itu adalah sepupu saya yang termuda. Sebelum ini saya kagum dengan Muni kerana pandai menjaga bayi dan sekarang bukan setakat kagum tetapi terpesona pada siapa-siapa yang menjadi ibu dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu.
Petang tadi sewaktu melawat Kak Nas yang baru menerima penyeri hidup, saya dapat rasakan pentingnya mempunyai suatu institusi keluarga yang lengkap dan berfungsi. Kehadiran suami yang tidak pernah lelah dan tidak pernah merungut menolong isteri, dan kehadiran isteri yang pandai menjaga hal ehwal suami. Orang yang belum berkahwin sememangnya mempunyai kehidupan yang berbeza dengan orang yang sudah berkahwin. Keluarga menjadi keutamaan kepada yg telah mengikat tali. Menunaikan tanggungjawab kepada keluarga yang akan menjadi peneman dan pengisi kehidupan menjadi prioriti.
Berkahwin bukan semata-mata kerana nafsu tetapi banyak aspek lain yang perlu diambil kira. Berkahwin adalah untuk lelaki yang matang.Matang bukan hanya pada fizikal tetapi juga mental. Jika seseorang lelaki tidak bersedia meninggalkan dunia kebudak-budakkan mana mungkin boleh membimbing keluarga dengan baik (ceteris peribus). Lelaki yang matang juga perlu merancang kewangan keluarga untuk jangka panjang. Sewaktu saya menemui Ust Wan Rumaizi, beliau ada menyebut tentang perlunya merancang kehidupan yang baik untuk keluarga (sbnrnya beliau mahu melihat saya dan Isma kahwin..hahaha) .
Bayi yang dilahirkan adalah amanah Allah. Menjadi kewajipan untuk memberi pendidikan yang berkualiti pada bayi itu. Bayi itu akan membesar dan menjadi seperti kita hari ini. Bayi itu dipanggil dewasa dan perlu memilih jalan antara dua. Kelak nanti bayi itu akan bertemu dengan pencipta-Nya pula untuk menjawab perjanjian yang telah dibuat sewaktu di alam alastu dulu.
Itulah bayi.
Hah tau pun org suruh kawin cepat2! lain kali tiap kali ziarah ke ofis akan diulang tayang soalan kawin nih Zulaikha!
ReplyDelete