Sunday, 8 April 2012

Sehala

Mengapa saya ternanti-nanti berita dari sana melalui anak mata itu?
Saya tahu ini akibat daripada pandangan mereka. Mereka menyukai pendapat dan kesungguhan akal fikirnya mempertahankan hujah. Saya ditakdirkan untuk ada di situ selepas kumpulannya berehat setelah berhujah. Saya mendengar feedback, melewatinya dan memandang sepintas lalu situasi yang membuatkan saya terfikir-fikir hingga ke detik ini. Keadaan sepintas lalu yg berlaku lebih kurang 6 bulan lalu waktu itu amat kena. Saya tidak kenal lagi. Mana mungkin saya menegurnya apatah lagi bertanya akan perkara-perkara yang besar. Serasa-rasa mahu mengulangi kejadian itu dan memanfaatkan masa dengan lebih berkesan.



Sekarang baru saya teringat jika saya punyai masa yg panjang lagi di tempat itu, saya akan menolong melihat industri Kelapa Sawit dan Zon Eropah kerana mereka sudah datang kepada saya dan meminta persetujuan.[ Mereka di sini adalah mereka yg senior. Nya di atas adalah dia yg berhujah]. Tetapi hayat di sana tidak lama dan saya redha. Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita semua.




Hari ini saya lebih mengenali kebolehannya. Perkenalan sehala ini kadang-kadang bikin saya susah kerana benchmark yang mahu dicapai makin tinggi. Gusar saya dibuatnya. Semakin dicermati corak gayanya, semakin hendak saya perbaiki daya taakul diri. Pemikirannya itu mewakili warga nusa yang brainy/modern that won't buy utterly religious explanation.





Kepada yang maklum, senang untuk diperjelas bahawa penerangan bersumberkan agama ini mempunyai logik yang dapat kita yakini. Saya juga faham mengapa sang brainy ini mempertikai sesuatu dengan menggunakan pengalamannya dan pandangan luar. Menjadi susah kepada saya untuk menyatupadukan idea luar dan dalam ini atas kapasiti diri yg terhad. Penguasaan bahasa dan daya intelektual saya perlu juga dinaik taraf. Tambahan pula ini perhubungan sehala, tidak banyak yang boleh difahami melainkan apa yang tertulis dan didengar.




Kesimpulannya, satu standard yang tinggi untuk diikuti telah dipasakkan secara sehala dan saya rasa payah. Semoga Allah tolong kita.



Hasbunallah wa ni'mal wakeel, wa ni'mal mawla , wa ni'man naseer...

No comments:

Post a Comment