Sunday, 22 April 2012

The heck!

I've misplaced my Bad Samaritan and still not finish the book.Huhuhu. Currently, I'm sticking myself to Sassy Girl the Korean Drama. Surprise? Yeah..me too is surprised with my progress. Oh!....x  minat pun kepop-kepop ni but somehow lately there's something pulling me to give attention to Sassy Girl.(and in my defense, it's for the good purpose) uhhuuu..Okay...cerita ni kelakar and entertaining la juga but i can't tolerate with the triangle love part. I would skip it and continue dengan yang kelakar-kelakar.

Pathetic,right?. I decided to read books some weeks ago but i am not able to indulge in many ideas presented in the books. It bored me when the language is too sophisticated. But i know it's not the problem of the author. It's me who is not at par yet.

This is a random post. I intentionally wanna put this ugly thing here. I need to finish what I've started. Perhaps I will try to distance myself from distractions and possible causes of procrastination (too).


the heck of me!

Mahu

Saya mahu menenangkan diri. Berkecamuk jiwa memendam rasa. Nak je pergi ke sana. Tapi diri ini tiada upaya. Saya harus berusaha memulihkan hati meski pun berada di sini. Seronok melihat kegembiraan tetamu-tetamu-Nya pabila pulang dari Baitullah. Berikanlah tetamu-tetamu-Mu ini kekuatan untuk menyebarkan perkara-perkara baik moga jadi pembakar semangat buat yang belum lagi dipilih-Mu.

:)














- sebentar tadi perlawanan yg menarik antara Kelantan dan Kedah meskipun Kelantan terikat 1-1, dan masing-masing bermain dengan 10 pemain untuk perlawanan Piala F.A separuh akhir. Pada 1 Mei nanti, Kedah akan menerima kunjungan Kelantan untuk pusingan ke-2. Semoga Kelantan beroleh kemenangan. :)

Friday, 20 April 2012

#OccupyDataran

Pada minggu lepas, ada seorang sahabat bertanyakan pendapat saya mengenai PTPTN. Secara umumnya saya menyokong usaha #OccupyDataran. Walaupun saya bukanlah peminjam PTPTN , tetapi saya tahu betapa PTPTN ini membebankan. Saya juga terfikir, daripada duk desak bagi pendidikan percuma baik tuntut hapuskan interest dahulu dan pendapat ini rupanya senada dengan Dr Asyraf Wajdi .

Di bawah ini merupakan jawapan saya kepada rakan tersebut :

Saya suka dengan usaha #occupydataran tapi sebetulnya bagi saya sebelum tuntut hapuskan ptptn baik hapuskan kadar bunga tu dulu..

mmg la penting pendidikan percuma tapi perlulah berstrategi dan ber-mechanism. Kena kenal pasti
1) dari sudut apa coverage yg ingin diberikan (i.e. tuition fees je ke, include hostel ke apa ke) dan

2) kepada siapa nk bg pendidikan percuma tu.


X kan nak bg pendidikan percuma dekat anak-anak org kaya kan. Polisi pendidikan percuma ni akan bg kesan pada IPTS juga, so nak percumakan ke IPTS itu?.


IPTS sangat memerlukan PTPTN. Sebabnya, Pelajar-pelajar yg tidak layak memasuki IPTA akan memilih IPTS (exceptional kpd yg willingly choose IPTS) untuk mengubah nasib. Pelajar2 IPTS ini akan terdiri daripada mereka yang berkemampuan dan kurang kemampuan. Dengan adanya PTPTN, bebanan ibubapa pelajar yang kurang berkemampuan akan berkurangan (peace of mind) kerana ada jaminan untuk anak-anak mereka mempunyai wang semasa belajar.


PTPTN dalam masa yg sama sering dilihat sebagai penyelamat kepada IPTS. IPTS selalunya dimiliki oleh orang-orang kaya. Dengan adanya PTPTN, semakin terjaminlah si kaya untuk meneruskan perniagaan dalam pendidikan. Matlamat diorg ni profit so sekali lagi orang-orang yang kurang berkemampuan ditipu/ditindas oleh orang-orang kaya.

