Wednesday, 11 April 2012

Tsunami

Amaran Tsunami yg dikeluarkan petang tadi agak mendebarkan saya. Gegaran yang berpunca dari Acheh sebenarnya yang saya gerunkan. Saya mempunyai guru di sana. Assoc Prof Dr Shabri dan keluarga yang saya risaukan. Saya belum puas menuntut ilmu dan nasihat daripada beliau. Semangat beliau yang meninggalkan ganjaran wang ringgit semata-mata mahu menolong sistem pendidikan di Acheh sudah cukup untuk memujuk saya untuk tidak bersedih dengan perkara-perkara yang telah berlaku pada tahun ini.

Alhamdulillah, amaran Tsunami ditarik balik pada malam ini setelah jangkaan serangan ombak Tsunami tidak berlaku. Alhamdulillah!


Kawasan lain di Indonesia yang akan mendebarkan saya jika sesuatu berlaku selain Acheh adalah di sebelah Jawa Timur atau Surabaya. Di sana juga saya mempunyai guru iaitu Dr Adit yang kini berkhidmat di Universitas Air Langga. Dr Adit juga banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada saya untuk tidak takut meneruskan pengajian.



Saya bukanlah pelajar yang bright dalam cgpa, bukan juga jenis yang straight As waktu zaman sekolah. Saya banyak bertanya untuk mendapatkan kefahaman dan berkat jawapan dan dorongan yang diberikan oleh guru-guru telah menolong untuk saya survive. Dr Adit dan Dr Shabri lah antara guru-guru yang banyak mendorong saya. Saya cuba untuk mengamalkan ilmu yang diajar oleh kalian.





Walaupun sekarang jarang berhubung, Insya-Allah , kalian akan saya kenang dalam doa...




No comments:

Post a Comment