Kasihan sungguh pada yang putus harapan,
Mereka pejuang diri,
Mereka tidak mahu kalah, tidak mahu diperlekeh, tidak lemah. Tetapi sebaliknya berlaku. Mereka berasa tertekan.
Mereka tahu langit x selamanya cerah,
Mereka putus harapan,
Mereka berasa tertipu.
Tertipukah mereka?
Mereka sebenarnya sangat sayangkan diri mereka. Mereka tidak sanggup menanggung sakit, merasa pedih dengan permainan kehidupan meniti hari mendatang. Mereka tidak mahu menipu diri sendiri. Mereka tidak memandang harapan palsu. Mereka tidak mahu masa mereka disia-sia kan. Mereka tidak mahu keliru dalam memilih.
Mereka mahu diterima. Tidak perlu diterima sehingga menjadi terkenal bak selebriti tetapi mahu kehadiran dirasai positif pada komuniti kehidupan kerana mereka tahu mereka bukan lahir untuk disia-siakan. Mereka mahu bangkit kerana mereka tahu mereka punya hak untuk gembira tanpa perlu memikul rasa perit. Mereka kasih pada diri mereka. Mereka cinta pada keadilan tapi sayang mereka rasa kehidupan tidak adil pada diri mereka. Mereka mencari sesuatu untuk mengisi dan diisi.
Mereka tidak mahu ada halangan untuk berasa bahagia dengan cara yang mereka pilih. Halangan membuatkan diri mereka kosong. Lebih kosong daripada kosongnya Najwa Latif atau kosong seperti Arema kosong berbalas tiga di Kota Bharu.
Seolah-olah, mereka kalah dan mahu menarik diri dalam pementasan ini.
Ini cerita kerja dan cinta.
Hei kawan, percayalah hidup ini hanya kerja dan cinta!
Kerja yang dicintai. Cinta dalaman pada kerja luaran. Bukan kerja makan gaji saja. Semua kerja maksudku. Apa-apa kerja yang dilakukan oleh fizikal kita perlu ada rasa cinta.
Cinta membuatkan kita tenang. Kita perlukan cinta daripada kerja , kita mahukan cinta daripada manusia. Terbukti sudah cinta-cinta ini jugalah yg menangiskan kita, mendudukan kita malah 'mematikan' segelintir kita. Tidak memberi harapan dan ketepatan. Kita mula mencari. Kita mencari cinta lain. Cinta lain yang dapat dicintai dan mencintai.
Cinta di sini tidak kekal wahai kawan.
Sunnahtullah.
Tiada yang kekal didaerah yang terhad pada masa dan ruang ini.
Kebarangkalian disakiti masih di situ dan itulah kehidupan.
Mereka di Palestine di Syria dan lain-lain tempat merasai pedihnya cinta itu.
Kerja mencintai itu pedih. Kita cinta untuk hidup. Hidup perlulah cinta kita juga.
Tapi tidak semua yg hidup dapat cinta. Ada yang merana dan lain-lain.
Mereka yang mencintai diri mahu berjuang mendapatkan cinta dan masih juga berasa sakit.
Itulah kerja cinta.
Sebab itu kita ada syurga dan neraka. Meskipun kita terus-menerus sakit ditempat yang didiami masa dan ruang ini, kita akan dapat cinta juga akhirnya jika kita mencintai dengan cara yang diredhai Allah meskipun pedih. Inilah harapan yang tidak palsu dan bukan pura-pura.
Nabi kita Muhammad s.a.w membawa janji cinta kepada kita. Sia-sialah ajaran baginda kalau kita putus harapan dalam mencintai Allah. Perkara yang pasti adalah kematian. Saat itu kita tidak lagi bersama masa dan ruang. Saat itu kita dapat melihat hasil cinta.
Ya Allah, jadikanlah ku insan yang mencintai-Mu dalam kerja-cinta harianku dan jauhilah diriku daripada putus harapan kepada-Mu.
Ini cerita diriku. Seperti manusia lain, banyak jugalah crush on someone or something. Pedih apabila mengharapkan benda yang tidak menjadi. Terasa penat dan pedih. Mahu sahaja mengeraskan hati supaya tidak lagi mahukan perkara2 menyakitkan. Tetapi diriku perlu rasional. Ku sedar pada masa hadapan ku tidak dapat hidup seorang dan tanpa kerja. Buat masa ini akan ku tumpu memulihkan daya fikir untuk persedian menyambung pelajaran. Crush pada manusia mungkin bukan masanya lagi. Banyak juga ranjau dan halangan yang membuatkan aku tertekan dan pilu. Tetapi tidak apa. Oleh kerana aku pejuang bagi diriku, aku tahu kepedihan itu untuk membuatkan aku bertambah mencintai Maha Pencipta cinta kerana ku akui ku insan yang lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa tanpa-Nya. Apabila makhluk memperlekehkan dan mentertawakan kesilapanku, aku tahu aku perlu ingat Allah. Aku sememangnya susah mahu bersabar jika terlalu marah. Last-last aku akan bertindak dan menangis. Selepas itu, aku akan berfikir. Aku mencari pengisian kerana terasa kosong. Ya kosong. Aku bersabar dan berdoa selepas solat. Aku masih mencari. Lalu, aku teringatkan konsep pahala dan dosa, qada dan qadar. Barulah aku tersenyum :).
Perkara ini akan sentiasa berlaku dan berlaku dalam hidupku. Mungkin kita mempunyai jalan cerita yang sama. Mungkin entri ini akan bermanfaat. Hari ini aku menukilkan di sini di Balada Kehidupan.
Siti Zulaikha Zulkifli
Kota Bharu
3.55 petang

No comments:
Post a Comment