Si peminjam org susah; dapat pinjaman ; duit pinjaman bg (byr) kat si kaya ; habis belajar,duit habis ; kena bayar balik dgn harga melampau tinggi



so, sampai sudah jadi miskin.. saya sangatlah meluat bila politicians ckp takut students take for granted pendidikan kalau bagi free...bodoh punya statement...kalau free bermechanism x de hal la.


Population gol muda makin ramai. IPTA mmg x leh cater supply of pelajar yg ramai. So bagi saya IPTS kena transform ke arah people friendly. Kerajaan wajib bagi oppurtunity kpd anak muda belajar no matter how. Persoalan nk funding PTPTN should not be a prob sbb gov boleh fikir cara nk fund projek mega yg sia-sia x kan x leh fikir nk menambah lagi fund education


...........................................


Itulah jawapan sy kpd rakan tersebut. Ianya perkara yg terlintas dalam fikiran pada masa tersebut. Lepas tu sejak kebelakangan ni, banyak pula statement seperti x payah tuntut pendidikan percuma, layakkan diri untuk dapat first class dulu, lepas tu hutang langsai. Amboi!!!. Senang nya cakap!. Dia ingat semua orang bertuah untuk dapat first class. Dia ingat yang x dapat first class ni ,main-main waktu belajar. Wei, kalau belajar seteruk mana pun tapi kalau mmg Allah x bagi first class kat org tu x dapat juga. Ni saya bercakap berdasarkan pengalaman. Ramai je saya kenal org yg main-main waktu belajar tapi turn out dpt first class.



Oleh itu, isu menuntut pendidikan percuma dengan isu dapat scholarship sangatlah berbeza. Pendidikan percuma/ hapuskan PTPTN patut dilihat secara kepentingan awam. Dalam Malaysia ni hanya 1 juta je org yg bayar tax, nampak sangat la berapa kerat je yang mampu menanggung diri tanpa mengharapkan bantuan.


Kalau rasa pendidikan percuma tu extreme sangat yg x tercapai dek akal nak rationalize , hapuskan dulu interest, RETI.


Mahasiswa tajaan lepasan luar negara selalunya x berapa faham isu mahasiswa dalam negara. Rata-rata mereka nampak mahasiswa dalam negara ni kurang daya intelektual dan tidak seperti mereka. Diorang tu berapa kerat je yang dapat First Class untuk bidang masing-masing. Mentang-mentanglah ditaja dan apabila pulang dijamin pekerjaan, diorg pun rasa isu ini tidak relevan.





Mahasiswa dalam negara pula yg x ditaja ni , x kan nak laungkan Pendidikan Percuma/ Hapus PTPTN tapi cara anda tadbir kewangan x macam org yg btl-btl nak pendidikan percuma. Memang ada lah jenis mahasiswa yang salah guna duit pinjaman PTPTN seperti selalu tukar-tukar gadget , berjoli sana-sini, belanja le gf @ le bf. Tapi bila tgk attitude dalam kelas hampeh, assignment meniru, waktu lecture duk baca 9gag, sms sana sini , buka fb, update twitter, bila ada group work je suka jadi free rider, waktu exam meniru dgn cara gila pandai yg x terfikir dalam benak org yang x pernah meniru. Yang macam ni ke kerajaan nak bagi pendidikan percuma???



Kalau nak kerajaan tanggung tuition fees dan segala bagai, kita mahasiswa dalam negara kena ubah attitude. Layakkan diri kita untuk belajar di Universiti. Golongan muda makin lama makin ramai. Universiti x dapat nak cater semua orang masuk IPTA. Tapi kalau perangai budak-budak u macam saya sebutkan tadi tu dipanggil perangai yang xlayak masuk universiti. Ramai kenalan sewaktu belajar dulu jadi mangsa menyudahkan assignment para free rider yg suka ambil mudah dalam pelajaran. Gol free rider ni sgt kaya dengan alasan bila minta diperjelas mengapa tidak membuat bahagian yg sepetutnya diselesaikan untuk satu-satu tugasan.




Sebagai kesimpulan, Pendidikan Percuma adalah untuk yang layak dan bukan pada mereka yg take it for granted kemasukan mereka ke universiti.
Ye la mungkin masuk sbb kuota ***** atau pun kuota2 lain yg ada dekat IPTA di Malaysia.




