Tuesday, 3 April 2012

Pertaruhan

Pertaruhan apakah ini?
Untung sabut timbul
Untung batu tenggelam

Pertaruhan mencuba
dan cuba
masih cuba lagi

Dapatannya dapat
tapi tidak kena
mahu cuba lagi tapi gagal
dan gagal lagi

Pertaruhan masih terbuka
aku pertaruh untuk bulatkan hati
pilihan itu yg kumiliki

Bersediakah aku?
mampukah aku bersedia?


Kata pemain Bunga Lalang:
"Biar ia menjadi satu gambar besar,

sebuah potrait yang hebat. Yang gah.

Yang dapat aku banggakan.

Bukan gambar itu yang akan aku banggakan, tapi melihat kerja - kerja cuba dan gagal yang aku tempoh selama menyiapkan gambaran besar itu.

Usaha. Kecekalan.

Biar lama sedikit kerjanya hari ini, maka akan kukuh lah ia di hari esok.
Insyaallah. Dengan izin Tuhan.

Semoga tidak ada niat - niat zalim di luar yang hampir kepadaku untuk menendang kerja - kerja aku hari ini.


Kalau Tuhan tidak izinkan, maka ia tetap takkan jadi."


Inilah juga kuharapkan,
ku harus usaha, ku harus cekal..

malam-malamku
hari-hariku
menahan diri
menahan rasa


tidak mahu aku
tidak sanggup jiwa
cemburu memenuhi
merajai hati


Ku menanti
meluah rasa
sunyi meniti


"Biarlah lama sedikit kerjanya hari ini
maka akan kukuhlah ia di hari esok"

Insya-Allah. Dengan izin Allah.



Yang masih mendambakan cahaya,
Ikha Zul
2012



No comments:

Post a Comment