Tuesday, 10 April 2012

TV

Sekarang saya ter'hook up' dengan beberapa rancangan tv yang menarik. Jangan pandang rendah ya pada saluran tidak berbayar sebab banyak juga rancangan berkualiti yang tidak meraikan budaya pop semata.

Saya sudah suka sama Claire Robins dan Sherson Lian. Mereka ni super cool untuk saya yang super x tahu dalam bidang mereka.Haha. Masih ada harapan nak survive bila tengok cara mereka ni. 5 Ingredients Fix NTV 7 dan 5 Rencah 5 Rasa TV 3 memang terbaik.



Grow your own drugs kat RTM 2 pun superb! James Wong yang juga kacukan Malaysia-British seperti Sherson Lian adalah seorang ethnobotanist. Baru lah saya tahu there's such a study about the relationship between people and plants. Betapa saya tidak didedahkan mengenai bidang ini!. James Wong membuatkan saya mahu jadi lagi dekat dengan tumbuh-tumbuhan. Bila tengok kat wiki siapa sangka Economic Botany pun wujud. :D


Saya juga sempat tengok Spice Route TV3. Masya-Allah kayanya bumi Allah ini. Kemenyan dekat Oman boleh buat perfume. Pokok Kemenyan tu macam pokok x subur je sekali tengok. Bila ditoreh dan diusap-usap dengan cara ala-ala dodoi, getah dari pokok akan keluar dan boleh dimakan. Pokok yang ditoreh itu akan ditinggalkan selama 2 minggu sebelum getah-getahnya dikutip untuk dibuat pelbagai kegunaan.


Masih banyak lagi perkara yang ingin diterokai. Semoga Allah meredhai urusan kita.

:)

1 comment:

  1. Bila programme Grow your own drugs? I saw it one time but can't seem to find it anymore. Macam tak siar lagi. Please advice

    Stephen

    ReplyDelete