Budak uni kena berfikir macam budak uni. Masuk uni bukanlah tiket untuk merasai absolute freedom sesuka hati tapi perlu guna platform untuk jadi lebih berdaya saing. Hidupkan uni tu dengan prog. ilmu atau lain-lain prog yg bg value-added bukan setakat sibukkan diri dgn menganggotai aktiviti parti-parti politik dekat luar kampus je.




Kita memang x dapat mengawal perkara berlaku disekeliling tetapi kita boleh mengawal perkara dalam diri kita.
Occupy Dataran!

Thursday, 19 April 2012

Terima Kasih

Terima kasih di atas apa yg telah didedahkan. Setakat ini sahaja saya mahu mengikuti.Berseronoklah dengan dunia anda.


Saya mahu teruskan dengan apa yang saya percaya. Terima Kasih.





Wednesday, 18 April 2012

Priceless

I got this brain function from G+ (told ya it's cool!) :


» Left Brain:

I am a scientist. A mathematician. I love the familiar. I categorize. I am accurate. Linear. Analytical. Strategic. I am practical. Always in control. A masters of words and language. Realistic. I calculate equations and play with numbers. I am order. I am logic. I know exactly who I am.

» Right Brain:
I am creativity. A free spirit. I am passion. Yearning. Sensuality. I am the sound of roaring laughter. I am taste. The feeling of sand beneath bare feet. I am movement. Vivid colors. I am the urge to paint on empty canvas. I am boundless imagination. Art. Poetry. I sense. I feel. I am everything I wanted to be.




Masya-Allah,what a priceless gift from Him...




On the other notes:

1) Last night, i was chit-chatting with Muni on the phone after both of us temporarily lost contact for about a month and half.And, we'd spent almost 2 hours to cover stories that we missed during the interval.hehe. We really loved our precious moment together and really appreciate the people who were there to support and motivate us whenever we need. The post-uni life at times are unbearable. You're fighting with your emotions, bearing the uncontrollable events and you don't want to be trapped being depressed, lack of self-esteem etc. That's why u need something to comfort you. Good friends are one of those.


:)


2) I have several dream trips and really pray to Allah that it will be actualized one day.
  • I really,really wanna visit Mecca and Madinah
  • Backpacking with loved ones (i.e. girlfriends) around europe (?)
  • Pray at Moschea di Roma (Mosque of Rome) and Sultan Ahmed Mosque (Blue Mosque) Turkiye
  • Visiting al-Hambra (Spain), Esfahan(Iran)
  • Visiting one of the socialist countries
  • Visiting one (or two) of my international friends' countries e.g. Krygyz,Maldives
  • Visiting Acheh
  • Visiting Ayah Choe


That's just my dream...




Allah is The Best Planner and He Knows exactly what is best for us :)




Bersyukur dengan apa yang ada...sesungguhnya saya mahu menjadi seorang muslim yang baik.















Sunday, 15 April 2012

Glad

I'm glad



1) to hear the news ,Alhamdulillah, eventhough it's not official yet . At least i can plan ahead.
2) that i'm not into the views anymore; thanks to that person busy schedule.
3) that those students are really #occupydataran. Oh yeah, occupy movement!. Maybe the govt won't listen to them but who cares. It's the effort that counts!
4) that i like The Oatmeal. A healthy way to have fun. haha
5) to know people that intellectually stimulate my interest... :) Alhamdulillah...


Alhamdulillah..i feel motivated in the couple of days. Alhamdulillah.



Thursday, 12 April 2012

G+

Google+ is way way cool than facebook! . But the crowds are not there yet..huuuuu


I first stumbled upon G+ at the end of last year( kot) but only today i started to be part of the circle. The feature is not disappointing at all i must say. hehe..


come..come, do join me at Google+!

Wednesday, 11 April 2012

Tsunami

Amaran Tsunami yg dikeluarkan petang tadi agak mendebarkan saya. Gegaran yang berpunca dari Acheh sebenarnya yang saya gerunkan. Saya mempunyai guru di sana. Assoc Prof Dr Shabri dan keluarga yang saya risaukan. Saya belum puas menuntut ilmu dan nasihat daripada beliau. Semangat beliau yang meninggalkan ganjaran wang ringgit semata-mata mahu menolong sistem pendidikan di Acheh sudah cukup untuk memujuk saya untuk tidak bersedih dengan perkara-perkara yang telah berlaku pada tahun ini.

Alhamdulillah, amaran Tsunami ditarik balik pada malam ini setelah jangkaan serangan ombak Tsunami tidak berlaku. Alhamdulillah!


Kawasan lain di Indonesia yang akan mendebarkan saya jika sesuatu berlaku selain Acheh adalah di sebelah Jawa Timur atau Surabaya. Di sana juga saya mempunyai guru iaitu Dr Adit yang kini berkhidmat di Universitas Air Langga. Dr Adit juga banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya untuk tidak takut meneruskan pengajian.



Saya bukanlah pelajar yang bright dalam cgpa, bukan juga jenis yang straight As waktu zaman sekolah. Saya banyak bertanya untuk mendapatkan kefahaman dan berkat jawapan dan dorongan yang diberikan oleh guru-guru telah menolong untuk saya survive. Dr Adit dan Dr Shabri lah antara guru-guru yang banyak mendorong saya. Saya cuba untuk mengamalkan ilmu yang diajar oleh kalian.





Walaupun sekarang jarang berhubung, Insya-Allah , kalian akan saya kenang dalam doa...




Tuesday, 10 April 2012

TV

Sekarang saya ter'hook up' dengan beberapa rancangan tv yang menarik. Jangan pandang rendah ya pada saluran tidak berbayar sebab banyak juga rancangan berkualiti yang tidak meraikan budaya pop semata.

Saya sudah suka sama Claire Robins dan Sherson Lian. Mereka ni super cool untuk saya yang super x tahu dalam bidang mereka.Haha. Masih ada harapan nak survive bila tengok cara mereka ni. 5 Ingredients Fix NTV 7 dan 5 Rencah 5 Rasa TV 3 memang terbaik.



Grow your own drugs kat RTM 2 pun superb! James Wong yang juga kacukan Malaysia-British seperti Sherson Lian adalah seorang ethnobotanist. Baru lah saya tahu there's such a study about the relationship between people and plants. Betapa saya tidak didedahkan mengenai bidang ini!. James Wong membuatkan saya mahu jadi lagi dekat dengan tumbuh-tumbuhan. Bila tengok kat wiki siapa sangka Economic Botany pun wujud. :D


Saya juga sempat tengok Spice Route TV3. Masya-Allah kayanya bumi Allah ini. Kemenyan dekat Oman boleh buat perfume. Pokok Kemenyan tu macam pokok x subur je sekali tengok. Bila ditoreh dan diusap-usap dengan cara ala-ala dodoi, getah dari pokok akan keluar dan boleh dimakan. Pokok yang ditoreh itu akan ditinggalkan selama 2 minggu sebelum getah-getahnya dikutip untuk dibuat pelbagai kegunaan.


Masih banyak lagi perkara yang ingin diterokai. Semoga Allah meredhai urusan kita.

:)

Sunday, 8 April 2012

Sehala

Mengapa saya ternanti-nanti berita dari sana melalui anak mata itu?
Saya tahu ini akibat daripada pandangan mereka. Mereka menyukai pendapat dan kesungguhan akal fikirnya mempertahankan hujah. Saya ditakdirkan untuk ada di situ selepas kumpulannya berehat setelah berhujah. Saya mendengar feedback, melewatinya dan memandang sepintas lalu situasi yang membuatkan saya terfikir-fikir hingga ke detik ini. Keadaan sepintas lalu yg berlaku lebih kurang 6 bulan lalu waktu itu amat kena. Saya tidak kenal lagi. Mana mungkin saya menegurnya apatah lagi bertanya akan perkara-perkara yang besar. Serasa-rasa mahu mengulangi kejadian itu dan memanfaatkan masa dengan lebih berkesan.



Sekarang baru saya teringat jika saya punyai masa yg panjang lagi di tempat itu, saya akan menolong melihat industri Kelapa Sawit dan Zon Eropah kerana mereka sudah datang kepada saya dan meminta persetujuan.[ Mereka di sini adalah mereka yg senior. Nya di atas adalah dia yg berhujah]. Tetapi hayat di sana tidak lama dan saya redha. Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.




Hari ini saya lebih mengenali kebolehannya. Perkenalan sehala ini kadang-kadang bikin saya susah kerana benchmark yang mahu dicapai makin tinggi. Gusar saya dibuatnya. Semakin dicermati corak gayanya, semakin hendak saya perbaiki daya taakul diri. Pemikirannya itu mewakili warga nusa yang brainy/modern that won't buy utterly religious explanation.





Kepada yang maklum, senang untuk diperjelas bahawa penerangan bersumberkan agama ini mempunyai logik yang dapat kita yakini. Saya juga faham mengapa sang brainy ini mempertikai sesuatu dengan menggunakan pengalamannya dan pandangan luar. Menjadi susah kepada saya untuk menyatupadukan idea luar dan dalam ini atas kapasiti diri yg terhad. Penguasaan bahasa dan daya intelektual saya perlu juga dinaik taraf. Tambahan pula ini perhubungan sehala, tidak banyak yang boleh difahami melainkan apa yang tertulis dan didengar.




Kesimpulannya, satu standard yang tinggi untuk diikuti telah dipasakkan secara sehala dan saya rasa payah. Semoga Allah tolong kita.



Hasbunallah wa ni'mal wakeel, wa ni'mal mawla , wa ni'man naseer...

Saturday, 7 April 2012

Bergantung

Saya mengerti kita memang tidak boleh bergantung pada sesiapa dalam apa-apa hal. Kerana kesannya selalu menyakitkan. Tetapi kadang-kadang walaupun kita tidak mahu bergantung, ada keadaan yang menyebabkan kita bergantung secara tidak sengaja atas sebab diri kita masih di bawah jagaan seseorang. Atau pun kita perlu bergantung kerana tidak punya daya untuk tidak bergantung dan memaksa kita rela menangung kepedihan seperti yang sudah dijangka.


Tetapi Allah Maha Adil. Kecewa di sini tidak bermaksud kecewa selama-lamanya.Hidup perlu diteruskan. Senyum saja!



Nota lain :

Tahniah abang besar dan Ara kerana selamat mengikat janji hari ini. Gembira sangat untuk abang besar meski pun x dapat hadir walaupun Sarah sudah maklumkan awal majlis ini. Kalian akan dikenang dalam doaku. heh!

Friday, 6 April 2012

Janji

Nampaknya mereka yang berjanji mahu melihat rumah sewa tidak datang tanpa sebarang pemberitahuan.

Inilah manusia. Harus bersabar dan senyum.



Semoga Allah meredhai cara hidup kita. ameen.

Thursday, 5 April 2012

Seketika

Penat berfikir.

Mahu membuka 9GAG .Hoho.


Le me :"Banyak yang mengarut 9GAG ni"
Le derp :"you don't say!" (lps tu buat muka like a boss ..)




nilah penangan 9gag walaupun x sesuai/patut dibuka selalu..hoho

Harapan kerja cinta

Kasihan sungguh pada yang putus harapan,
Mereka pejuang diri,
Mereka tidak mahu kalah, tidak mahu diperlekeh, tidak lemah. Tetapi sebaliknya berlaku. Mereka berasa tertekan.
Mereka tahu langit x selamanya cerah,
Mereka putus harapan,
Mereka berasa tertipu.

Tertipukah mereka?


Mereka sebenarnya sangat sayangkan diri mereka. Mereka tidak sanggup menanggung sakit, merasa pedih dengan permainan kehidupan meniti hari mendatang. Mereka tidak mahu menipu diri sendiri. Mereka tidak memandang harapan palsu. Mereka tidak mahu masa mereka disia-sia kan. Mereka tidak mahu keliru dalam memilih.


Mereka mahu diterima. Tidak perlu diterima sehingga menjadi terkenal bak selebriti tetapi mahu kehadiran dirasai positif pada komuniti kehidupan kerana mereka tahu mereka bukan lahir untuk disia-siakan. Mereka mahu bangkit kerana mereka tahu mereka punya hak untuk gembira tanpa perlu memikul rasa perit. Mereka kasih pada diri mereka. Mereka cinta pada keadilan tapi sayang mereka rasa kehidupan tidak adil pada diri mereka. Mereka mencari sesuatu untuk mengisi dan diisi.



Mereka tidak mahu ada halangan untuk berasa bahagia dengan cara yang mereka pilih. Halangan membuatkan diri mereka kosong. Lebih kosong daripada kosongnya Najwa Latif atau kosong seperti Arema kosong berbalas tiga di Kota Bharu.
Seolah-olah, mereka kalah dan mahu menarik diri dalam pementasan ini.





Ini cerita kerja dan cinta.


Hei kawan, percayalah hidup ini hanya kerja dan cinta!




Kerja yang dicintai. Cinta dalaman pada kerja luaran. Bukan kerja makan gaji saja. Semua kerja maksudku. Apa-apa kerja yang dilakukan oleh fizikal kita perlu ada rasa cinta.







Cinta membuatkan kita tenang. Kita perlukan cinta daripada kerja , kita mahukan cinta daripada manusia. Terbukti sudah cinta-cinta ini jugalah yg menangiskan kita, mendudukan kita malah 'mematikan' segelintir kita. Tidak memberi harapan dan ketepatan. Kita mula mencari. Kita mencari cinta lain. Cinta lain yang dapat dicintai dan mencintai.
Cinta di sini tidak kekal wahai kawan.
Sunnahtullah.
Tiada yang kekal didaerah yang terhad pada masa dan ruang ini.
Kebarangkalian disakiti masih di situ dan itulah kehidupan.



Mereka di Palestine di Syria dan lain-lain tempat merasai pedihnya cinta itu.



Kerja mencintai itu pedih. Kita cinta untuk hidup. Hidup perlulah cinta kita juga.
Tapi tidak semua yg hidup dapat cinta. Ada yang merana dan lain-lain.

Mereka yang mencintai diri mahu berjuang mendapatkan cinta dan masih juga berasa sakit.




Itulah kerja cinta.








Sebab itu kita ada syurga dan neraka. Meskipun kita terus-menerus sakit ditempat yang didiami masa dan ruang ini, kita akan dapat cinta juga akhirnya jika kita mencintai dengan cara yang diredhai Allah meskipun pedih. Inilah harapan yang tidak palsu dan bukan pura-pura.






Nabi kita Muhammad s.a.w membawa janji cinta kepada kita. Sia-sialah ajaran baginda kalau kita putus harapan dalam mencintai Allah. Perkara yang pasti adalah kematian. Saat itu kita tidak lagi bersama masa dan ruang. Saat itu kita dapat melihat hasil cinta.




Ya Allah, jadikanlah ku insan yang mencintai-Mu dalam kerja-cinta harianku dan jauhilah diriku daripada putus harapan kepada-Mu.





Ini cerita diriku. Seperti manusia lain, banyak jugalah crush on someone or something. Pedih apabila mengharapkan benda yang tidak menjadi. Terasa penat dan pedih. Mahu sahaja mengeraskan hati supaya tidak lagi mahukan perkara2 menyakitkan. Tetapi diriku perlu rasional. Ku sedar pada masa hadapan ku tidak dapat hidup seorang dan tanpa kerja. Buat masa ini akan ku tumpu memulihkan daya fikir untuk persedian menyambung pelajaran. Crush pada manusia mungkin bukan masanya lagi. Banyak juga ranjau dan halangan yang membuatkan aku tertekan dan pilu. Tetapi tidak apa. Oleh kerana aku pejuang bagi diriku, aku tahu kepedihan itu untuk membuatkan aku bertambah mencintai Maha Pencipta cinta kerana ku akui ku insan yang lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa-Nya. Apabila makhluk memperlekehkan dan mentertawakan kesilapanku, aku tahu aku perlu ingat Allah. Aku sememangnya susah mahu bersabar jika terlalu marah. Last-last aku akan bertindak dan menangis. Selepas itu, aku akan berfikir. Aku mencari pengisian kerana terasa kosong. Ya kosong. Aku bersabar dan berdoa selepas solat. Aku masih mencari. Lalu, aku teringatkan konsep pahala dan dosa, qada dan qadar. Barulah aku tersenyum :).





Perkara ini akan sentiasa berlaku dan berlaku dalam hidupku. Mungkin kita mempunyai jalan cerita yang sama. Mungkin entri ini akan bermanfaat. Hari ini aku menukilkan di sini di Balada Kehidupan.




Siti Zulaikha Zulkifli
Kota Bharu
3.55 petang

Wednesday, 4 April 2012

Eureka!

Saya merasakan lebih positif terhadap masa hadapan. Kesunyian ini akan dipenuhi insya-Allah. The Guardian, Btimes, The economist dan En Hisham' s piece menyediakan bnyk bahan untuk digali. 2 hari dulu waktu training Financial Market sangat tidak cukup meskipun sy berusaha menggunakan masa sebaiknya. Saya dan Farah Farhana sering menahan En Hisham daripada pulang awal..hahaha...itu pun En Hisham x kisah...dia boleh bercakap fasal ekonomi all day long...hahahahhahahhahahahah...


those were really the days! :)


mahu menggunakan bahan yang ada sebaiknya....


Ya Allah permudahkanlah..

Tuesday, 3 April 2012

Pertaruhan

Pertaruhan apakah ini?
Untung sabut timbul
Untung batu tenggelam

Pertaruhan mencuba
dan cuba
masih cuba lagi

Dapatannya dapat
tapi tidak kena
mahu cuba lagi tapi gagal
dan gagal lagi

Pertaruhan masih terbuka
aku pertaruh untuk bulatkan hati
pilihan itu yg kumiliki

Bersediakah aku?
mampukah aku bersedia?


Kata pemain Bunga Lalang:
"Biar ia menjadi satu gambar besar,

sebuah potrait yang hebat. Yang gah.

Yang dapat aku banggakan.

Bukan gambar itu yang akan aku banggakan, tapi melihat kerja - kerja cuba dan gagal yang aku tempoh selama menyiapkan gambaran besar itu.

Usaha. Kecekalan.

Biar lama sedikit kerjanya hari ini, maka akan kukuh lah ia di hari esok.
Insyaallah. Dengan izin Tuhan.

Semoga tidak ada niat - niat zalim di luar yang hampir kepadaku untuk menendang kerja - kerja aku hari ini.


Kalau Tuhan tidak izinkan, maka ia tetap takkan jadi."


Inilah juga kuharapkan,
ku harus usaha, ku harus cekal..

malam-malamku
hari-hariku
menahan diri
menahan rasa


tidak mahu aku
tidak sanggup jiwa
cemburu memenuhi
merajai hati


Ku menanti
meluah rasa
sunyi meniti


"Biarlah lama sedikit kerjanya hari ini
maka akan kukuhlah ia di hari esok"

Insya-Allah. Dengan izin Allah.



Yang masih mendambakan cahaya,
Ikha Zul
2012



Monday, 2 April 2012

#IntotheWild p 17

"I've given jobs to lots of hitchhikers over the years," says Westerberg. "Most of them weren't much good, didn't really want to work. It was a different story with Alex. He was the hardest worker I've ever seen.






Didn't matter what it was, he'd do it: hard physical labor, mucking rotten grain and dead rats out of the bottom of the hole—jobs where you'd get so damn dirty you couldn't even tell what you looked like at the end of the day. And he never quit in the middle of something. If he started a job, he'd finish it. It was almost like a moral thing for him. He was what you'd call extremely ethical. He set pretty high standards for himself.



"You could tell right away that Alex was intelligent," Westerberg reflects, draining his third drink.




"He read a lot. Used a lot of big words. I think maybe part of what got him into trouble was that he did too much thinking.




Sometimes he tried too hard to make sense of the world, to figure out why people were bad to each other so often. A couple of times I tried to tell him it was a mistake to get too deep into that kind of stuff, but Alex got stuck on things. He always had to know the absolute right answer before he could go on to the next thing.
"